nuffnang

nuffnang LR

Thursday, January 27, 2011

Near miss accident and an Interview


Pada November 2010 lalu eric pulang ke malaysia hanya seminggu sahaja, pulang untuk menziarah ahli keluarga dan untuk sambutan hari raya aidil adha, tetapi oleh kerana saudi embassy di Kuala Lumpur dengan ministry of foreign affairs di saudi tidak dapat berhubung kerana cuti umum aidil  adha, visa tidak dapat dikeluarkan oleh pihak Arab saudi. oleh itu eric terpaksa menunggu hingga family visa dapat diproses. flight eric terpaksa ditunda dan eric hanya mengubah flight ticket kepada open ticket.

Pada minggu pertama eric terpaksa menghantar bag yang sudah siap di packing ke rumah kakaknya di bandar baru salak tinggi, berhampiran dengan KLIA. Oleh kerana sudah lama tidak berjumpa, eric pulang agak lewat pada malam tersebut. perjalanan agak biasa sahaja dari bandar baru salak tinggi ke MRR2.

Honda Turbo dengan exhaust besar
ketika memandu di MRR2 (100kph)menghampiri kawasan pandan Indah, tiba-tiba sebuah kereta Honda putih memotong dari lorong kanan dalam kelajuan melebihi 140kph tak sampai 2 saat sebuah kereta Myvi putih memotong dari lorong kiri dalam kelajuan yang hampir sama. agak terkejut eric bila kedua-dua kereta tersebut memotong keretanya, kedua-dua kereta tersebut kelihatan seperti berlumba. Honda tersebut meluncur dengan laju 200meter ke hadapan. tiba-tiba myvi putih masuk ke lorong tengah 50meter dihadapan kereta Eric tetapi dihadapannya sebuah kereta wira yang berkelajuan sama dengan kereta eric. pemandu myvi tersebut cuba mengelak kembali ke kiri tetapi perkiraannya terlalu singkat lalu melanggar bumper belakang wira tersebut lantas menyebabkan wira tersebut bertukar arah dan melanggar pembahagi jalan. myvi tersebut berpusing dan melanggar sebuah proton saga yang baru memasuki MRR2 dari sebelah kiri. 

Legend: ERIC  MYVI (4 X HIT combo)  WIRA  SAGA  HONDA 
proton saga itu berhenti tetapi myvi putih melantun ke pembahagi jalan hasil impak perlanggaran dengan saga. eric dengan pantas mengelak apabila myvi dan proton wira berpusing ke kiri selepas melanggar pembahagi jalan. ketika kejadian sisi kereta eric hampir dilanggar proton wira dan myvi yang mula bergerak pelahan. melihat dua kereta tersebut semakin dekat eric memecut dan berjaya mengelakkan keretanya dari dilanggar. elakan yang begitu tipis yang mana sisi keretanya kurang daripada dua inci dari proton wira dan kurang satu inci dari myvi. Honda putih sudah hilang jauh melepasi flyover Pandan. Eric menarik nafas lega kerana refleksnya yang pantas berjaya mengelakkan diri dari perlanggaran tersebut. Alhamdulillah, Eric meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan ketiga-tiga pemandu kereta tersebut yang mungkin masih terkejut dengan kemalangan yang berlaku begitu cepat.

"Bawak Myvi ada hati nak kejar kereta turbo, bodoh betul, padan muka kau" kata eric, sambil melihat cermin pandang belakang, kelihatan myvi yang remuk depan belakang kiri kanan tersadai ditengah jalan bersama dua kereta lain. confirm lepas tu jalan jam walaupun off peak hours, kerana hanya satu lorong sahaja yang boleh dilalui kenderaan lain yang menggunakan MRR2 malam itu.

Dua hari berikutnya, Eric pulang ke kampung berhari raya. Eric masih berusaha bertanya mengenai status visa. Eric terpaksa drag cutinya ke minggu kedua, tetapi terpaksa juga drag hingga minggu ketiga kerana menunggu flight e-ticket dari Saudi. Oleh kerana masa yang di ambil begitu lama Eric kembali ke Kuala Lumpur kerana terdapat satu sessi temuduga untuk SATORP (Saudi Aramco TOTAL Refining & Petrochemical) pada 27November di Prince Hotel KL. 

