nuffnang

nuffnang LR

Monday, October 24, 2011

Debaran Seruan Haji





Pejam celik, pejam celik tinggal seminggu lagi nak mengerjakan ibadah haji. makin hari makin berdebar rasanya tak tau kenapa. Bukan setakat berdebar je, siap bermimpi tertidur time wukuf di Arafah! Oh! Salah satu sebab, kerana haji yang pertama adalah haji yang di hisab untuk mencukupkan rukun islam, jadi kalau haji pertama kenalah buat sehabis perfection agar mendapat haji yang mabrur. 

Walau aku dah go through bab-bab haji sampai pergi ceramah haji hingga dua tiga tempat, still rasa berdebar lagi. Tanya orang-orang sini yang akan pergi haji, ada yang nak buat haji Ifrad, ada yang nak buat haji tamattu', tapi so far takde lak dengar yang nak buat haji qiran. Tak ke senang kalau buat haji yang sama dalam satu kumpulan, baru boleh menunaikan sesuatu tu dalam kumpulan. 


Kalau nak ikut cara yang dilakukan oleh Rasulullah ialah haji ifrad, tetapi rasulullah telah recommend kepada para sahabat-sahabat beliau agar melakukan haji tamattu'. Apa beza antara haji ifrad dan haji tamattu'? haji Tamattu' adalah melakukan ibadah umrah terlebih dahulu diikuti dengan ibadah haji dan dikenakan dam. Manakala haji ifrad pula adalah melakukan ibadah haji sahaja tanpa melakukan ibadah umrah dan tidak dikenakan dam, tetapi disarankan untuk melakukan ibadah qurban.

Aku bersyukur kerana insya'allah akan menjadi tetamuNya bagi mengerjakan fardu haji ketika masih bekerja di sini. Mungkin ramai warga Malaysia yang sudah mendaftar dengan tabung haji dan menunggu giliran untuk menunaikan haji pada tahun-tahun seterusnya. Ada  seorang rakan yang menceritakan apabila beliau register baru-baru ini dengan tabung haji, dan beliau terkejut apabila mendapat giliran untuk menunaikan haji pada tahun 2037! Lagi 16 tahun! Biar Betik! 

Jika merujuk kepada perkara di atas eloklah korang remua register sekarang, tetapi ada juga hamba Allah yang kata aku belum bersedia untuk melakukan ibadah haji, adakah mereka tidak terfikir akan ajal yang bakal menjemput sebelum dapat menyempurnakan rukun islam yang kelima ini? nak register pun cuma perlu ada dalam akaun sekurang-kurangnya RM1500 je. Setakat RM1500 tu berapa la sangat, mampu lak pergi melancong sampai ke London, Paris, New York (macam iklan Dunhill lak) takkan nak pergi mengerjakan ibadah haji di  Makkah asyik tersangkut kot. kalau tak boleh dengan tabung haji boleh ikut pakej swasta, cuma tabung haji OK sket kot.

Ada juga sesetengahnya bila berjumpa dengan orang nak pergi menunaikan haji nak lak mintak tolong diorang doakan korang (orang Saudi pun dua kali lima). Tak teringin ke nak doakan untuk diri sendiri, keluarga dan orang lain kat depan Kaabah? Apabila dapat beribadah dihadapan kaabah, tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan apabila dapat berada di dalam masjidil haram dan di hadapan kaabah. Hanya orang yang pernah sampai sahaja yang tau bagaimana perasaannya. 

Walaupun aku dah pergi banyak kali, tapi still aku rasa tak puas lagi, kalau boleh nak cari kerja yang pejabatnya sebelah masjidil haram. Sapa tak mau seratus ribu kali ganda pahala boleh dapat bila beribadah disana. Kalau terpaksa meninggalkan kerja engineering pun aku sanggup (tapi takdelah sampai jadi cleaner dalam tu k)

Bercakap pasal cleaner, kalau ingin bersedekah eloklah bersedekah kepada mereka yang bekerja siang malam membersihkan masjidil haram. Gaji diorang biasanya cuma SR300. Peminta sedekah kat situ pun dapat lagi banyak dari diorang, dan biasanya duit yang disedekahkan kepada pengemis akan dapat kepada sindiket pengemis. Aku sendiri pernah tengok ketua sindiket pengemis yang menguruskan budak-budak pengemis. Seorang wanita berkulit hitam tinggi lampai dengan rambut berdandan tinggi macam bonggol unta, Abaya yang dipakai kemain bergaya. bila kira handphone kat tangan yang dipegang sampai empat! aku pun kalah!Oh! sudah lari topik, I'll better stop here.. hehehe..


Ps: Semoga semua yang mengerjakan haji pada tahun ini beroleh haji yang mabrur, begitu juga dengan rakan-rakan yang mengerjakan haji pada tahun-tahun seterusnya. Amin.. 
ps II: yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan (ada kaitan ke perumpamaan ni dengan blog? Ah! belasah ajelah eric)


back & skip

2 comments:

  1. assalamualaikum,

    mr eric,
    berdoalah pada Allah agar perjalanan haji mr eric dipermudahkan oleh Allah dan dapat melakukan ibadah haji dengan sempurna....

    ReplyDelete
  2. w'salam,

    tima kasih. hari-hari berdoa agar perjalanan haji dipermudahkan oleh Allah dan mendapat haji yang mabrur. Aminnn....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages