Penerbangan pulang ke saudi Eric dan Isterinya terpaksa bertransit di lapangan terbang changi singapura, kemudian transit lagi di Bandarayanake airport barulah sampai ke Dammam Airport. sesampai sahaja di Dammam Eric terus menghubungi transporter untuk sampai ke Jubail. beratus-ratus orang beratur untuk melepasi pemeriksaan imigresen saudi majoritinya adalah dari India. nampaknya cuma mereka berdua sahajalah orang malaysia yang turut menunggu giliran untuk urusan imigresen.
tiba-tiba seorang pegawai imigresen mengumumkan kepada mereka yang pulang bercuti untuk beratur di satu barisan yang baru, oleh kerana eric tidak pasti mengenai orang yang membawa keluarga, eric bertanya kepada pegawai tersebut.
"I just come back from vacation, but I come with my wife for the first time, should I que Here?" tanya Eric sambil menunjukkan dua passport malaysia
"no, go back to your line" katanya menyuruh eric kembali beratur didalam barisan panjang yang mana berpuluh orang beratur di depan.
beberapa minit kemudian pegawai tersebut melaungkan.
"Malizi, come here"
maka eric dan isteri pun beredar dari barisan yang panjang dan disuruh beratur di barisan yang cuma tinggal dua orang saudi sahaja didepan. selesai urusan saudi tibalah pula giliran eric, eric memberikan salam dan menyerahkan passportnya dan pasport isterinya kepada pagawai imigresen. oleh kerana isterinya baru pertama kali memasuki negara saudi, semua sepuluh cap jari mesti di scan dan di ambil gambar. setelah lima minit barulah selesai urusan imigresen untuk mereka berdua. manakala warganegara lain hanya terkebil-kebil sahajalah melihat orang malaysia melepasi pegawai imigresen dengan mudah.
"La senangnya orang malaysia" kata isteri eric
"tu la keistimewaan warganegara malaysia di sini, reputasi baik" balas eric.
eric teringat masa kali pertama tiba di lapangan tersebut yang mana dia terpaksa menunggu hampir 3 jam untuk proses imigresen. situasi ini memang biasa berlaku di saudi. kalaulah seseorang tu datang berseorangan, agaknya, hari tu sampai, hari tu jugalah mau beli tiket balik semula ke malaysia hehehe...
baik pakai kontena kalau camni |
mereka kemudian beredar dan mengambil beg besar yang berat, entah apalah yang di isi oleh isteri eric kedalam 2 beg tersebut. yang eric pasti barangnya tak sampai pun 20 peratus daripada kandungan semua bag yang dibawa. malangnya kedua-dua beg besar tersebut basah, mungkin kerana hujan lebat di lapangan terbang changi dan bandarayanake.
keluar sahaja daripada pintu arrival eric menelefon lagi kepada transporter dan encik transporter menyuruh mereka tunggu di gate 5. maka mereka keluarlah dari pintu depan airport dan menunggu di gate 5. angin sejuk menerpa tatkala mereka keluar dari pintu tersebut. fuh! inilah udara malam permulaan musim sejuk di saudi. lebih kurang 17 darjah C. oleh kerana sejuk, eric menelefon lagi.
"where are you? I'm waiting at gate 5"
"ok, ok, five minutes I will be there"
kalau 5 minute kata orang-orang di saudi maknanya 5 tu kali lah dengan 3 ke, 4 ke, 5 ke malah 8 atau sembilan pun boleh jadi! Oh!
dua puluh minit berlalu, mereka berdua cuma memerhati polis saudi yang sedang menghalau pemandu-pemandu degil yang parking sesuka hati di depan pintu ketibaan, malah ada juga yang kena saman. sekali sekala angin bertiup membawa udara sejuk. meremang bulu roma eric dibuatnya.
eric menelefon lagi.
"ok, ok give me two minutes"
hampeh punye transporter.
selepas lima minit eric menelefon lagi.
"ok, ok 1 minute I'm already at the airport"
beberapa minit kemudian barulah nampak batang hidung transporter tersebut, lalu menolong menolak trolley beg ke tempat parking.
apabila tiba di apartment, eric terpaksa mengangkat satu persatu beg besar seberat 25kg setiap satu untuk menaiki tingkat 3, nasib baik ada seorang jiran India yang baru balik dari kedai menolong mengangkat lagi satu beg 25kg tersebut. apabila sampai ke apartment, jam tangan eric sudah menunjukkan pukul 5 pagi waktu malaysia (12malam waktu saudi), bermakna mereka sudah travelling selama lebih 14jam. di dalam bilik terasa agak sempit kerana dua beg besar dan dua beg kecil yang dibawa masuk ke biliknya. apa yang terfikir oleh eric pada masa itu ialah KATIL! kerana terlalu letih dan mengantuk.
No comments:
Post a Comment