Eric Menghadiri temuduga tersebut manalah tahu kalau dapat menawarkan gaji yang lebih tinggi dari apa yang dapat setiap bulan. Ketika temuduga itu, ramai senior staff Petronas dari seluruh semenanjung menghadiri temuduga itu. Eric cuma duduk mengisi borang dan dengan sabar menunggu giliran. Eric memang tahu biasanya segala urusan cuma akan selesai sehingga malam jika berjaya. Eric melihat powerpoint presentation tawaran oleh syarikat itu yang dipaparkan menerusi projektor, tetapi kelihatan tidak berapa menarik. jadi bagi eric kalau dapat alhamdulillah kalau tak dapat pun Alhamdulillah. May Allah show the best way.

Selesai mengisi borang, Eric cuma memerhati gelagat Staff Petronas, ada yang begitu angkuh bercakap sesama sendiri bagaimana dia me'laser' vendor dan contractor, macamlah power sangat. Eric memang cukup menyampah habis dengan orang sedemikian. bila di tanya ada juga yang cakap datang temuduga untuk test power je! Ni lah manusia paling haprak dalam sessi temuduga dengan begitu ramai candidate. bukan sahaja membuang masa orang lain yang memerlukan pekerjaan itu, malah mengurangkan peluang orang lain mendapat pekerjaan itu kerana apabila sesuatu jawatan telah penuh diisi, orang lain yang datang untuk jawatan tersebut akan di suruh memilih jawatan yang lain. (to those who do this you are really an as#^*#% and pain in the a%#!)

Ada yang bertanya dimana Eric bekerja, apabila di jawab mula la ramai bertanya itu dan ini berkenaan kerja, life dan keadaan tempat kerja.

"macamana kerja kat sana ok ke?" tanya salah seorang staff petronas dengan muka yang agak menjengkelkan pada pandangan Eric.

"Kalau rasa kerja dalam Petronas tu asyik kena spoonfeed dan segala-galanya selesa, atau ada masalah di malaysia bila pergi kesana, jangan nak komplen serba tak kena atau lebih baik tak payah datang interview, disana nanti akan menyusahkan orang lain je" jawab Eric memulangkan paku buah keras. (already happen in Eric's batch)
Suasana menunggu giliran untuk dipanggil di Prince Hotel

selepas solat zohor Eric terjumpa seorang rakan dari MSB juga datang untuk temuduga selepas waktu kerja. (half day saturday) Eric sempat berbual seketika sebelum namanya dipanggil, Eric disuruh naik ke tingkat 6. seluruh bilik hotel di level tersebut dijadikan pusat temuduga dan bilik menunggu giliran! rupa-rupanya ramai lagi yang di panggil awal-awal masih menunggu giliran untuk ditemuduga. ketika itu entah mengapa eric tidak berasa sihat siap 'throw up' dalam toilet. untuk menghilangkan loya tersebut memakan kek dan buah yang disediakan untuk candidate di dalam bilik menunggu. 

Tidak berapa lama kemudian, nama Eric dipanggil. sekali lagi eric perlu menunggu di kerusi di
hadapan bilik temuduga. selepas 10minit barulah eric dipanggil masuk ke bilik temuduga. kelihatan seorang Arab berbadan besar dan gempal dan seorang mat salleh Perancis sedang menunggu. Eric memohon untuk jawatan maintenance tetapi malangnya eric diberikan soalan mengenai Inspection code. memang tak kena  soalan lah, bukan jawatan inspector yang eric minta. 

"Encik Eric, next week and next two week kami ada interview untuk sabic dan ibnu zahr, position yang sama pun ada" kata seorang staff yang menguruskan sessi temuduga di situ


"terima kasi sajalah, minggu depan saya dah balik ke saudi." balas eric dan terus menaiki lift untuk pulang tanpa perasaan kecewa. 

Eric: kalau kail pajang sejengkal, jangan lautan hendak di duga (ditujukan khas kepada pemandu myvi putih yang bangang that nite), wahahaha

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages