nuffnang

nuffnang LR

Thursday, August 26, 2010

Jubail Episode XI (Ramadhan)

Ramadhan Kareem!
Ramadhan Mubarak! mabrook!
begitulah greeting yang selalu disebut orang-orang arab bila masuk bulan ramadhan.


pejam celik pejam celik dah 16 hari berpuasa.rasa macam kejap je masa berlalu, maybe sebab masa kerja di saudi di pendekkan time bulan Ramadhan. masuk kerja pukul 10pagi balik kerja pukul 4 petang. kalau staff-staff yang kerja shift tu masa kerja still ikut bulan-bulan biasa tapi yang lebih dari 6 jam tu dah kira overtime. memang lebat la overtime diorang bila bulan puasa macam ni. thats why la diorang punye overtime claim aje boleh cecah lebih dari 7000riyal!


dua hari pertama berpuasa di saudi, dream home apartment manager sponsor iftar dengan staff2 dream home. walaupun juadah tak sama macam juadah malaysia, kebanyakannya masakan India, cuma takde nasi aje la. dulang penuh dengan buah, sup yang dimasak sendiri oleh apartment manager & bermacam-macam kuih Indian style. sup yang manager apartment masak memang sangat sedap & mengenyangkan never taste the soup that good, rupanya nampak macam mushroom soup, tapi the ingredient tu mesti campuran spices of India, dgn sayur, campur noodle yang tak pernah jumpa sebelum ni. first day berbuka, empat orang Malaysia join berbuka, second day 2 orang, third day I dont know sebab gi berbuka kat masjid hehehe. hari ketiga dan hari keempat pun berbuka kat masjid.


kat sini boleh kata hampir setiap masjid menganjurkan iftar free, semuanya di sponsor oleh pak-pak arab. kalau kat madinah tu peruntukan untuk berbuka aje sampai berjuta riyal (mengikut newspaper arab).kalau berbuka kat masjid ni plastik "safrah" akan di hampar sepanjang saf. kuih-kuih diorang main lempar je depan jemaah yang menunggu untuk berbuka. begitu juga dengan lauk2 ayam. maybe orang yang tak pernah tengok akan rasa macam cara tu agak kasar, tapi nak buat macamana memang sejak dulu lagi diorang dah biasa dengan cara begitu. menu berbuka kat masjid adalah nasi bukhari ayam, hari-hari menu sama. biasanya yang datang berbuka kat masjid paling ramai India(kami panggil bawang), beberapa orang filipina, beberapa orang malaysia, imam arab, bilal arab dan pak arab yang sponsor iftar.


masuk je pukul 5:45 saf pertama untuk berbuka dah full, pukul 6biasanya saf terakhir akan start untuk full, ye la pukul 6:15 dah berbuka. bila masuk time berbuka tak tau la apa istilah makan yang patut diberi, kalau mengikut istilah cerita P.Ramlee bujang lapok, boleh kata umpama "mencekik". nasi bukhari yang gitu punye banyak setiap sorang kalau tengok bawang makan tak sampai 5 minit dah licin! first day berbuka I was the last person to finish, hari kedua kita pun sama2 turut "mencekik" sampai hampir nak "tercekik"! hari berikutnya dah serik! berbuka aje kat apartment dengan buah2 & makanan yang tak berapa berat. lepas terawih baru la makan yang berat.


setakat ni solat terawih alhamdulillah penuh, bila pindah apartment location lagi dekat dengan masjid. sahur lak malam pertama je yang makan sebelum subuh, sahur-sahur seterusnya cuma minum susu je, tak lalu nak makan.


schedule kedai & bank berbeza sekali bila bulan puasa. kebanyakan kedai tutup pada siang hari. kalau kedai makan tu memang wajib tutup la kalau bulan puasa. bank-bank start buka lepas terawih, kedai-kedai makan start menjual kuih2 diluar kedai bermula pukul 4 petang. kalau area yang banyak kedai makan tu maybe nampak macam pasar ramadhan. I only realize this lepas sepuluh hari berpuasa, tak larat nak keluar nak-nak pulak tengah peak musim panas. orang-orang bukan islam lak kalau nak makan pun secara sembunyi-sembunyi la, kalau berani makan tempat terbuka memang amat cerah peluang untuk masuk lokap hehehe..


orang arab yang biasanya memang malas nak buat kerja bulan-bulan biasa lagi lansung tak buat kerja time bulan puasa. kalau kat office, monthly meeting pun cancel terus. tapi kalau contruction, tengok siang takde sorang pun yang kerja, tapi lepas je waktu isya' Fuh! semua contruction work start seolah-olah macam deadline tu on the same night.


government servant Saudi start bercuti dari 20ramadhan, boleh kata pejabat kerajaan pun tutup on the same date, thats why la terasa macam tak senang duduk, nak kena settlekan dengan process exit entry kalau nak balik raya. kalau tak settle exit entry, nampak gayanya solat raya kat masjid nabawi la tahun ni. flight ticket pun terpaksalah ditukar tarikh ke raya haji. hopefully, everything will settle within next few days, so dapatlah beraya di Kota Bharu.


sepatutnya, minggu ni sekali lagi pergi ke mekah untuk menunaikan umrah bulan ramadhan, tapi tak kesampaian sebab baru pindah apartment dekat town center. terlepas peluang nak follow rombongan yang dianjurkan oleh 'kelab rakyat malaysia jubail'(KRMJ), insya;allah tahun depan tak jadi masalah untuk follow rombongan ni nanti. kalau tengok siaran lansung arab saudi kat TV bulan puasa ni macam bulan haji, jemaah penuh sampai keluar masjid hatta tingkat paling atas pun penuh. mungkin bila sepuluh hari terakhir ramadhan makin ramai jemaah berkunjung ke mekah.


kalau segala urusan exit entry untuk balik beraya selesai, insya'allah akan sampai di muscat pada 7september dan insya'allah tiba di KLIA 8 september. wassalam...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages