nuffnang

nuffnang LR

Monday, February 21, 2011

Jubail Episode XXVI: Spring Wing Things

"Catch and try it" kata seorang rakan Eric sambil malambung sesuatu ke arahnya.
Eric menangkapnya dengan kedua-dua tapak tangannya, rupa-rupanya sebiji buah strawberry yang agak besar saiznya. eric cuba merasai buah tersebut. tidak masam dan tidak terlalu manis.
(setelah di alih bahasa)
"that's the strawberry grown here in fanateer"
"fanateer?" tanya eric kehairanan

"ya, bila musim sejuk bermula, akan ada lori jual pokok strawberry di fanateer, bila pertengahan musim sejuk strawberry ini akan mula berbuah hingga ke hujung musim sejuk".

"ooo" kata eric sambil mengunyah strawberry tersebut.

"apabila musim panas, kebanyakan pokok strawberry akan mati, tapi pokok strawberry yang ditanam dalam pasu tidak mati kerana pada musim panas kami memindahkannya ke dalam rumah (air cond)" tambah rakannya lagi

baru la eric terfikir patutlah kalau pergi pasaraya banyak je jual strawberry. rakan eric ni sudah 13 tahun tak keluar lunch di cafeteria sejak terkena hypertension (darah tinggi). waktu lunch dia akan makan buah-buahan dan sayur-sayuran, contoh menu harian dalam pejabat ialah apple, orange, anggur dan carrot. ingatkan diet ke apa, tapi mengikut katanya yang turut mengambil pil hypertension, jika lunch seperti orang lain, maka berat badannya akan bertambah kerana hasil tindakbalas pil tersebut. (ini apa yang dia kata) 

Pada awal musim winter, ada sumber mengatakan bahawa pada musim sejuk, suhu boleh mencapai hingga 0 darjah tetapi nampaknya sumber itu tidak tepat. mungkin hanya di sesetengah tempat sahaja yang boleh mencapai suhu tersebut, apabila berlakunya hujan batu di beberapa daerah seperti di al-baha dan beberapa kawasan berhampiran riyadh tetapi bukan di jubail.

Beberapa hari yang lalu, sekali lagi ribut pasir melanda cuma pada skala yang agak minimum. mungkin ribut pasir ini menandakan telah masuk pun musim bunga atau 'spring season'. suhu di dalam rumah yang sebelum ini fluctuate antara 19C ke 22C telah meningkat ke 24C mengikut termometer di dalam rumah Eric. Eric juga sudah meninggalkan winter jacketnya dan mula memakai jaket biasa. Suhu di sini berlainan dengan makkah dan Dahran kerana suhu disana boleh dikatakan just nice.

Musim bunga, inilah musim dimana beberapa jenis serangga mula membiak. sebagai contoh, selepas musim hujan beberapa minggu yang lalu telah melengkapkan proses metamorphosis bagi pepatung (dragonfly) dan beberapa serangga lain yang memerlukan lopak air untuk bertelur. jadi apabila musim bunga, banyaklah pepatung berterbangan di tanah lapang. tidak kurang juga dengan beberapa species nyamuk dan yang tidak memerlukan air untuk membiak seperti lalat. (oh! jurnal national geographic ke ni?)

bagaimana pula dengan pokok yang hampir mati tetapi hidup kembali setelah di siram air dalam beberapa episode lepas? eric sendiri pun tak tahu kerana sudah hampir sebulan berpindah office. di dalam office sekarang pokok species yang sama telah melata hingga ke siling. sayang sekali kerana pokok ini bukan dari jenis yang mengeluarkan bunga. spring dengan winter nampak lebih kurang je, cuma rumput je kelihatan lebih hijau dari biasa.







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages