nuffnang

nuffnang LR

Friday, April 29, 2011

Jubail Episode 37: Ditahan Polis Arab!







gambar hiasan


Terkejut baca tajuk episode kali ni? well thats the truth, I thought my record will be clean sampai ke petang rupanya tercalar di senjakala.


semuanya bermula ditempat kerja, macam biasa ketika lunch hour, masa untuk berbual pasal apa-apa aje topic. Terkeluarlah topic saman ekor yang baru di implement di saudi atau sistem yang dinamakan SAHER (I dont know short term for what). maka di ceritakan bahawa terdapat satu speedtrap yang di letakkan di highway yang menjadi laluan kebiasaan eric apabila pulang dari tempat kerja. dimana terdapat dua speedtrap diletakkan di Highway antara jubail ke Dammam.


terdapat cerita dari rakan yang kononnya pernah di saman ekor kerana memandu laju. dan apabila disaman secara automatik orang yang terkena speedtrap akan mendapat sms pada ketika itu juga. yang biasa eric dapat cuma sms dari nombor maxisnya yang tertera "Call home to Malaysia from Saudi Arabia for only RM 4.50/min with hotlink International Roaming". which doens't make any sense to the speedtrap system. 


setelah di ceritakan dalam episod-episod yang lepas, mungkin korang membayangkan bahawa eric adalah kaki speeding or a SpeedDemon. ish.. ish.. ish.. tak baik tuduh orang tau! Eric sebenarnya adalah seorang pemandu yang baik, (masa zaman pakai lesen P lah) tetapi berubah mengikut peredaran masa dan keadaan trafic di sekeliling. 


setelah mendengar cerita mengenai speedtrap tersebut eric mengurangkan beberapa puluh kilometer sejam menjadi 120 kmj 'plus minus 5'. setiap kali pulang dari tempat kerja. hinggalah pada suatu malam eric termimpi dia di tahan polis kerana memandu laju, mimpi itu seolah-olah benar-benar berlaku, keadaan highway seperti highway PLUS tetapi polis trafic adalah polis saudi yang kebanyakannya tak faham english.  lama juga nak selamatkan diri dalam mimpi ni. 


Bila eric tersedar dari mimpi, jam menunjukkan baru pukul 3pagi. mimpi sebelum subuh! orang tua-tua kata, mimpi sebelum subuh adalah petunjuk sesuatu yang bakal terjadi. korang percaya dengan mimpi tak? actually I do.. yup always happen to be true.. well most of it to me.. 


pagi itu eric tidak berfikir banyak tentang mimpinya itu. selepas mandi dan menukar baju tanpa menukar kain pelikatnya eric menikmati sarapan sambil menghirup kopi panas di ruang tamu. (sejak bila eric minum kopi? sebenarnya eric tidak boleh minum kopi sewenang-wenangnya kecuali de-caffeinated coffee, kopi kurang caffeine dan kopi yang sewaktu dengannya). setelah bersarapan eric berbaring sambil bermalas-malas di atas sofa ruang tamu dan menekan-nekan remote satellite tv mencari filem-filem best tetapi tiada cerita menarik. eric mengambil mini notebooknya lalu ber'procrastinating' menerusi facebook yang tidak berapa meriah di pagi khamis kerana rakan-rakan dimalaysia masih dalam working hours. gmt+8. 



Pada asalnya Eric tak mau keluar ke Dhahran seperti minggu-minggu sebelumnya kerana eric terasa terdapat  simptom-simptom tonsil infection yang mana ketika itu virus sedang berperang dengan sistem antibody eric. oleh kerana tiada filem yang menarik di tv dan atas desakan "kaki window shopping" eric menukar pakaian dan membawa GPSnya keluar dan menghidupkan enjin kereta.


eric memandu mengikut kelajuan yang ditetapkan, 120kph untuk ke Al-khobar. disana singgah sebentar di kedai siam mencari sayur dan ulam-ulam yang biasa terdapat dimalaysia. kemudian singgah di Rasheed mall untuk solat jamak zohor/asar, menikmati lunch di food court dan membeli groceries. eric kurang berselera makan kerana peperangan tonsil didalam tekaknya tadi masih belum selesai dan mula terasa sakit. kemudian berwindow shopping di Zara dan jewellery shop (window je ye, tak beli apa-apa, takde sale la tu haha)


kemudian mereka pergi pula ke Dahran Mall, disitulah eric mengambil gambar curi pasangan pemuda arab yang di syaki gay(post yg lepas). Dhahran Mall adalah sebuah mall yang agak besar, dimana terdapat 13 pintu masuk di sekeliling pusat membeli-belah tersebut. dan jarak antara pintu ke pintu adalah lebih kurang 200m hingga 300m (sila lihat gambar).  



Kalau Eric yang jalan straight aje, kalau wanita jalan (sila bayangkan
satu arrow ada 3 zig-zag) - pintu7 green dot

Apabila tiba di  pintu 7 Eric dah malas nak jalan terbayang seperti ultraman yang lampu di dada sudah berkelip merah, niatnya macam nak patah balik, alangkah senang jika ketika itu beliau memakai rollerblade, sekali ada lak orang tu kata, jalan je sampai pintu 13 dah tak jauh, pastu jumpa balik pintu masuk tadi. dan eric mengikut, bila dah ikut rupa-rupanya lagi jauh!
Eric: Tipah tertipu bang! Tipah tertipu!
dah la kena jalan jauh, barang yang dicari lak takde..


Oleh kerana tekak makin pedih, kaki pun dah letih, baik balik rumah. dalam perjalanan pulang tak banyak kenderaan yang menuju ke jubail. biasanya penuh ketiga-tiga lorong hatta yang drive laju-laju tu memotong di lorong ke empat. tetapi hari tu macam tak banyak kenderaan yang melalui lorong ketiga. Jadi eric memilih lane tengah dan memandu mengikut speed limit atau plus minus 5kph. sekali sekala masuk lane laju apabila memotong. The day seems different its was silent, way too silent...



DIY Lane paling kiri



kenderaan yang melalui lane laju boleh dikira dengan jari, walaupun begitu masih ada yang memotong luar daripada lane laju (lane buat sendiri/DIY diluar garisan kuning). eric memandu dengan tenang sambil terfikir tentang mimpi semalam, beliau memotong di fast lane, sebuah camry putih memotong dengan amat laju disebelah kiri diluar garisan kuning hampir-hampir bergesel.
"oh mak kau! hilang akal apa?" kata eric dalam hati kerana terkejut.(memang eric boleh terkejut dalam hati, tapi pasti ada reaksi refleks pada anggota badannya)


sepuluh minit kemudian kereta tiba di check point. dan eric menukar ke lorong tengah. kelihatan kenderaan yang menunggu melepasi checkpoint lebih panjang daripada biasa. eric menarik wallet keluar dari pocket belakang jeansnya kerana kelihatan polis meminta Iqama (IC saudi) dari kenderaan dihadapan. eric mematikan suis radio, dan menurunkan tingkap  di sebelahnya.
"iqama" kata polis saudi
eric memberikan iqamanya kepada polis tersebut
"license.."
eric menunjukkan lesen memandu saudinya
"istimarah.." (kad pemilikan kereta)
eric menyerahkan kad dan polis tersebut menelitinya
"honda civic?"
"yes"
"HONDA CIVIC?" jerit polis tersebut kepada rakannya disebelah guard post dan memberikan kad pemilikan kereta eric kepadanya. 
kelihatan seperti rakan polis tersebut mengiyakan kata polis tadi, eric mula rasa tidak sedap hati
"park you car after the post in front".
eric memandu keretanya 10meter kehadapan sekatan jalan beberapa meter dari guard post. beliau membiarkan enjin keretanya hidup, suasana di situ kelihatan suram ditambah lagi dengan hari yang beransur kelam.


Bersambung.. (panjang cerita ni) gimme a day for next part okay.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages