OK, this time perkara lain sket eric nak cerita kat korang, bagi anda yang dah berumah tangga maybe ni sesuatu yang pernah dialami tapi bagi yang 'single mingle pringle', belum berumahtangga atau masih bujang dan nak memulakan kehidupan baru dirumah baru, apa yang di tulis ni mungkin boleh di jadikan sedikit panduan.
katalah sebelum ni korang hidup bujang, dan menetap di fully furnished studio house apartment, atau tinggal dengan keluarga. Tetapi setelah berjumpa dengan awek yang membuat korang tak sabar-sabar nak berkahwin, mungkin korang nak berpindah ke rumah baru dan memulakan kehidupan baru berumahtangga.
Selepas semua upacara kahwin korang lalui, kenduri-kendara, honeymoon dan sebagainya maybe korang tinggal dulu sebulan dua bersama keluarga atau rumah lama korang sebelum berkahwin. kalau tinggal di studio apartment bujang maybe tak berapa sesuai untuk berdua. maka dengan saki baki duit simpanan korang selepas kahwin, cukup ke duit nak pindah ke rumah baru?
Ok katalah korang ada simpanan yang cukup untuk berpindah ke rumah baru, pasangan anda pula mula rasa tak selesa dengan rumah lama atau rumah keluarga mertua atau sebaliknya. Agak mustahil lepas kahwin takde satu sen pun simpan dalam bank. dan bila sudah berdua barang-barang pun boleh dibeli secara share dengan simpanan suami dan isteri, barulah di katakan susah senang di kongsi bersama. lainlah kalau anda sanggup dengar dialog berikut setiap hari.
"Bang, bila kita nak pindah? Ayang rimasla, macam-macam kerja kena buat dalam rumah ni"
atau
"Bang, rumah ni kecik sangat la, kita cari lah rumah yang selesa sikit"
atau
"Yang, kita pindah nak? kat sini tak boleh nak bermesra lebih-lebih, lain macam pulak mak you tengok nanti" (gatal siot hahaha)

Ok, apabila nak berpindah rumah, perkara yang paling utama ialah mesti kena ada rumah la! tak kisahla rumah sewa atau rumah yang korang beli pakai akaun kedua KWSP dan bayar ansuran bulanan. kalau rumah sewa mesti ada duit yang cukup untuk deposit rumah dan sewa bulanan.
bila korang sudah mempunyai sebuah rumah, perabot apa yang perlu korang beli mengikut kepentingan? tilam? tv? dapur? peti? sofa? Yang mana dahulu? cuba tanya pada siri kita sendiri, mengapa kita perlukan sebuah rumah? pertama untuk berehat dan tidur ditempat yang selesa. jadi perkara pertama yang perlu ada ialah tilam dan bantal, kalau harga katil mahal postpone dahulu beli katil, takut kang beli katil murah ada bunyi lak bila bergoyang. (ha! pikir kemana tu? ish.. ish.. ish..)
kedua pula, rumah adalah tempat untuk kita makan. kalau nak merasa masakan isteri, anda perlu ada dapur gas untuk memasak, periuk nasi elektrik dan peti sejuk untuk menyimpan bahan mentah. termasuk perkakasan memasak seperti periuk, pinggan, mangkuk dan sebagainya. Kalau isteri tak pandai masak? bak kata cerita pendekar bujang lapok pergi bertapa "cobaan..." (bagi yang baru kahwin biasa dapat hadiah periuk nasi, pemanas air, set pinggan mangkuk even microwave oven)
ketiga perkara yang sama penting dengan perkara kedua adalah pakaian. anda perlu ada sebuah almari untuk menyimpan pakaian. mesin basuh untuk menjimatkan wang daripada di hantar ke laundry. seterika dan meja seterika barulah boleh ke tempat kerja dengan pakaian yang tampak kemas walau di seterika sendiri, atau pujuk isteri tolong iron hehehe...
keempat adalah tempat bersantai, maka anda perlu membeli set sofa. tidaklah perlu mencari yang mahal-mahal, carilah yang memenuhi keselesaan sendiri. dari segi hiburan selain bergurau senda tv juga adalah penting untuk mengetahui perkembangan berita terkini, melayan movie dan sebagainya.
dan yang terakhir ialah perkara-perkara yang telah anda pospone. contohnya ialah set katil, electrik oven, microwave oven, meja solek (kalau isteri anda kaki make-up macam tepung gomak raja kapur hahaha), dvd player, broadband, karpet dan sebagainya.

bagi yang bekerja di Saudi, perkara pertama, sewa dibayar lump sum enam bulan atau setahun, secara purata 6ribu hingga 17ribu untuk tempoh 6 bulan. selain perkara di atas perkara yang penting di saudi ialah alat penghawa dingin disetiap bilik untuk mengahadapi musim panas, dan pemanas elektrik untuk musim sejuk, dan juga shower heater. Kebanyakan perabot di saudi ada yang lebih kurang dengan harga malaysia, tetapi perabot kayu memang mahal, lebih mahal kalau perabot import dari malaysia yang kebanyakannya menggunakan kayu getah. broadband juga penting kalau nak sentiasa berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan di malaysia. well, That's all folks!
No comments:
Post a Comment