nuffnang

nuffnang LR

Wednesday, April 06, 2011

Jubail episode 34: Pathfinders











Episode sebelum ni dalam siri the long dayride diceritakan cuma the first 800km. here comes the final hundreds of kilometers before reaching home. kebiasaannya ramai orang lebih gemar memandu pada siang hari kerana dapat menikmati pemandangan sekeliling ketika memandu. tetapi berlainan pula dengan eric, sejak empat tahun yang lalu kebanyakan pemanduan jarak jauh eric adalah 90% pada waktu malam.

Apa? (korang cakap) 90 percent apalah sangat setakat balik kampung dua kali setahun? uiii.. banyak beb, sebab dulu rumah eric di KL tapi kerja di Toronto* berhampiran dengan Boston** right dan Boston left, and there even one place some called Paris*** (hanya orang perak je tau kot dan ex-student UTP). bukan itu aje, kampung eric lak terletak di Newcastle^*. (mushkil? baca sampai habis) jadi setiap hari jumaat eric drive sejauh lebih dari 220km dari toronto ke KL. dan kebiasaannya akan pulang bekerja pada hari isnin biasanya tepat pukul 3 pagi.

Apa yang best kalau drive pada waktu malam? kalau memandu di jalan-jalan biasa, drive 100kmj pun dah kena speedtrap. kalau drive siang-siang hari kat malaysia memang selalu je kena speedtrap. Eric memang selalu terkena speedtrap, tau-tau sampai surat saman ekor kat rumah. kena lak time ops sikap, dahlah dapat diskaun 30 percent je, kena la bayar RM200 lepas diskaun. tapi bila drive di jalan biasa, malam-malam drive laju mana pun memang tak pernah kena speedtrap, kecuali ada beberapa kawasan yang menggunakan unmanned speedtrap. (sensor triggered unmanned speedtrap ni memang bengong, dah 2 kali Eric kena)

Kalau balik kampung time raya, kalau setakat Karak highway, PLUS highway, highway timur barat memang takde masalah bagi eric, itu cuma 'small the pieces'.. walau pada waktu malam. kalau musim perayaan, eric balik kampung bermula dari jam 12 malam atau jam 3 pagi, untuk mengelakkan kesesakan dan mengurangkan pembaziran masa berbelas jam terkandas di dalam kesesakan trafic di atas jalan raya yang cuma 500km dari KL ke Newcastle hehehe. cuma apabila keluar dari Karak highway menuju ke pantai timur, eric selalu menggunakan jalan shortcut, melalui ladang kelapa sawit, ladang getah, Felda dan sebagainya as long as ada pathfinder! 


pathfinder, eric tidak memerlukan any pathfinder pada waktu siang, tapi pada waktu malam, pathfinder adalah amat penting. apa yang eric maksudkan sebagai pathfinder? pathfinder ialah driver yang memandu kereta paling depan ada waktu malam. dan biasanya kereta yang paling depan adalah kereta yang dipandu laju melebihi speed limit. inilah pathfinder yang selalu dicari eric untuk perjalanan malam yang agak jauh. Eric pula adalah orang yang akan mengikut rapat dibelakang pathfinder tersebut atau ayat yang selalu digunakan kaki speeding sebagai 'cucuk angin' heh.

Di tanahair ada ramai pathfinder yang boleh carry on driving buat selamba badak apabila ada orang mengikut rapat di belakang, tetapi ada juga yang akan 'piss-off' atau 'freak-out' lalu buat-buat berhenti bila sampai ke stesen minyak atau restoran. kehilangan pathfinder di tengah jalan di tanah air tidaklah menjadi masalah buat eric, kerana suluhan Head light dan high beam, pasti nampak cat pemantul atas jalan, pokok-pokok, tiang-tiang berpelekat pemantul cahaya dan rumput-rumput tepi jalan yang berada jauh di hadapan, amat sesuai untuk kelajuan yang pantas.

gambar hiasan hehehe
Secara average, pathfinder Malaysia boleh dikatakan 'sporting' gak lah. Eric sendiri pun pernah menjadi pathfinder kepada pemandu lain, asalkan orang yang menjadi follower tu tak belasah pakai high beam. jika mereka keras kepala dengan selamba pakai high beam, secara automatik eric dengan sengaja buat-buat emergency brake tiga empat kali sampai kelajuan berkurang dibawah 20kmj! biar diorang dapat baca sticker kat belakang kereta eric yang tertera " you hit me, WE HIT YOU!" kasi ajar sama itu kulang ajar punya olang. 

Cara eric ni mungkin sesetengah pembaca akan menganggap eric sebagai road bully. tetapi eric hanya buat kepada driver takde otak yang very irritating to his eyes or even worst boleh menyebabkan kemalangan kepada eric dan pengguna jalan yang lain. (pernah terkena di malaysia? ask yourself what you did before I do this to you at that time). kalau korang jumpa driver species macam ni tolong jangan cari pasal. mungkin anda berkesudahan dengan cermin depan kereta korang pecah. korang juga mungkin tak mahu tahu apa yang ada di dalam kereta mereka (Oh!)*#. Di Saudi, tak boleh nak buat camni, kalau buat gak, tu dinamakan sebagai sengaja cari penyakit di negara asing.
cuba bayangkan bila malam menjelma
Ok, back to the topic, pathfinder arab lak amat berlainan dengan di tanah air. susah nak cari pathfinder di highway. cuba tengok gambar, ada tiang lampu? ada tiang berpelekat pemantul cahaya? ada pokok? ada rumput? semua tak ada kan? bayangkan bila malam menjelma. Inilah kenapa perlunya seorang pathfinder di highway saudi yang tidak berlampu pada waktu malam. 

Apabila siang bertukar malam, tanpa cahaya purnama, highway menjadi gelap gelita. warna pasir ditepi jalan lebih kurang sahaja dengan warna jalanraya (Riyadh - Dammam highway). kalau tersilap sedikit korang mungkin terbabas, terlanggar pembahagi jalan, terbalik dan sebagainya. kereta-kereta yang melalui jalan tersebut pula secara average memandu dalam kelajuan 160kmj. 


(sambung dari episode lepas) selepas berhenti untuk solat isya' eric sambung drive. co-pilot macam biasa la seperti episode lepas. eric mesti menumpukan sepenuh perhatian pada  kelajuan 140kmj di lorong paling laju. kadang-kadang memasang high beam kerana tak nampak arah jalan. pemanduan begini memang akan menyebabkan stress pada mata. setelah beberapa lama memandu demikian, eric berkata pada dirinya sendiri 
"lagi 3 jam drive macam ni, boleh cramp satu badan, kena cari pathfinder ni.."


Pucuk dicita ulam mendatang, secara tiba-tiba sebuah teksi memotong disebelah kiri eric dengan laju. eric terus menekan pedal accelerator dan mengikut kelajuan teksi tersebut. speedometer eric menunjukkan kelajuan 160kmj. eric menjadikan teksi tersebut sebagai pathfinder dan mengikut sahaja dengan kelajuan yang sama dari jarak sepuluh meter di belakang teksi tersebut. GPS di depan eric memaparkan ETA  (estimated time arrive) mula berkurang ke 11:58pm. kalau drive dengan laju macam ni awal sket sampai ke rumah.


menyedari dirinya di ekori, pemandu teksi tersebut mula memperlahankan kelajuan teksinya. speedometer eric menunjukkan kelajuan 112kmj (tak boleh jadi ni) eric memotong dan mencari pathfinder seterusnya. kemudian eric menghampiri sebuah teksi airport yang berkelajuan 155kmj, dan mula mengekori. selepas sepuluh minit, teksi itu juga mengurangkan kelajuannya, dan memasuki stesen minyak. eric meneruskan perjalanan, pathfinder-pathfinder seterusnya semua berkelakuan sama seperti teksi pertama tadi. agaknya pak arab ni takut apabila kenderaan mereka di ekori. paranoid tak tentu hala. jadi eric meneruskan perjalanan sendirian sambil masih cuba mencari pathfinder seterusnya. 


'Gedegang!'
Tiba-tiba eric terlanggar sesuatu di lorong tengah dengan bunyi yang amat kuat! pada masa yang sama eric ternampak sebuah treller berhenti di bahu jalan tetapi tidak memasang lampu kecemasan di kawasan yang amat gelap. eric merasa tidak sedap hati dan mula terfikir yang bukan-bukan, terlanggar orang ke? terlanggar serpihan tayar lori macam petang tadi ke? ada kepala orang terlekat kat bumper depan ke? kang tak pasal-pasal kena tahan kat checkpoint  sebab langgar lari. walaupun begitu eric meneruskan sahaja perjalanan kerana tempat itu terlalu gelap.


Beberapa kilometer kemudian eric sampai di checkpoint, polis yang berjaga di situ tengok kereta eric macam tiada apa-apa yang berlaku (remuk atau calar adalah lumrah pada kereta di Saudi). Lega eric kerana pastinya tiada kesan darah atau kepala orang yang terseret di bumper depan keretanya (uiii.. serius beb! memang perkara tu yang bermain difikiran). Eric juga terfikir, dengan dentuman sebegitu pasti bucu kanan sisi bumper depannya remuk.  


Eric meneruskan perjalanan dan kembali memandu laju, kemudian sebuah kereta toyota corolla merah memotong kereta eric, dan dengan selamber eric follow, laju gak mamat ni drive, 170kmj. eric follow je, lepas 15minit masih begitu, 25minit pun, ini baru betul-betul pathfinder. ETA di GPS eric bertukar ke 11:45pm. hinggalah sampai ke checkpoint seterusnya, eric menukar lorong di checkpoint tetapi polis di checkpoint banyak soal lak dengan driver lori selang dua kereta dihadapan kereta eric. ketika corolla merah telah melepasi checkpoint eric masih menunggu kereta di depan. apabila melepasi checkpoint, corolla merah telah hilang dari pandangan, takkan nak kejar sampai 200 kot tengah-tengah malam dengan jalan gelap cenggitu. 


Kerja eric malam tu asyik dok kejar orang je, dari riyadh hingga ke airport dammam. apabila  mula memasuki highway dammam-jubail yang berlampu jalan, barulah eric menurunkan kelajuan sedikit, tetapi eric telah ter'addicted' dan terbawa-bawa dengan kelajuan sebelumnya. apabila tiba di rumahnya masa menunjukkan tepat pukul 12:10am, tempat parking lak dah tak cukup, jiran-jiran arab di situ sukahati mak bapak diorang je parking tak ikut susunan, macam tempat parking tu tempat bapak dia yang punya. terpaksalah eric parking jauh sikit dari rumahnya.  eric memeriksa bumper depannya dan mengesahkan bahawa malam itu dia terlanggar serpihan tayar lori lagi kerana terdapat kesan tayar. dan bucu bumper depannya remuk sebesar bola tenis. 

Legend:
*  Toronto: Tronoh
** Boston:   Bota (kanan dan kiri)
***Paris:     Parit (takbleh blah lansung)
^* Newcastle: Kota Bharu
*# applicable to certain 'samseng' drivers some of them bring gun! Eric? cool dude don't need a gun. (hell yeah!)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages