nuffnang

nuffnang LR

Tuesday, February 15, 2011

Jubail Episode XXIV: Umrah III

clock tower siap time musim haji kot
Siang berganti malam, malam berganti siang, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, musim berganti musim. hari demi hari, tanpa sedar telah masuk bulan February. 

Kali terakhir Eric pergi ke kota Makkah adalah seminggu sebelum puasa tahun lalu. Ini ialah kali pertama bagi eric untuk pergi ke Makkah dengan menaiki bas. tiga kali pergi menunaikan umrah, dengan tiga pengangkutan yang berlainan. ramai yang mendakwa menaiki bas adalah teruk dan sebagainya. tapi berlainan bagi pendapat Eric, mungkin kerana orang lain pergi tak kena dengan caranya. cuma sebelum bas bertolak penumpang menjadi agak 'rushing' kerana terpaksa pulang dari kerja sejam lebih awal.

Eric lansung tidak merancang untuk mengerjakan umrah pada minggu itu kerana tiket penerbangan ke Makkah pada minggu itu telah sold out berikutan cuti persekolah selama seminggu di Saudi dan negara-negara yang sewaktu dengannya. semuanya bermula apabila satu family malaysia yang bekerja di Petrokemya, membeli tiket bas untuk mengerjakan umrah pada hujung minggu tersebut dan mengajak wife eric untuk turut serta, pada mulanya eric tidak mahu kerana selalu terdengar khabar angin yang memburuk-burukkan perjalanan dengan bas. tetapi akhirnya akur kerana memikirkan telah lama tidak mengunjungi Masjidil Haram dan beibadah di sana.

beberapa hari setelah membeli tiket berharga SR70 seorang, kelab rakyat malaysia Jubail (krmj) membuat program umrah untuk ahli kelab pada minggu berikutnya. agak frust juga perasaan eric kerana tersasar seminggu lebih awal dari mengikuti program Umrah krmj. oleh kerana ramai staff di pejabat eric juga bercuti, eric meneruskan niat murninya itu (ayat... baeekk punye haha). hari yang ditunggu-tunggu pun tiba, pagi rabu itu terkena buat assignment SAP yang baru tetapi Eric menyiapkan laporan bulanan penyelenggaraan untuk semua plant dalam masa separuh hari sahaja tetapi meng-email laporan tersebut beberapa minit sebelum pulang (taktik). tetapi sebelum pulang eric perlu meminta kebenaran daripada pengganti manager (manager cuti). last-last minute tak jumpa kemana hilang orangnya. officemate eric pun turut membantu mencari, rupa-rupanya sedang 'melabur' dalam 'bank' dan kebenaran diberi ketika beliau masih di dalam 'bank'.

Eric bergegas pulang tepat jam 3petang. sesampai dirumah Eric terus mandi sunat Musafir, solat asar, solat sunat musafir dan terus memandu menuju ke dakwah center. di dakwah center terdapat berbelas bas sedang menunggu penumpang untuk ke Makkah. 

logo deutchland
eric meletakkan keretanya dihadapan kedai kebab berhampiran dengan Dakwah center dan mencari bas yang patut di naiki. penjual tiket menunjukkan bas bewarna kuning dengan logo burung seperti logo kelab bolesepak germany. kebanyakan bas express di saudi menggunakan bas terpakai import dari jerman. tetapi nama syarikat pengangkutan jerman pun lansung tidak ditukar, nama bas yang eric naiki, eric sendiri pun tak tau nak sebut yang pasti ada perkataan auto. manakala yang biasa dilihat adalah yang bernama Kluten-reisen. 

pada pukul 4:10 pemuda arab pemandu bas mula meninggalkan kawasan dakwah center. selepas perjalanan sejauh 200km, bas berhenti. driver mengumumkan dalam bahasa arab.
"bas berhenti selama 35minit untuk solat maghrib dan isya' ".
Oleh kerana bas-bas yang lain juga berhenti di hentian yang sama, keadaan tempat untuk berwudu' dan bersolat dipenuhi dengan penumpang bas hingga ada yang terpaksa bersolat dilantai luar masjid.


tepat 35minit selepas itu pemandu terus menekan hon supaya semua penumpang kembali ke bas supaya perjalanan diteruskan. ramai penumpang yang kembali agak lewat kerana tidak cam bas mana satu yang mereka naik, lantaran kena marah dengan driver bas. pemandu bas agak garang dan tegas , so no play-play!


perjalanan diteruskan selama hampir 4 jam, kebanyakan penumpang lain tidur, tetapi entah mengapa eric tidak dapat tidur lena. apabila tiba di hentian riyadh bas berhenti selama 20minit untuk berehat seketika, minum dan ke tandas. perjalanan di sambung kembali dan eric masih lagi belum dapat tidur hingga tiba di miqat. dan eric menyedari pemandu bas ini adalah seorang yang agak laju. jadi tidak perlu risau untuk masuk kerja tepat pada masanya dua hari kemudian.


"bas berhenti selama 45minit untuk solat subuh, dan berihram" kata pemandu lagi dalam bahasa arab.


eric mengambil kain ihram dan bersedia untuk mandi, tetapi malangnya terlampau ramai yang beratur untuk mandi. cuaca pula teramat sejuk walaupun eric memakai winter jacket. semasa menunggu giliran, wifenya menelefon kerana terdapat bilik sewaan untuk mandi (dengan water heater) dan berihram. tiada gunanya berebut bilik mandi jika terdapat bilik sewa sedemikian, lebih mudah untuk keluarga berihram. harga bilik sewaan cuma 30riyal. 


setelah selesai berihram dan bersolat, mereka menyimpan pakaian yang dipakai kedalam bag di ruang simpanan bag. didalam bas semua lelaki berpakaian ihram termasuklah driver bas. bas terpaksa menangguh perjalanan kerana terdapat beberapa penumpang yang agak lewat berihram kerana menunggu giliran. 


Malam jumaat- jemaah bertambah
fajar mila menyinsing apabila bas meneruskan perjalanan, kelihatan beberapa ekor unta di tepi jalan dan berpuluh puluh unta di dalam setiap kandang di tepi jalan menuju ke kota makkah. beberapa penumpang melafazkan talbiyah didalam bas, perasaan terasa sayu kerana sekali lagi berpeluang menjadi tetamu Allah. bas tiba di kota Makkah pada 8:45 pagi, dua family malaysia check in di hotel Holy Days yang tidak berapa jauh dari baabu'ssalam (pintu masuk ke masjidil haram yang lebih afdal). harga bilik tak sampai pun 150riyal semalaman. setelah selesai bersarapan dengan bekalan yang di bawa. mereka terus menunaikan Tawaf, sa'e dan bertahalul. pagi itu tidak ramai jemaah asing kecuali jemaah yang bekerja di saudi atau penduduk saudi sendiri yang mengerjakan umrah. mungkin apabila bulan mac jemaah umrah asing akan mula memenuhi kota makkah.



cuaca di kota Makkah amat berbeza sekali berbanding jubail dan tempat-tempat dalam perjalanan, cuacanya adalah dalam kategori 'Just nice'. cuma cahaya matahari agak terang dan menyilaukan. selepas menukar pakaian ihram, lunch dan solat zohor di hadapan Kaabah eric makan di D'saji (foodcourt makanan malaysia), walaupun baru lunch eric dapat menghabiskan nasi lemak kerana nasi lemak itulah paling sedap yang dijumpai setakat ini di saudi, manakala wifenya makan nasi dengan rendang daging.



kali ini eric hanya dapat bersolat dan berdoa beberapa kali di hadapan multazam, tetapi tidak berpeluang untuk solat sunat di dalam hijir Ismail kerana tersilap perkiraan. hajatnya mahu solat sunat didalam hijir ismail selepas solat isya', tetapi semakin ramai yang sampai pada malam jumaat. nak menghampiri hajarul aswad pun amat susah baru 3meter dari hajarul aswad kaki dah kena pijak. berpuluh-puluh orang berebut, berhimpit dan tolak-menolak untuk kucup hajarul aswad.


keesokan harinya selepas bersarapan seperti biasa Eric mengisi air zam zam kedalam tong air untuk dibawa pulang. tawaf wida' terpaksa dilakukan lebih awal kerana bas akan datang pada pukul 2 setelah solat jumaat. dan seperti biasalah air mata tidak dapat di tahan apabila membaca doa selepas solat sunat tawaf wida'.  


bas bertolak pulang pada pukul 2petang, eric masih lagi mengalami masalah untuk tidur di dalam bas. perjalanan berbelas jam melebihi 1200km terasa begitu sekejap kerana eric mamai di dalam bas. eric berharap next time beliau akan mengambil cuti yang agak lama untuk spend berhari-hari di makkah. 



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages