Tajuk bunyi macam cerita tauladan sang kancil aje rasanya, tapi ini bukan kisah sang kancil dengan buaya atau binatang-binatang cerita tauladan dan yang seangkatan dengannya. ni juga bukan tajuk National Geographic 'hunter hunted'. this is the real life story.
sebenarnya cerita memburu kerja. ingatkan kerja kat Malaysia yang banyak, rupa-rupanya sangkaan yang jauh meleset. nisbah kerja kat malaysia dengan kerja kat luar adalah lebih kurang 1:4. bila dua company malaysia panggil interview, 9 company luar buat phone interview. seperti yang telah diceritakan dalam entry lepas, tu adalah satu daripada dua company malaysia yang panggil interview. yang lagi satu tak penting mana pun sekadar test market.
company luar yang buat phone interview Australia, middle east dan UK. Australian company is ok cuma lokasi tempat kerja agak tidak digemari begitu juga dengan equipment, memang la pernah buat maintenance equipment yang sama, even the same manufacturer tapi eric tak minat gak. malas nak bergelumang dengan minyak jauh di hujung dunia.
company middle east, menawarkan kerja di yemen, UAE & qatar. kenapa tolak yang yemen? sebab tengok keadaan semasa negara tersebut tak berapa aman. mungkin negara luar tak berapa tahu apa yang sedang berlaku kat situ. apa yang orang sini tahu makan nasi kat restoran Hadramawt (nama tempat di yemen). satu company UAE pula, ada kaitan dengan project di yemen. Manakala Qatar, bayar US dollar cuma eric tak berapa setuju dengan hari kerja dan masa kerja.
dan latest 3 UK company. interview biasanya mengambil masa 30 hingga 45 minit. satu daripadanya requires offshore experience so tinggal lah dua. jadi sekarang sedang menunggu feedback dari dua company ni. cuma masalah masa interview british punye slang memang pekat, mau tergeliat telinga eric nak dengar. cakap laju lak tu, eric pulak turut sama terbawa mengikut kelajuan diorang hingga terlebih kelajuan.. tiba-tiba bleh plak interviewer cakap " Mr. Eric can you slow down a little bit?" ish... ish... ish...
bukan nak memilih kerja, cuma lebih berhati-hati kerana tak mahu pisang berbuah buat kali yang ketiga selepas company haram jadah di brunei. so currently my status is status quo (senang cerita biasa-biasa aje). masih lagi memburu dalam masa yang sama sedang di buru. selebihnya terserah sahaja pada ketentuan ilahi.. :)
No comments:
Post a Comment