At last... blog ni mungkin blog tertunda yang terakhir sejak sekian lama di peram dalam drafting. semua kisah dalam blog kali ini berlaku dalam bulan disember 2010. pada masa itu eric masih lagi tinggal di al-ahjam. di situ dahlah nak parking kereta pun susah, kena lak naik tangga sampai tingkat tiga kerana bangunan itu tidak mempunyai lift. mula la wifenya mumbling. kena lak owner building tu bertukar tangan. talian internet di potong lebih seminggu sebelum pertukaran owner. bila internet tiada, mula la eric tak senang duduk, walaupun masih boleh memakai broadband.
Pada mulanya eric berbincang dengan owner baru untuk berpindah ke tingkat satu, tetapi dari percakapan, nampaknya kata-kata owner ni tak boleh dipakai atau hanya janji kosong. janji India memang jauh beza dengan janji arab yang jenis amanah. janji owner baru itu sentiasa ada perkataan 'if available' (jika ada yang kosong). because of this uncertainty eric bercadang untuk berpindah sahaja. malah seorang jiran dari negara sama dengan owner baru (india) yang asyik men'cucuk' owner setiap hari untuk potong line pertukaran rumah eric manguatkan lagi keyakinan eric untuk berpindah.
Pada masa itu juga Eric terpaksa di tukarkan ke shift malam, jadi selamat ke nak tinggal wife malam-malam bila Eric keluar bekerja pada malam hari? bila memikirkan keselamatan, eric berfikir untuk mencari kawasan yang lebih tenang dan berhampiran dengan ramai member malaysia. oleh kerana pertukaran dari shift siang ke shift malam eric mempunyai masa 24jam untuk mencari apartment baru. jadi eric mencari kediaman berhampiran dengan area 'water tank' kerana disinilah ramai warga Malaysia tinggal. daripada harga service apartment yang di survey semuanya agak mahal dan mencecah lebih dari 3000riyal sebulan. apabila hari hampir petang cuma tinggal beberapa jam sebelum shift malam bermula, cuma tinggal satu sahaja tempat yang belum ditanya, apabila di tanya, rupa-rupanya itu adalah agent hartanah untuk kawasan water tank.
Eric cuba bertanya sewa rumah untuk kawasan berkenaan. harga untuk rumah satu bilik cuma 12 ribu setahun, manakala untuk dua bilik pula kurang dari dua ribu sebulan. apabila mendengar harga yang jauh lebih murah dari harga service apartment mungkin menyewa rumah lebih baik dari tinggal di service apartment.
petang itu pekerja suruhan agen hartanah itu membawa eric untuk melihat rumah satu bilik berkenaan. lokasinya agak strategik, betul-betul berhadapan dengan pasaraya panda water tank. cuma berada di tingkat dua, eric betul-betul berkenan dengan rumah tersebut tetapi wifenya tidak begitu. mungkin rumah itu sesuai untuk encik J untuk selama enam bulan sebelum membawa familynya ke saudi mungkin dibulan julai 2011.

maka ditunjuk pula rumah dua bilik tetapi di kawasan berhampiran national dispensary. mereka berdua tidak berapa suka dengan rumah dua bilik tersebut. lalu kembali ke pejabat hartanah. eric akan di bawa kerumah seterusnya keesokan hari. lalu eric pun pulang untuk bersiap ke tempat kerja.
malam pertama bekerja di shift malam agak berlainan. suhu persekitaran amat sejuk, terutama selepas tengah malam. keadaan menjadi amat sejuk apabila terpaksa berada di menara area 82 untuk eddy current test. eric tidak menghadapi masalah untuk berurusan dengan contractor dari Germany. mereka semua jauh lebih professional berbanding dengan contractor india, malah lebih baik dari pekerja arab sadaf sendiri.
pekerja sadaf shif malam semuanya berbangsa arab kecuali eric seorang sahaja. malahan, kebanyakan arab yang bekerja malam amat 'tidak mesra alam'. leader pun asyik tengok eric semacam je. kalau kat Malaysia orang macam leader shif malam ni, dah lama eric kenakan, nasib baik kat Saudi. kalau jumpa kat malaysia, bila eric dah berhenti dari kerja di Saudi, mamat ni memang eric nak 'bagi' cukup-cukup. Bak dialog dalam cerita P.ramlee masam-masam manis

"Hang tunjuk act no! nanti kalau hang pi kat alor staq dengan kepala hang aku putaq"
ops.. tertukaq cerita, keesokan harinya eric berjumpa lagi dengan ejen hartanah semalam, kali ini eric meminta rumah dua bilik di kawasan water tank. malangnya, Tayyib (ejen) mengatakan semua dah berpenghuni. lalu beliau cuba membantu lalu menelefon rakannya, eric bernasib baik kerana terdapat satu rumah yang baru sahaja kosong dua minggu sebelumnya. apabila melihat rumah tersebut, mereka berdua setuju untuk menyewa rumah tersebut. lalu eric membayar SR500 sebagai deposit.
malam berikutnya apabila eric tidak lagi bekerja dalam shift, eric peri berjumpa dengan tuan rumah sebenar di pejabat al-ajmi real estate.
'you want to pay six month or one year' tanya orang sudan disitu
'for the time being, I pay six month first' balas eric
'yes, all Malaysian there pay six months' kata tuan rumah lagi
lalu tuan rumh menekan calculator besar dihadapannya dan menunjukkan nilai yang harus dibayar. lalu eric mengeluarkan beberapa belas ribu termasuk, bayaran perjanjian, deposit utility dan insurance.
"you want to rent by gregorian calendar or islamic calendar?"
" I would prefer the gregorian calendar" jawab eric
"Okay, your rent date will be on first of january 2011, but tomorrow you can already get in the house, I give you six day free, you can get the key tomorrow night because I need to fix the kitchen exhaust fan first, the fan was too noisy" kata tuan rumah tersenyum
"jazaakallah hu khairan" kata eric sambil bersalam
"Hayaakallah"
"ma'assalaamah" kata eric lagi lalu berlalu keluar
"wassalaamualaik"
keesokan harinya eric dan wifenya mula memindahkan barangan ke rumah baru mereka kerana sudah tidak sabar untuk keluar dari rumah yang mereka duduki pada masa itu. mereka akan berjiran dengan tiga lagi family dari Malaysia. first thing first, eric membeli tilam spring queen size supaya mereka boleh tidur di rumah tersebut keesokan harinya. hello new home!

No comments:
Post a Comment