Kaabah a view before tawaf wida' |
Jubail Episode 10,
alhamdulillah, sudah tiga hari kita berpuasa, dan malam ke-4 solat terawih. inilah kali pertama berpuasa di perantauan jauh dari tanah air. terkenang suasana berbuka puasa di malaysia bersama keluarga, cuma tahun ini berbeza kerana berbuka cuma bersama rakan dan juga warga negara lain jauh dari negara sendiri. harapnya dengan izin Allah swt dapatlah berbuka di hometown untuk hari ke 29 dan ke 30 jika segala urusan untuk pulang beraya di kampung halaman selesai. tiket penerbangan Oman Air sudah di beli kerana penerbangan lain dah Sold out. cuti juga sudah diluluskan oleh manager, cuma iqamah (IC saudi) belum siap lagi.
sudah hampir 2minggu tidak mengarang jurnal seperti biasa, minggu lepas tidak dapat mengarang kerana menunaikan ibadah umrah buat kali kedua sejak bekerja di saudi. kali pertama menunaikan umrah melalui penerbangan, tetapi kali kedua melalui highway dengan kereta.
perjalanan dengan kereta jauhnya lebih daripada 1200km, umpama memandu dari kuala lumpur melalui Lebuhraya utara selatan (PLUS) highway sampai ke Johor Bharu dan sambung perjalanan ke Kota Bharu. berapa jam ya? pada mulanya ada perancangan untuk pergi ke kota Makkah dengan bas tetapi risau tidak sempat untuk ke tempat kerja tepat pada waktu kerja pada pagi sabtu. kerana pernah berlaku kepada jemaah yang terdahulu yang terpaksa ketempat kerja terlewat satu jam setengah dan ada juga yang sampai separuh hari kerana mengikut jadual bas dan karenah2 penumpang bas yang lain. oleh kerana ingin mengikut jadual sendiri maka alternatifnya kami menggunakan kereta.
pulang dari kerja pada hari rabu terus bersiap untuk bertolak ke Makkah. seorang rakan telah menyewa kereta Nissan Altima melalui AVIS. Nissan Altima adalah kereta yang lebih besar dari Nissan sylphy tetapi berkuasa seperti Nissan Fairlady 350Z. selepas bertolak melebihi 50km barulah semua perasan rupa-rupanya semua penumpang tertinggal Internationa Driving license, kecuali driver yang sedang memandu sahaja yang membawa license saudi. larat ke nak drive sampai ke Makkah sorang-sorang? mahu tak mahu terpaksalah bergilir-gilir memandu, yang selebihnya hanya bertawakkal agar tak kena tahan di checkpoint2 sepanjang perjalanan ke sana. checkpoint adalah tempat polis trafik saudi memeriksa passport, license dan insurance kereta. dan jarak antara setiap checkpoint adalah 200km hingga 400km.
had kelajuan lebuhraya saudi adalah 120kmj, tapi itu hanya sekadar speed limit yang tak pernah di endahkan semua pemandu di saudi kecuali bila ternampak polis sedang menunggu di bahu jalan seperti filem2 hollywood yang pernah kita tonton. average speed pemandu saudi adalah dari 140kmj, above and beyond! dan begitu juga dengan kereta yang kami sewa(owh!). kereta yang kami sewa boleh dipandu sehingga kelajuan 230kmj, pada kelajuan tersebut terasa seperti sedang memandu pada kelajuan 100kmj, very smooth without vibration or problem etc. hampir 90% sepanjang Highway kereta kami berada di lorong ketiga. yang berbeza, driver depan yang nampak kereta approaching pada kelajuan tinggi akan directly memberi laluan tak macam di malaysia, nak kena flash high beam berkali-kali baru nak bagi jalan.
selepas beberapa kali berhenti mengisi petrol, kami singgah untuk solat subuh pada pukul 4 pagi lebih kurang 300km dari miqat, dan saya terlena kerana driver seterusnya memandu dengan agak sentimental antara 140 ke 160kmj. dan hampir semua checkpoint polis saudi tidur dalam guardpost! hahaha...
selepas solat subuh kami mereruskan perjalanan dan tiba di miqat pada jam 7pagi, disitulah kami berihram. kemudian menyambung perjalanan ke kota mekah sejauh 100km, apabila tinggal 10km sebelum memasuki kota mekah, sudah kelihatan menara jam besar di sebalik bukit. itulah menara yang paling hampir dengan masjidil haram.
apabila tiba di kota Makkah kami menghadapi kesukaran untuk mencari tempat parking lalu terpaksa parking jauh dari masjid dan menaiki teksi untuk meneruskan ibadah umrah. kali pertama memasuki masjidil haram dan melihat Kaabah, air mata berlinangan, begitu juga dikali kedua mengunjungi tanah suci. inilah niat pertama dari tiga niat utama ketika memilih pekerjaan di saudi, iaitu mengunjungi Baitullah.
Oleh kerana datang bersama dengan rakan yang baru kali pertama tiba di Makkah, beberapa tunjuk ajar diberikan kepada mereka sebelum memulakan rukun kedua, ketiga dan ke empat. selepas selesai tawaf, saie dan tahallul, barulah kami mencari tempat penginapan. dan dapat menyewa bukan sahaja di hotel yang sama ketika kali pertama berumrah dahulu, bahkan bilik pun bilik yang sama. selepas check in, barulah kami bersarapan di kafeteria hotel. tapi dihidangkan dengan masakan indonesia, walaupun tidak berapa berselera tapi kami tetap makan kerana terlalu lapar, juga kerana sudah agak lewat bersarapan pada pukul 11. selesai bersarapan kami berbaring dan tidur sementara untuk menghilangkan penat travelling.
selepas solat zohor di masjidil haram kebanyakan masa di luangkan untuk beribadah dan berdoa di hadapan multazam dan makam ibrahim. ramai yang menyangka Makam ibrahim adalah kubur tapi ia adalah peninggalan kesan tapak kaki Nabi Ibrahim A.S. yang simpan dalam binaan yang sedemikian rupa.
Selepas solat maghrib sempat juga bersolat sunat ni dalam hijir Ismail. Alhamdulillah kerana dapat bersolat tanpa banyak ganguan walaupun ada berlaku perebutan tempat solat diantara orang Iran, Arab dan India.
pada hari kedua, bercadang untuk menunaikan umrah kali kedua tetapi rakan2 mahu pulang awal dengan tujuan ingin sampai awal dan sempat berehat sebelum memulakan kerja keesokan hari. mereka bercadang untuk bertolak pada pukul 10 pagi. tetapi adalah lebih baik sekiranya meninggalkan kota makkah setelah selesai solat jumaat. saya juga turut menasihatkan lebih baik meninggalkan kota makkah selepas solat jumaat. dan kerana mereka masih mahu pulang awal ditakdirkan dua orang yang pergi mengambil kereta tersesat dan terperangkap kerana jalan keluar masuk ke masjidil haram ditutup awal untuk solat jumaat. jadi saya sempatlah menunaikan solat jumaat sebelum meninggalkan kota Makkah selepas tawaf widak (tawaf selamat tinggal)
selepas jalan dibuka kembali, barulah kami bertolak untuk keluar dari kota makkah, tetapi sekali lagi driver tersesat, dan kami tidak menjumpai jalan keluar dari kota makkah. inilah akibatnya kerana terlalu terburu-buru membuat keputusan. kami tersesat hinga ke padang arafah, dan juga tempat mengutip batu untuk melontar. tetapi akhirnya berjaya keluar setelah hampir sejam tersesat di tanah suci mungkin sama masa dengan kenderaan lain yang meninggalkan makkah setelah selesai solat jumaat. dan ketika tersesat tu ternampak LRT yang sedang dalam proses testing. sempat ke siap time musim haji nanti? wallahua'lam. sebagai pengajaran, kalau mereka mengikut nasihat untuk solat jumaat dahulu mungkin urusan perjalan di permudahkan oleh Allah swt.
apabila keluar dari tanah suci, kami sepatutnya menuju ke riyadh tetapi driver tersilap pilih jalan ke Taif. Taif adalah kawasan pegunungan seperti cameron highland dengan jalan mendaki bukit bengkang bengkok juga seperti cameron highland. disini juga tiada tempat untuk u-turn melainkan naik hingga ke puncak. mengikut sejarah dakwah Nabi Muhammad S.A.w penduduk taif pada zaman rasulullah menolak dakwah nabi, malah mereka memaki hamun dan melemparkan batu sehingga tumit Baginda berlumuran darah.
Cuma perkara yang agak menyukarkan kami di Taif kerana semua papan tanda jalan ditulis dalam bahasa arab, tetapi selepas berhenti seketika untuk makan tengahari, kami menemui jalan lain untuk ke riyadh dari Taif. udara diTaif sangat nyaman dan segar, hujan juga turun apabila Kami mula beredar dari taif. Taif adalah seperti taman tema yang lebih besar dari Genting highland kerana terdapat cable car, dan beberapa ferris wheel yang besar.
hari sudah hampir senja ketika kami keluar dari sempadan daerah Taif, kami meneruskan perjalanan ke Riyadh dan berhenti menunaikan solat maghrib & isya' dan makan malam. tetapi dalam perjalanan driver ternampak kereta peronda polis menunggu dalam gelap. Speed trap! beberapa kilometer kemudian kami sampai ke checkpoint, di situ kami terdengar perbualan dalam bahasa arab antara polis trafik menyebut tentang Nissan Altima sambil memandang kearah kami. Mungkin kami dah terkena speedtrap, tetapi alhamdulillah mungkin kerana polis menyangka Nissan Altima lain kami dibenarkan meneruskan perjalanan. semua menarik nafas lega bila dibenarkan pergi. memang pada masa ternampak speedtrap kereta bergerak melebihi had laju, tetapi alhamdulillah, agaknya polis terkeliru.
kemudian kami sekali lagi berhenti apabila tiba di Riyadh untuk solat subuh. tetapi apabila sampai di Dammam sekali lagi kami dihentikan di checkpoint, dan nasib baik kami sempat tukar driver yang berlesen sebelum checkpoint dammam. polis meminta ditunjukkan lesen dan insurance kereta, pada mulanya dia mahu kami memberhentikan kereta untuk pemeriksaan iqamah tetapi kemudian dia menukarkan fikiran dan membenarkan kami pergi, sekali lagi kami menarik nafas lega, kami meneruskan perjalanan dan apabila tiba di jubail, waktu sudah menunjukkan pukul 6 pagi, tanpa sempat berehat apabila sampai dirumah terus mandi dan bersiap untuk ke tempat kerja.
apabila tiba di tempat kerja, seharian sersengguk-sengguk menahan mengantuk kerana tak cukup tidur. balik je dari kerja terus baring, memikirkan lain kali kalau nak pergi umrah baik naik flight macam kali pertama jun lepas. menjimatkan masa dan banyak masa boleh digunakan untuk beribadah di tanah suci.
sedikit perkara yang harus di ingat jika ingin menunaikan umrah dan haji di Tanah Suci.
1. sebelum datang berniatlah untuk beribadah dan jangan niat nak buat perkara lain.
2. jangan terlalu berfikir untuk bersenang-senang dan jaga pertuturan.
3. musim haji tahun ni adalah permulaan musim sejuk jadi buatlah persediaan untuk menghadapinya
4. sunglass juga perlu untuk elakkan silau jika tawaf di tengahari, sunglass yang biasa2 sudahla takyah yang branded2
5. bawa plastik atau bag untuk menyimpan sepatu/sandal untuk memudahkan dibawa dan tidak mnyukarkan untuk beribadah
6. apa lagi? lain kali kot kalau teringat hehehe...
till next time, wassalam.
eric,this is a useful blog.u are a good writer!excellently written.inshaAllah,jika ada rezeki i will be there too..moga Allah izinkan jd tetamunya.amin
ReplyDeletetima kasih kerana sudi membaca my blog yang tidak seberapa ni. semoga cepat menjadi tetamuNya, Amin
ReplyDelete