nuffnang

nuffnang LR

Wednesday, January 12, 2011

Jubail Episode XXI: Winter Saudia





Cerita ini tiada kaitan dengan cerita winter sonata atau lagu yang dialih suara ke bahasa melayu oleh penyanyi yang pasti akan membuatkan eric menyampah dan mau aje menolak penyanyi tersebut biar jatuh ke dalam gaung yang dalam. Cerita ini Cuma sekadar berita musim sejuk di timur tengah sahaja.


Cuaca pada awal Disember cuma sekadar berbelas-belas darjah celcius sahaja. Sehari sebelum birthday Eric, sekali lagi ribut pasir melanda kawasan Jubail, dan mungkin juga melanda kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Sepanjang berada disini inilah ribut pasir terburuk yang pernah eric saksikan. Kadar indeks penglihatan juga amatlah rendah. Maka ramailah yang terpaksa memakai penutup hidung. Malangnya hari itu eric tak ternampak kemana store keeper untuk mendapatkan face mask N95. Maka eric Cuma menggunakan saputangan sahaja lalu diikat ke mukanya seperti pencuri dalam cerita cowboy. Kata sesetengah penduduk setempat ribut pasir ini adalah permulaan untuk musim sejuk yang lebih sejuk daripada hari sebelumnya dimana suhu akan jatuh hingga ke suhu di bawah 5 darjah.
N95
"nice weather huh?" kata Clemente ketika menunggu bas
"This is the worst I've ever see" balas eric

Pada pagi keesokan harinya ketika eric mahu mandi selepas bangun dari tidur eric membuka air sinki untuk menggosok gigi, alangkah terkejutnya eric apabila jarinya terkena air. sejuknya hingga ke tulang hitam! eric menekan suis pemanas air didalam bilik air tersebut, tetapi nampaknya seperti pemanas tersebut tidak berfungsi dengan baik. Tertanyalah eric di dalam hatinya: 

"bisa kah aku mandi dengan air sesejuk ini?"

Mahu aje eric tiru cerita bujang lapok yang hanya menyanyi-nyanyi dengan kuat sambil mencelup dua jari telunjuk ke dalam air kolah dan letak di kedua-dua belah mata. kalau mandi bujang lapok, mandi kerbau pun kalah. tetapi Eric tidak sanggup pergi kerja tanpa mandi pagi. nak tak nak, tidak boleh tidak, maka mandilah juga eric dengan air sejuk tersebut seperti mandi dengan ais pada waktu subuh! maka subuh itu mengigil-gigil la eric mandi. Hatta semasa solat subuh pun masih mengigil kesejukan. kalau dilihat pada tapak tangan eric pasti nampak pucat-lesi seperti tiada darah yang mengalir di tapak tangannya. Nasib baiklah ada heater, boleh lah eric menyerap sedikit haba daripada heater tersebut.


Hari itu eric memakai t-shirt, kemeja, winter jacket dan berseluar jeans. hanya jeans denim sahajalah yang dapat menahan sejuk diluar, kalau seluar slack uniform kerja dipakai, alamatnya terasa nak bekulah kaki eric. untuk menahan diri dari kesejukan eric memakai sarung tangan ditambah pula dengan memakai redwings high cut boot, nasib baik eric memilih high cut boot ketika mula-mula bekerja di saudi. 

Di tempat kerja, cuaca amat sejuk sepanjang hari walaupun pada waktu tengahari, ditambah pula dengan angin bertiup yang turut membawa angin lebih sejuk dari biasa. Eric terfikir jika diberikan pilihan antara musim panas dan musim sejuk di Saudi, eric lebih prefer musim durian atau musim rambutan di Malaysia. musim panas adalah jauh lebih panas dari Malaysia. manakala musim sejuk pula teramatlah sejuk walaupun suhu tidak jatuh sehingga dibawah takat beku, 5 atau 6 darjah sudah cukup untuk membataskan activity luaran.


Hari itu juga adalah birthday eric, tetapi tidak seperti biasa, birthday wish Cuma dari family terdekat sahaja. Tetapi banyak juga rakan-rakan lama yang wish melalui wall dan inbox facebook. Apa yang lainnya Cuma tahun ini birthday ketika jauh di perantauan. Alam Saudi menghadiahkan ribut pasir dan iklim yang makin sejuk. Oleh kerana di Jubail eric tidak pernah ternampak secret recipe, maka Eric membeli cheese cake di Al-fanar, bukan itu sahaja malah Eric menghadiahkan diri sendiri dengan sebuah lagi kereta Honda cash and drive (of course not cash and carry! Berat tu!)

Eric: ada orang nak bagi hadiah, tapi kena beli kat low yat kekekeke

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages