Semalam, eric kena tukar tempat lagi, tak habis-habis kena transfer. sejak 6 tahun lepas lagi Eric asyik kena transfer ke merata plant. sekali sampai saudi pun kena transfer lagi. awal-awal sampai saudi eric jaga plant styrene, tapi selepas 10bulan eric kena transfer masuk OP2, dengan team-team plant maintenance department.
Eric ingat kalau kena masuk OP2 kalau boleh nak bilik yang paling jauh dengan bilik bos. kalau bilik bos hujung sebelah east eric harapnya dapat bilik paling hujung sebelah west. tetapi pucuk di cita, batang kayu yang datang. sekali eric dapat bilik yang pintunya betul-betul opposite dengan pintu bilik bos besau. aduh la takde bilik lain ke nak bagi.
this time kerja eric banyak involve dengan System application product (SAP) ataupun nama lain yang selalu digunakan adalah Saya Amat Pening. dah 7 tahun Eric tinggalkan this software. masa last yang eric guna gile-gile banyak adalah semasa bekerja di GDC KLIA, tetapi bila masuk plant styrene, sikit-sikit je pakai SAP. kali ni bukan styrene sahaja tetapi termasuk EDC, utility, MTBE dan Salt plant. yang berbeza, kat styrene asyik keluar masuk plant control maintenance, sekarang... seminggu sekali masuk process area pun belum tentu.
No comments:
Post a Comment