nuffnang

nuffnang LR

Monday, January 24, 2011

Jubail Episode XXII: Jalan-Jalan Cari Kereta

This story should be publish last month but since terlalu busy dengan plant shutdown, transfer to another place, owner rumah bertukar tangan, pindah rumah dan macam-macam lagi! Fuh, sebab tu blog pendek je sempat post.


hampir sebulan setengah yang lepas, beberapa hari sebelum tarikh lahirnya, eric, Encik J, dan abang angkat Pyan sekali lagi mengunjungi car zouk (bukan tempat disco kereta) untuk betul-betul membeli kereta. memang tidak boleh disangkal lagi keperluan untuk membeli kereta sejak tiba dari Malaysia untuk kali yang keempat. 


kenapa kereta penting sangat? kenapa nak beli cepat sangat? kereta amatlah penting untuk kemana-mana di dalam kawasan jubail, kerana agak mustahil untuk berjalan kaki untuk kemana-mana. Eric memerlukan kereta kerana pada masa itu beliau bakal masuk team MTBE shutdown. dan harus tiba di tempat kerja sebelum pukul 6:30 pagi dan balik pada pukul 6:30 petang, maknanya turun kelam, balik gelap (lepas waktu Isya'-winter season).


Apa, takde public transport ke kat sana? hah ye, memang takde transport, nak naik bas... memang takde bas unless kalau nak pergi ke makkah atau madinah ada lah charter bus. teksi? hihihi.. kim salam aje la kat driver teksi saudi. kalau berani sila la try sendiri. tambang memang murah SAR10 je untuk seorang, kalau nak pergi ke dammam (80km++) disumbatnya sampai enam orang penumpang naik camry hatta 2 orang duduk sebelah driver. tu memang dah melebihi had tin sardin. kalau bab driving... fuh bak kata orang saudi "number one driver" yang bererti drive kereta macam bapak diorang punye jalan, tekan pedal accelerator sampai habis, kalau masuk formula 1 gerenti driver tu mati kat first corner kalau kat sepang circuit atau A1 ring. dan kelajuan purata biasanya 170kmj keatas. kalau kat highway, merekalah mat rempit tua. memotong dilorong keempat, walau highway cuma ada tiga lorong!


kalau nak pergi kerja memanglah naik bas, tapi kita kenalah follow the bus driver schedule. dan biasanya masa untuk sampai ke destinasi dengan bas adalah lebih lama dari drive kereta sendiri. kalau terlewat balik sikit memang ada kebarangkalian besar u miss the bus hehehe.. bank pun cuma buka waktu kerja sahaja, takkan tiap-tiap kali nak pergi bank nak tebalkan muka mintak member tolong hantar. dan hujung-hujung minggu takkan nak terperap je kat rumah. dan kalau nak rumah yang lebih elok syaratnya mesti kena ada kereta dahulu baru boleh sewa rumah di kawasan yang agak jauh dari pusat bandar.


maka pada hari jumaat itu pergilah mereka bertiga ke car zouk dengan menaiki H3. didalam perjalanan, eric cuma terbayang kereta Honda Civic dan Mazda6, kalau Mazda3 kecik sangat, tak pasal-pasal jadi mangsa buli. kalau drive kereta kecil di saudi memang anda akan dibuli, lansung diorang tak bagi jalan. bayangkan anda membawa kereta kancil dan kereta-kereta lain adalah tiga kali lebih besar dari kereta kancil dengan pemandu-pemandu yang otaknye separa normal. scary? Nissan Murano pun nampak kecik ke bila dibandingkan dengan Toyota Sequoia atau GMC Yukon (belum lagi GMC Yukon XL - siap ada saiz XL tu!) 


ketika sampai separuh jalan dan H3 dipandu pada kelajuan 110kmj tiba-tiba ada sebuah kereta honda accord merah gelap model 7th generation memotong dengan laju dari lorong untuk ke petrol station di sebelah kanan, tetapi malang tidak berbau.  kereta itu secara tidak terduga terpusing kesebelah kanan kearah beting pasir lalu melambung dan membuat two and a half somersault seperti acara dive atau gimnastik artistik untuk sukan olimpic. kereta itu terbang sebelum landing bahagian hadapan dahulu dan hampir-hampir menggenapkan three somersault berpusing (fuh! macam cerita Maero Attack*) kemudian hilang didalam kebuk pasir yang terhasil dari impak accident tersebut. Eric menyaksikan kemalangan itu secara lansung dari sisi tingkap H3. tetapi kami meneruskan perjalanan kerana kejadian berlaku betul-betul sebelah petrol station. ada la tu nanti jurupam minyak tolong. 


Apabila tiba di car zouk mereka bertiga pergi ke masjid untuk menunaikan solat asar dan selepas itu meninjau-ninjau kereta-kereta terpakai yang di parking berhampiran dengan highway Dammam-Riyadh, memang banyak Honda civic sedang dijual, tetapi satu Mazda6 pun tak ada. maka pilihannya cuma Honda civic. beberapa owner ditanya rata-rata harga adalah sama, iaitu separuh dari harga asal. hanya toyota sahaja yang harganya tidak banyak berubah, kereta lain selepas setahun harga jatuh hingga 50 peratus, kalau KIA atay Hyundai harga jatuh lebih dari 60 peratus.




apabila tiba di hujung jalan, mereka menjumpai tiga buah kereta honda civic yang parking bersebelahan antara satu sama lain dan dijual oleh seorang pemuda Arab. eric memerhati dengan teliti setiap kereta untuk mencari jika ada kesan kemalangan pada kereta pertama yang bewarna putih. pemuda arab tadi merecommend kereta itu kepada Eric. apabila Eric cuba meneliti lagi dua buah kereta, pemuda Arab itu tetap recommend kereta yang pertama lalu menghidupkan enjin kereta tersebut kerana kereta itulah yang terbaik diantara tiga kereta yang dijualnya. ababila hood kereta dibuka ternyata enjin berjalan lancar dan senyap. dan harga ketiga-tiga kereta tersebut lebih murah SAR6K dari civic yang lain. apabila berpuas hati, Eric bertanya kepada pemuda arab itu.


"I take this car, how much should I pay for the deposit?"
"no need" kata arab sambil meletakkan jari di bibir mengisyaratkan beliau berpegang kepada kata-katanya.
inilah sifat orang arab yang boleh dicontohi, mereka akan merecommend barang yang terbaik dan berpegang pada janji berdasarkan kepada kata-kata.
"Come after solah" tambah pemuda arab itu kerana pada masa itu terlalu banyak kereta yang diletak dikeliling Honda Civic tersebut dan kawasan itu hanya akan lengang selepas solat maghrib. 


 ini le keretanya, Honda civic pun alhamdulillah 
ketika menunggu waktu maghrib, dari jauh eric ternampak beberapa orang arab bertanya berkenaan kereta tadi tetapi dari gerak-geri pemuda arab itu eric dapat mengagak pemuda itu berkata "the car was already booked" sememangnya betul-betul berpegang kepada kata-katanya.


selepas solat maghrib, penjual dan pembeli kereta mula beredar dari kawasan tersebut. dan keadaan mula lengang, honda civic putih tadi pun boleh di pandu keluar dari kawasan tersebut. mereka bertiga menaiki kereta itu untuk berurusan mengenai 'istimarah' (pertukaran pemilikan kereta) lesen dan sebagainya. eric membayar pendahuluan 15K cash dan selebihnya (juga dalam cash) akan dibayar apabila semua urusan pertukaran pemilikan kereta selepas dua hari berikutnya.



selepas dua hari eric membayar wang selebihnya dan mendapat kunci kereta Honda kedua miliknya. kereta honda lagi satu kat mana? kat Malaysia daa hehehe


*Maero attack: sebuah cerita jepun yang dialih bahasa berkenaan bola tampar yang popular pada tahun 80an. famous dengan spike somersoult berpusing. nak tengok cemana cari la dalam you tube


Eric: pakai Honda civic pun still kena buli gak, tapi makin lama driving kita plak yang makin tertiru skill buli kereta lain, tapi kena buat hati kering la.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages