nuffnang

nuffnang LR

Saturday, September 29, 2012

20 Amalan Murah Rezeki


Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya…

1. Menyempatkan diri untuk beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: "Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: "… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: "(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: "Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.





11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: "Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: "Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: "Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: "Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: "Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
(HOME)

Source: Majalah Anis

Monday, September 24, 2012

Pemburu Yang Di Buru


Tajuk bunyi macam cerita tauladan sang kancil aje rasanya, tapi ini bukan kisah sang kancil dengan buaya atau binatang-binatang cerita tauladan dan yang seangkatan dengannya. ni juga bukan tajuk National Geographic 'hunter hunted'. this is the real life story. 

sebenarnya cerita memburu kerja. ingatkan kerja kat Malaysia yang banyak, rupa-rupanya  sangkaan yang jauh meleset. nisbah kerja kat malaysia dengan kerja kat luar adalah lebih kurang 1:4. bila dua company malaysia panggil interview, 9 company luar buat phone interview. seperti yang telah diceritakan dalam entry lepas, tu adalah satu daripada dua company malaysia yang panggil interview. yang lagi satu tak penting mana pun sekadar test market.

company luar yang buat phone interview Australia, middle east dan UK. Australian  company is ok cuma lokasi tempat kerja agak tidak digemari begitu juga dengan equipment, memang la pernah buat maintenance equipment yang sama, even the same manufacturer tapi eric tak minat gak. malas nak bergelumang dengan minyak jauh di hujung dunia.




company middle east, menawarkan kerja di yemen, UAE & qatar. kenapa tolak yang yemen? sebab tengok keadaan semasa negara tersebut tak berapa aman. mungkin negara luar tak berapa tahu apa yang sedang berlaku kat situ. apa yang orang sini tahu makan nasi kat restoran Hadramawt (nama tempat di yemen). satu company UAE pula, ada kaitan dengan project di yemen. Manakala Qatar, bayar US dollar cuma eric tak berapa setuju dengan hari kerja dan masa kerja.

dan latest 3 UK company. interview biasanya mengambil masa 30 hingga 45 minit. satu daripadanya requires offshore experience so tinggal lah dua. jadi sekarang sedang menunggu feedback dari dua company ni. cuma masalah masa interview british punye slang memang pekat, mau tergeliat telinga eric nak dengar. cakap laju lak tu, eric pulak turut sama terbawa mengikut kelajuan diorang hingga terlebih kelajuan.. tiba-tiba bleh plak interviewer cakap " Mr. Eric can you slow down a little bit?" ish... ish... ish...

bukan nak memilih kerja, cuma lebih berhati-hati kerana tak mahu pisang berbuah buat kali yang ketiga selepas company haram jadah di brunei. so currently my status is status quo (senang cerita biasa-biasa aje). masih lagi memburu dalam masa yang sama sedang di buru. selebihnya terserah sahaja pada ketentuan ilahi..  :)

Saturday, September 15, 2012

Annual Leave or Else II

sambungan dari part I (Read Part I)


Oleh kerana waktu temuduga di jadualkan pada waktu tengahari, lebih baik makan awal. breakfast Free di hotel memang di guna sepenuhnya supaya dapat tahan hingga selepas waktu temuduga. Setelah memandu masuk industrial area nun jauh ke dalam barulah terjumpa tempat yang dituju di hujung industrial area. tak jauh dari sarang buaya (taman buaya).

Eric turun dari keretanya untuk berjumpa dengan pengawal, tetapi di beritahu semua staff keluar lunch hour. ni la janji melayu suruh datang awal setengah jam, tapi apa pun tarak. ketika berjalan menuju ke keretanya eric terasa sesuatu yang tak kena dengan tapak kasut hush puppies yang sudah lama tidak dipakai, rupa-rupanya tapak kasut tersebut sudah rosak dimakan usia kerana sudah dua tahun tersimpan tanpa digunakan. nasib baik ada kasut spare.

Selepas keluar mengambil angin di resort berhampiran, dan ada copilot belanje aiskrim, eric kembali ke tempat temuduga. selepas hampir setengah jam menunggu, receptionist masih belum kelihatan. cuma seorang staff sahaja yang kelihatan selamba macam takde keje membaca suratkhabar di hujung kanan lobby yang luas. 

Lalu eric mendail telefonnya
"Hello erika"
"yes, hi eric completed the interview already? how was it?"
"I was waiting for half an hour already, there's nobody at the reception.."
"ok, I will call them rightaway" klik'
 kemudian barulah receptionist keluar dari dalam office meminta eric mengisi form, belum siap mengisi form, datang seorang staff lelaki meminta eric mengikutnya ke bilik interview, dan diperkenalkan dengan manager lelaki berumur awal 40an.

"Assalamualikum Mr eric, I am the one who spoke to you through the previous phone interview" kata encik manager
"Waalaikummussalam, nice to meet you"

Setelah lebih sejam di interview ketika sessi soal jawab.
"I see here you are asking for tuut* thousands for basic salary"
"I believe you are looking at previous salary range it should be above ten"
"Hhmmm... what figure is above ten?"
"If my rate in middle east is 26 I would ask the half of it for local multinational company and additional 3 days annual leave"
"Ok, what is the actual rate are you asking for?"
"Tuut* thousands and additional 3 days annual leave"
"Ok, but why do you need additional annual leave?"
"Because the driving from my hometown will take a minimum of 12hours, losing 2days on the road and the annual leave offered is less than any other company I worked before"
"We are just following our company policies" (ye ke? biar betik? jumlah annual leave macam engineer fresh entry level untuk manager? nak tunggu 2 tahun baru tambah sehari macam lambat sangat dowh!)

Selepas wrap up negotiation, eric kembali semula ke lobby dengan diiringi engineer yang sedang bertugas, dan diberi payung untuk kembali ke lobby kerana hujan yang agak lebat di luar. di lobby eric melengkapkan form dan meninggalkan kawasan perindustrian tersebut. 

sebelum pulang sempat lagi keluar bersiar-siar di bandaraya buat pertama kali di situ. hajatnya nak melawat universal studios, tetapi timing dan hujan lebat membataskan segala plan. Maybe next time with some other person driving. selepas lunch dengan mee bandung yang sinonim di situ kereta terus dipandu ke lebuhraya menuju ke utara.. 
Aiyakkk!!

Selepas sampai di ibu kota eric revised balik iklan company tersebut, range yang di beri lebih seribu dari rate eric minta termasuk bonus hingga 6 Bulan! kalau dapat? 'masakkkk!!' 

PS: rupa-rupanya ramai rakan yang bekerja di saudi menetap ni negeri ini dan pernah bekerja di negeri ini di salah satu company petrochemical yang terkenal di kawasan perindustrian berdekatan.
PS2: kerana ada suara-suara sumbang dan stalker yang suka cakap besar should I stop writing? aku kenal that stalker thru their IP and location, kalau blogger boleh block dah lama aku block mamat berlagak seekor ni. I know this guy dan bila dia nak sembang aku buat macam takde orang bercakap. readers yang lain I need your comment about this case... :)


Wednesday, September 12, 2012

Annual Leave or Else...


selepas seminggu cuti hari raya berakhir, eric harus meninggalkan hometown untuk menghadiri sessi temuduga kedua secara face to face kerana eric telah di interview company yang sama melalui telefon sebelum pulang dari brunei lagi. 

Pada awalnya interviewer mahu sessi temuduga dilakukan sebelum raya, tatapi eric terpaksa menolak kerana masa terlalu singkat dan bakal mengalami kesesakan lalulintas untuk pergi dan balik lebih-lebih lagi dalam musim perayaan. maka sesi interview ditunda selepas raya. tetapi sekali lagi ditunda kerana masa yang di plan seterusnya adalah ketika orang ramai mulai pulang ke negeri atau ibukota untuk kembali bekerja. akhirnya temuduga di tunda lagi seminggu selepasnya.
dua hari sebelum bertolak eric terasa berat hati kerana emaknya tidak berapa sihat. tetapi eric terpaksa pergi juga kerana telah dua kali menunda interview tersebut. dan sehari sebelum interview, selepas subuh terus bertolak ke negeri yang dituju. negeri ini pernah dilawati eric hanya sebanyak tiga kali, sekali atas urusan mesyuarat kerja dan dua kali kerana menghadiri kenduri dan kematian. dan itulah kali pertama eric memandu dari hometown ke negeri tersebut sejauh 666km termasuk beberapa jalan pintas.

masa yang diambil adalah lebih dari 11jam termasuk berhenti beberapa kali untuk makan, solat dan mengisi minyak (bukan dalam musim perayaan) kalau musim perayaan mungkin eric terpaksa mengambi masa lebih dari 16 jam, yang mana dengan jumlah masa yang sama eric boleh sampai ke kota suci mekah yang jauhnya lebih kurang 1400km dari rumahnya di saudi dahulu yang kadangkala dipandu mencecah kelajuan 180 ke 220kmj. cuma di malaysia sahaja eric kadangkala mengikut hadlaju yang ditetapkan kerana telah beberapa kali terjerat dengan speedtrap.

selepas perjalanan sejauh dan selama itu, eric mula terfikir "this state should not be in my list" kalau ginilah gayanya, tiap-tiap kali nak balik beraya 'masak' la spend masa dalam kereta! jadi malam sebelum interview sesuatu telah dirancang untuk negotiation. samada increase the day of annual leave or increase the salary rate, dalam kata lain sengaja untuk mengurangkan possibilities daripada diterima bekerja di situ! 

bersambung... (alaaa... hehehe)

(Read Part II)

Saturday, September 08, 2012

Gimme Back My Money!

Perbualan minit-minit terakhir eric di tempat kerjanya selepas bersalam dengan rakan se'department' termasuklah bosnya yang kelihatan seperti serba-salah. eric biarkan sahaja bosnya yang kelihatan terpinga-pinga lalu berjalan selamba menuju ke meja kakitangan tempatan brunei yang berurusan untuk tiket penerbangan pulang ke Malaysia.
"Eric.. why did you resign..?" tanya minah brunei tu
"There are some few reason.."
"Why? Kat brunei ni takde apa kan?" (tau pun)
"Emm.. maybe"
"Brunei ni boring kan?"
"Yup... VERY..!"
"Uuuiii... teruknya.." 
"hehehe.. Thanks for the ticket.."
"Nanti jumpa lagi ya''
"I don't think so.. unless you work in malaysia"
"goodluck in your next job"
"goodbye.."
"Bye.."




Dan eric terus berjalan menuju keluar dari pejabat. Tiada perasaan sedih pun terdetik di hati eric melainkan perasaan gembira untuk meninggalkan pekerjaan yang tidak di sukainya.

Tinggal seminggu lagi sebelum pulang itulah masa untuk urusan menghantar barangan pulang ke malaysia dan mengiklankan di papan iklan pasaraya mengenai barangan untuk di jual. selepas satu jam menampal iklan menjual TV, ketika sedang berbuka puasa eric mendapat panggilan telefon untuk membeli Tv yang baru dua bulan diguna. manakala astro decoder dan satelite disc di jual beberapa hari kemudian.

eric hanya berterawih di rumah sahaja kerana banyak kesilapan dalam bacaan surah termasuk al-fatihah dari imam muda di masjid berdekatan. lebih baik buat bersendirian di rumah daripada tidak khusyu' bersolat kerana terasa macam nak pergi memperbetulkan sendiri sebutan imam tersebut. 

apa yang membuat eric tidak senang duduk ialah gajinya masih belum di release hingga sehari sebelum pulang. bila ditelefon eric diberitahu gajinya masih belum di approve oleh bosnya. inilah berbezaan besar antara arab dan brunei. Syarikat arab akan membayar sepenuhnya gaji kepada pekerja secara cash in full amount supaya tidak berhutang dengan pekerja apabila pekerja mahu pulang. tetapi tidak begitu di Brunei. walaupun sudah lama pulang ke Malaysia masih ada lagi ribuan ringgit yang masih belum dibayar kepada eric.

Ps: in my own opinion orang malaysia yang pernah bekerja di middle east mungkin tak akan bekerja lama di Brunei, mostly. mungkin tidak semua, rambut sama hitam, hati lain lain...

Thursday, September 06, 2012

Selamat Hari Raya!


Hi guys, sorry for the late update. seperti yang di ceritakan hampir sebulan yang lepas until eric get a stable internet connection. so here I am with somehow quite a stable internet connection. rasa macam batman pencen je bila tak dapat update blog!

actually agak lewat untuk ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. maaf juga di pinta kepada mana-mana pihak yang terasa dengan beberapa entry dari eric. 

sebenarnya banyak perkara yang berlaku sepanjang cuti hari raya, walau pada hakikatnya memang tak cuti pun. terlalu banyak perkara yang berlaku semasa raya dan selepas raya. dan ada juga tragedi atau peristiwa yang berlaku. tapi entry kali ni tak akan cerita pun about it sebab agak personal.
apa yang eric tau, selepas cuti aidilfitri seminggu di saudi, saudi aramco dan Qatar National company terkena serangan hackers yang menyebabkan kerugian beratusan juta dolar. sebagai langkah berjaga-jaga syarikat-syarikat Sabic affiliate dan company-company yang sewaktu dengannya pun terpaksa hold semua internet service kecuali internal email sahaja. (patutla semua pakat senyap belaka, mati kutu rupanya hehehe). Kalau CMMs pun terkena gak memang haru biru la jawabnya.

rasanya itu sahaja untuk kali ni, akhir kata selamat hari raya Aidilfitri Maaf zahir dan batin. 

PS: Jangan lupa puasa 6 hari di bulan syawal, ia umpama puasa sepanjang tahun, skang ni tinggal beberapa hari saja lagi kalau tak start sekarang tak sempat..
PS: next entry the current situation
(HOME)

Sunday, September 02, 2012

Baju Perang Khalifah Ali r.a


Suatu hari setelah tamat satu peperangan, Khalifah Ali r.a meletakkan baju perangnya di depan rumah. Beliau ingin memebersihkan baju perang itu sebelum disimpan. Khalifah Ali r.a melakukannya sendiri walaupun puteranya Hasan menyuarakan hasrat untuk membantu. Seketika Khalifah Ali r.a mendapati baju perangnya hilang sebelum sempat membersihkannya. Khalifah Ali r.a berasa hairan dan bertanya kepada ahli keluarganya. Barangkali mereka tahu di mana baju perangnya. Namun demikian, tiada s eorang dari anggota keluarganya yang mengetahui hal tersebut. Malah, mereka berasa kehairanan.

Beberapa hari kemudian khalifah Ali r.a melihat baju perangnya tergantung disebuah pasar milik seorang Yahudi. Beliau pun menghampiri orang Yahudi itu dan bertanya perihal baju perangnya. Namun demikian, orang yahudi tersebut menafikan baju perang itu milik Khalifah Ali r.a, malah mengakui baju perang itu adalah miliknya. Khalifah Ali r.a berasa amat yakin yang baju perang itu adalah miliknya. Beliau berasa tidak puas hati lalu mengadukan masalah ini kepada Qhadi.

Setelah beberapa hari , kes tersebut dibawa ke muka pengadilan. Khalifah Ali r.a bertindak sebagai pendakwa dan oran tersebut sebagao orang yang didakwa. Orang Yahudi itu tampil ke tempat pengadilan dengan perasaan rahu – ragu. Dia yakin bahawa dia tidak akan memenangi kes ini. Dia berpendapat demikian kerana ini adalah pengadilan muslim dengan Qhadi mualim. Tambahan pula, dia berhadapan dengan kes yang melibatkan Amirul Mukminin, sedangkan dia hanyalah seorang yahudi yang miskin. Sudah pasti dia akan menerima hukuman yang keras. Walaupun dia tahu perbuatannya mencuri baju perang Khalifah Ali r.a adalah salah, namun dia melakukannya kerana terpaksa. Dia perlu menyara keluarganya yang kelaparan. Apakah akan wujud keadilan di ruang pengadilan muslim?

Sejurus kemudian, seorang Qhadi kurus dilihat memasuki tempat pengadilan. Semua pegawai dan hadirin yang berada dalam dewan tersebut kelihatan menghormatinya. Tanpa melengahkan masa, Qhadi tersebut memulakan persidangan. Beliau bertanya kepada Khalifah Ali r.a. “ wahai Khalifah apa yang anda tuntut dari yang diakwa?” Khalifah Ali r.a pun lalu menceritakan tentang baju perangnya yang hilang dan baju tersebut telah diambil oleh Yahudi yang didakwa.





Namun demikian, Qhadi terus bertanya. “ Wahai Khalifah, adakah engkau dapat membuktikan dakwaan yang baju perang yang ada di tangan yang didakwa itu adalah milik engkau?”

Tersentak dengan pertanyaan Qhadi, Khalifah Ali r.a terus termenung dan berasa sukar untuk membuktikannya. Lalu Khalifah Ali r.a berkata, “aku tidak mampu membuktikannya wahai Qhadi yang bijak. Namun, anakku Hasan mengetahui bahawa baju perang itu adalah milikku dan ia hilang ketika aku meletakkannya untuk dibersihkan.”

Namun begitu, tuan Qhadi yang berwibawa itu menolak sebarang saksi dari kalangan pihak keluarga. Qhadi yang bijak tadi terus memutuskan kes tersebut dimenangi oleh Yahudi kerana Khalifah Ali r.a tidak dapat membuktikan dakwaannya.

Orang Yahudi itu tersentak mendengarkan keputusan Qhadi yang kurus tadi. Dia langsung tidak menyangka bahawa dia akan menang kes ini di ruang pengadilan muslim. Padahal, sememangnya dialah yang mencuri baju perang milik Khalifah Ali r.a itu.

Akhirnya, dengan rasa bersalah dan rendah diri lalu dia menghampiri Khalifah Ali r.a “wahai Khalifah, sesungguhnya baju perang ini adalah milikmu,” katanya. “ambillah ia kembali. Aku berasa sungguh terharu dengan pengadilan ini. Pengadilan ini langsung tidak memandang status walaupun aku seorang Yahudi miskin dan engaku adalah seorang Amirul Mukminin. Aku langsung tidak menyangka ia akan dimenangi oleh aku. Pengadilan muslim ini adalah pengadilan yang sangat luar biasa. Ternyata dalam Islam ia tidak memandang perbezaan taraf di dalam ruang pengadilan”.

Orang Yahudi tadi terus menyambung bicara. “wahai Khalifah Ali, mulai saat ini aku akan memeluk Islam dan aku ingin menjadi seoarang muslim yang baik,” katanya dengan rasa insaf sambil menghulurkan baju perang kepada Khalifah Ali r.a.

Khalifah Ali r.a menolak baju perang tersebut. “wahai Fulan, kau ambillah kembali baju perang ini. Aku hadiahkan kepadamu. Aku gembira dengan keislamanmu,” kata Khalifah Ali r.a dengan bersemangat. Orang Yahudi tadi berasa amat gembira. Akhirnya, mereka pulang dari tempat pengadilan dengan perasaan puas.

KEADILAN ADALAH SATU MAGNET YANG DAPAT MENUNDUKKAN NURANI KEMANUSIAAN

PS: Just sharing a story shared by my friend, new update coming soon, thank you for your support.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages