nuffnang

nuffnang LR

Thursday, April 21, 2011

Jubail Episode 36: Retreat!





(sekali macam tajuk perang daa)

Last week and this week Eric ada join some picnic dan makan-makan dengan geng-geng plant lain. macam biasalah, bila keluar macam ni banyak la cerita dan berita yang di kongsikan. Lately ni macam pelik kalau takde cerita pasal rakan senegara yang mula kembali ke tanah air, dan meninggalkan company di Saudi. bagi yang bekerja di sini pastinya tahu, affiliate mana yang paling ramai pekerja Malaysia yang pulang selepas habis kontrak, tak lain dan tak bukan, Saudi Kayan. (based on what I see and I heard)


Tidak kurang juga dengan affiliate-affiliate lain. kayan mungkin kelihatan ramai staff yang meninggalkan company tersebut kerana melebihi 130 orang malaysia bekerja disitu. bagi company lain, yang rakyat malaysianya cuma berbelas orang, termasuklah eric, di dalam salah satu affiliate sabic company yang mana rakyat malaysianya tak sampai 20 orang. menurut yearly report untuk companynya tahun lepas sahaja sudah 16 orang resign dan join company lain atau pulang ke negara asal mereka, termasuklah 2 orang pekerja malaysia. dan orang ketiga kena tendang.


semenjak dua menjak ni, ada terdengar beberapa majlis perpisahan untuk rakan-rakan yang akan pulang terus ke tanahair yang biasanya di organized oleh geng-geng jumanisa' (jemaah wanita-sepatutnya dalam bahasa arab bunyi laen sket). kebanyakan yang pulang biasanya sudah mendapat tawaran dari syarikat tertentu, tidak kurang juga yang balik gitu je tanpa apa-apa tawaran. Now.. ada yang memang planning nak pulang tanpa apa-apa tawaran kerja, tetapi gusar memikirkan apa yang mereka nak buat bila dah balik kelak.


Tak berapa ceria bila cerita pasal draw back ni kan? OK change topic jap, ada juga cerita rakan senegara yang baru sampai tetapi bukan dari affiliate sabic tetapi dari aramco. atau lebih tepat lagi SATORP (Saudi Aramco TOTAL Refining and Petrochemical). yang mana currently 53 orang sedang menunggu untuk dipanggil ke sini untuk report duty, dan kebanyakan daripada mereka adalah dari PPM Petronas Penapisan Melaka (haha sesaja je pecah lobang). 


kepada yang baru datang dan yang akan datang nanti, may I greet u "welcome to the new hell!!" time orang malaysia Old timer lain start nak meninggalkan saudi, korang baru nak start.. hehehe.. 'lek luh' (relax dulu) datang la dulu baru rasa how was it, eric sendiri pun tak pernah keje aramco. tapi yang menggantikan eric di plant lamanya adalah orang yang pernah bekerja dengan aramco selama setahun. eric tanya kenapa, tapi dia memberi jawapan seolah-olah sabic ni lagi bagus. eric cuma cerita apa yang diceritakan, kalau dia kelentong, maka secara automatik korang dan eric pun kena kelentong jugalah! Oh!


bukan sengaja nak menakut-nakutkan yang akan datang, saja je nak menyakat sikit-sikit. nanti dah datang tu adalah amat dinasihatkan jangan la nak complaint itu ini serba tak kena. kalau in petronas, oklah semuanya kena spoonfed  dengan silverspoon... Di sini? let me say... 
IN YOUR DREAMS! hahaha
Eric angel: jahat la ko ni Eric!
Eric evil : ada 'mak' kisah?!!
Eric angel: x#afngswft% hantu punye budak!


Geng lama kat sini pun hangin gak dengan staff satorp yang baru sampai, apa taknya masa king bagi bonus 2bulan, staff satorp yang baru 4 hari tiba disaudi tulis kat status facebook "baru sampai 4 hari dah dapat bonus 2 bulan".  Damn! dang! sapa tak geram beb.


takpelah rezeki masing-masing kan? dapat alhamdulillah.. tak dapat pun alhamdulillah, sekurang-kurangnya semua cukup makan (terlebih pun selalunya). rezeki di sini melimpah ruah. alamak! sekali jauh lak menyimpang dari topic sebenar. 


tahun lepas masa nak balik kampung raya haji satu flight dengan beberapa staff kayan, teringat sorang member ni nampak macam nak balik seminggu je untuk raya haji semata-mata, tetapi rupa-rupanya balik terus, tak datang-datang balik dah. tak lama lepas member ni balik, member serumah dia lak balik, tapi  lepas dapat bonus (taktik kelas A+). tak lama lepas tu mula la dengar, satu demi satu balik ke malaysia. apa sudah jadi? 


ada juga di ceritakan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, bahawa oleh kerana terlalu tinggi bilangan penanam anggur tegar (penganggur) di kalangan penduduk tempatan. king memerintahkan pengurangan pekerja asing di saudi. maka kontrak expatriate cuma di renew untuk setahun sahaja. kerajaan nak memberi kerja kepada penganggur mereka lah kononnya. hakikat sebenarnya memang diorang ni pemalas habis, harta bapak diorang berlambak, kerja buat apa? memang kaki pemalas, kalau nak harapkan penduduk tempatan sahaja, alamat tak berasap la kilang refinery dan kilang petrochemical kat sini. walaupun menganggur, baru-baru ni king diorang siap bagi elaun 2000 sorang. gilelah! free-free je dapat duit! 


kalau di tanya happy ke kerja kat sini? 
hmm agak subjektif soalan ni, agak complicated nak dijawab. nak skip boleh ke? tak pun aku jawab pendek ajelah. Selagi kerja makan gaji, kerja kat mana-mana pun, memang tak best! cuba korang sendiri bayangkan betapa malasnya nak bangun pagi pada hari pertama kerja contohnya hari isnin. lagi gaji korang beribu-riban, lagi besar tanggungjawab. lagi naik jawatan, lagi besar bos nak kena mengadap. lagi besar pangkat bos korang, lagi banyak cekadak yang diorang nak korang settlekan. sometimes, it is like putting your neck on the chopping block. do you like it? now you think you dont like your job? think again.. hehehe


kalau di tanya kenapa masih bekerja di sini?
sebelum datang kesini Eric menyimpan 3 target, tetapi sampai sekarang satu pun masih belum di capai. target pertama, nak menunaikan rukun islam yang kelima, musim haji akan datang, insya'allah. target kedua, sponsor kedua ibu bapa menunaikan umrah, insya'allah akhir bulan april tiba di madinah. target ketiga, secret.

aik.. kenapa secret?
sukahati eric le nak keep it secret. walau macamana pun kalau target pertama dan kedua tercapai "I dont mind to go back early, beberapa company dah start calling but I'm not ready yet, I must settle my first target dulu"

maksudnya target eric yang ketiga tu tak penting?
sapa kata tak penting? sebenarnyanya memang amat penting, dan mungkin sorang dua sahaja yang mengetahui secret ni. jika kesemua target tercapai mungkin eric akan menceritakan mengenainya kelak. the end..

PS: kepada rakan-rakan yang akan balik tapi belum ada apa-apa tawaran, remember this, rezeki dikurniakan Allah ada dimana-mana, cuma bergantung kepada diri kita sendiri untuk berusaha mendapatkannya. 
PSlagi:dan jangan lupa kalau rezeki melimpah ruah jangan asyik makan angin europe/oversea je, buatlah umrah seround dua, ingatlah sepatah doa dari tawaf wida' di baitullah yang bermaksud "Ya Allah janganlah jadikan masa ini masa terakhir bagiku (di masjidil haram), jika sekiranya Engkau jadikan masa ini terakhir bagiku, maka gantikanlah syurga untukku dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Pengasih lebih dari segenap pengasih. AMIN.."
lagi-lagi PS: untuk yang dapat tawaran kerja baru, adalah recommended untuk buat solat istikharah beberapa kali

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages