Dear readers, just for sharing - seen on cable news..
-----------------------------
Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda.
Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa
yang berlaku secara terperinci. Asyik2 isu fasha sandha yang tak
habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email rakyat
dengan ucapan CNY.
Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook,
twitter,
blog , tumblr masing2. Kalau boleh biar
satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan,
maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap
dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang
sewajarnya.
edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi
ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh
Mesir.
Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi
rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini
diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak
negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan
Mesir untuk ber-demo.
Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan
mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas
harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia
kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat
Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh
satu dunia.
1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir
Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan
tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun
boleh jadi mangsa tanpa sedar.
2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi
telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk
berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal
dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.
3. 5000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas
dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan
yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula
spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi
ancaman teruk.
sumber: http://goo.gl/KDkfI
4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol
dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam
ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita
sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab
kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak
dipandang serius.
5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi
masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena
bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh
macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap
dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.
6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar
Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan
banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya
mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang
dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh
dengan kereta.
7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority
sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja
di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui
blog Krisis
Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian
kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva
Dizavch
Twitter :
DyyaDizarch
Blog : Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2...@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need
your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our
citizens there.
- Nadia
8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini
Mintak tolong sebar berita ini di facebook,
twitter,
yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah
kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.
9. Bacaan berguna
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar
Kita
2. What’s happening in
Egypt
3. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar
Kita
4. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM
Mesir
Sudah-sudah baca gosip artis Fasha Sandha dll, lupakan mereka seketika untuk
memandang serius isu ini.
Yang ada Astro pun boleh tengok siaran Al-Jazeera. Sekian, entri khidmat
masyarakat dari kami di JomPHP.
Sumber: *
http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kep...
*
No comments:
Post a Comment