nuffnang

nuffnang LR

Friday, April 01, 2011

Jubail Episode 33: the long dayride









Eric bertolak dari makkah menuju ke rumahnya tepat pada pukul 10:30 pagi yang jaraknya melebihi 1200km. beliau mengikut sahaja arah yang di tunjukkan menerusi GPS yang di lekatkan di dashboard keretanya. setelah lima minit keluar masuk terowong di kota makkah, keretanya mula meluncur keluar dari kota makkah. oleh kerana meter digital menunjukkan minyak kurang dari separuh, eric berhenti seketika untuk mengisi penuh tangki minyaknya. setelah minyak di isi penuh eric membayar 15riyal kepada jurupam distesen minyak tersebut.


perjalanan di sambung, beberapa kilometer sebelum tiba di ke kawasan miqat eric ternampak beberapa ekor unta sedang bersiar-siar ditepi jalan. oleh kerana sudah beberapa kali co-pilot eric gagal mengambil gambar haiwan berkenaan bila eric memandu dengan laju. nak tangkap gambar unta, alih-alih gambar tayar lori yang berjaya di snap. itu adalah jarak paling dekat gambar boleh di snap, maka eric memberhentikan keretanya berhampiran dengan tiga ekor unta tersebut.


"ha apa lagi gi la amik gambar dengan unta tu"
"eee takpe ke keluar dari dekat dengan unta ni?" tanya co-pilot
"unta ni haiwan jinak, mana ada unta serang orang"
oleh kerana co-pilot ni agak penakut (serba serbi perkara takut) maka gambar unta pun di ambil dari dalam kereta. (macamlah unta tu singa lapar) sedikit info pasal co-pilot eric: amat penakut, altophobia, segalamacamphobia dan hantuphobia toksah kata nak tengok cerita hantu nak baca kisah seram pun tak berani, hatta cerita seram bukit putus dalam blog ni pun tak berani baca hahaha...


Eric menyambung perjalanan, beberapa ketika eric snap gambar tugu replica airforce saudi (mirage 2000, apache & F-15 Eagle) kat dalam pagar tentera udara banyak pesawat lama di jadikan tukun (mig-21, F-5 tiger, A-10 thunderbolt dan etc) ok gak jalan siang-siang banyak benda boleh nampak. kalau pemandangan, pemandangan malaysia is better, di saudi kiri kanan depan belakang padang pasir ajelah.
3 replika pesawat pejuang terkini Saudi, Mirage, apache & F-15


setelah berpuluh-puluh kilometer kemudian, eric ternampak ladang unta. copilot lak belum apa-apa lagi dah tido, pakai sunglass, cover le tu konon. lalu eric pun bertanya
"ladang unta, nak stop ke amik gambar"
mendengar ladang unta, terus aje copilot bangun suruh patah balik. takkan nak gi u-turn kot, baik patah balik kat situ je. ada beberapa kenderaan pickup milik orang arab parking di pintu masuk ladang berkenaan. eric terasa risau gak takut-takut kena halau masuk ladang unta orang sesuka hati. eric cuma mengambil gambar menggunakan blackberrynya sahaja.
Segan nak turun snap dulu dari dalam kereta, mak unta dan dua ekor anaknya


pak arab yang sedang berehat dalam khemah buat derkk jek. apalagi, sakan la eric amik gambar dengan unta. siap minta tolong arab lain tolong amik gambar lagi. pak arab yang tolong amik gambar ni pun boleh tahan, siap boleh cakap
"one more" sambil suruh posing.



selepas selesai sessi bergambar dengan unta, perjalanan di sambung. melihatkan jalan highway yang agak lurus, eric mula terfikir sesuatu. boleh la test power kereta ni. eric menekan pedal acceleratornya, malangnya pada kelajuan 195kph terdapat halangan treller dengan beberapa kereta lain. eric terpaksa memperlahankan kelajuan keretanya tetapi masih mencari peluang seterusnya. 


apabila jalan kembali clear, sekali lagi eric mencuba, pada kelajuan 206kph, jalan di highway berkenaan adalah permulaan jalan mendaki bukit dan juga terdapat selekoh, eric belum lagi menekan pedal hingga rapat. rev meter menunjukkan putaran ke 5500rpm cuma 1500lagi ke takat merah. oleh kerana jalan sedemikian, tiada gunanya menekan pedal hingga rapat, kerana beberapa peratus kuasa enjin akan digunakan untuk pendakian. ketika mengambil selekoh kelajuan mula berkurang ke 204kph, oleh kerana eric tidak nampak jalan disebalik bukit, beliau tidak meneruskan niatnya untuk menekan pedal hingga rapat. pada kelajuan demikian apa-apa pun boleh terjadi dengan pantas. 
less 36 daripada record sendiri


eric tidak mencuba untuk kali ketiga kerana beliau merasakan seperti sesuatu yang tidak kena. jadi eric mengikut sense yang dirasakannya, kelajuan diturunkan hingga 135kph, dan melalui satu fly over, apabila melepasi fly over berkenaan eric ternampak sebuah kereta peronda sedang bersembunyi disebalik benteng flyover tersebut. jika peronda berkenaan menggunakan radar maka eric cuma 10kph melebihi halaju.


beberapa kilometer kemudian, terdapat sebuah checkpoint, eric memperlahankan kereta, polis berkenaan munyuruh kereta diberhentikan. eric cuma berselawat dalam hati, dua polis berkenaan membiarkan eric menunggu dengan penuh debaran sambil mereka memandang jauh ke jalan di belakang keretanya. beberapa kereta dari belakang mula kelihatan menghampiri checkpoint berkenaan termasuk sebuah kereta dodge charger. kemudian barulah eric dibenarkan meninggalkan checkpoint berkenaan. 


situasinya agak 'dejavu' dengan perjalanan pulang dari mekah untuk umrah kali kedua dalam episode umrah II. agaknya mereka menyuruh eric memberhentikan kereta sebagai halangan kereta belakang daripada melarikan diri. yelah dodge charger takkan nak drive under 150kot. melalui cermin pandang belakang aric nampak polis berkenaan merapati dodge charger tersebut. kena saman le tu kot.


dalam perjalanan berikutnya eric berhenti dua kali untuk makan tengahari dan solat jamak. perjalanan diteruskan sehinggalah waktu senja menjelma. mereka tiba di riyadh beberapa selepas orang pulang dari masjid selepas waktu maghrib. ketika itulah baru copilot bagitau nak buang air. maka eric berhenti di sebuah masjid tidak jauh dari highway. 


copilot penakut punye pasal siap suruh teman masuk toilet wanita. eric risau kalau-kalau ada arab nampak lain lak jadinya. lalu eric menyuruh copilot masuk toilet lelaki je, senang cerita, maka ericlah yang menjadi tukang coverline kerana terdapat dua orang lain yang sedang melabur di dalam toilet lelaki masjid itu. semuanya berjalan lancar dan copilot keluar tanpa disedari oleh mana-mana pemegang share saham toilet berkenaan. hehehe..


itu cuma perjalanan di siang hari, nite ride? coming soon


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages