Seperti yang telah di short-story dalam Ziarah Madinah Picture, today here comes the story. jadi gambar-gambar sila refer pada previous post. seperti yang di ceritakan, beberapa minggu sebelum sampai ke kota makkah, eric telah awal-awal lagi register nama dengan kelab rakyat malaysia jubail (krmj) untuk trip ziarah madinah.
Trip Ziarah di jadualkan tiga hari selepas eric pulang dari mengerjakan umrah di makkah. kalau ikutkan hati, eric mau je berehat hujung minggu tersebut untuk melepaskan penat lelah driving round trip antara jubail dan makkah. tetapi kalau nak menunggu next trip yang dijadualkan lagi dua bulan, eric gagahkan juga untuk menjejakkan kaki di bumi madinah buat pertama kali.
Ini adalah kali pertama eric mengikuti program ibadah bersama krmj. masa yang dijadualkan berlepas ialah pada pukul 5petang, jadi amat sesuai untuk pekerja office hour seperti eric. pada hari yang dijadualkan, apabila tamat sahaja waktu pejabat pukul 4 petang eric terus cabut balik rumah untuk mandi, tukar pakaian dan menkidnap isterinya untuk dibawa lari ke madinah. apabila semua hal bagasi dan sebagainya selesai, eric terus aje bergegas ke belakang jubail International Market.
Tepat pukul 4:45 eric tiba di tempat yang di paparkan dalam website krmj. Eric ternampak sebuah bas (bas jerman lagi) parking di kawasan tersebut, yang di tampal zamzam travel di hadapan bas tersebut. tapi yang peliknya mana orangnya? driver bas pun takde penumpang pun takde lagi... 'biar betik'?! lalu eric pun parking keretanya beberapa meter dihadapan bas tersebut sambil menunggu.
Tak berapa lama kemudian YB dan rakannya sampai. Eric pun memberi salam dan bertanya mengenai trip tersebut.
"diorang ni biasa la kalau cakap pukul 5 bertolak, pukul 5 baru nak keluar rumah"
eric terdiam, hari itu eric mengikut 'janji army' tetapi ahli rombongan cik kiah yang lain mengikut janji melayu. Jangan ikut janji India-pakistan sudah (cakap 2 minit boleh jadi 20minit). selepas 20minit menunggu barulah tempat parking kereta beransur-ansur penuh dan driver bas pun sampai, tetapi coordinator tak sampai lagi. beberapa minit kemudian barulah coordinator dengan isterinya tiba dengan H3 mereka. eric dan copilot memilih tempat paling depan di dalam bas, senang skit nak tidur, (maklumlah kaki eric panjang kena cari port luas sket).
selepas pukul 5:30 barulah bas berlepas menuju ke destinasi (memang janji melayu). tetapi kerana kelewatan inilah tempat bas berhenti mulai lengang kerana bas-bas lain termasuklah bas untuk ke makkah berlepas sejak pukul 4 lagi. jadi nak ke toilet, nak solat maghrib dan isya' , nak makan semua no problem, orang dah tak ramai. tetapi ada lak penumpang bas lain yang ketinggalan bas menumpang bas kami. oleh kerana bas tidak penuh driver boleh lak bagi tumpang sekaki.
driver lak sikit-sikit panggil mutawwa (encik coordinator - aidee), sikit-sikit panggil mutawwa, nak tukar sim card telefon pun mintak tolong encik mutawwa. Eric lak bantai tidur sepanjang perjalanan. sehinggalah beberapa ratus kilometer lagi nak sampai ke madinah driver berhenti menolong membernya yang memandu bas lain yang mengalami masalah teknikal (tayar bocor ke hapekemende eric tak tau, eric layan tidur). hinggalah masuk waktu subuh, tiga empat orang penumpang dah start solat subuh kat tepi highway, ketika itu driver nak sambung perjalanan. oleh kerana ramai family, driver mesti drive ke hentian terdekat untuk solat subuh, sebahagian besar ahli rombongan hampir-hampir bersubuh gajah kerana jarak hentian yang agak jauh.
selesai solat subuh, perjalanan diteruskan, sekali driver mengantuk lak, nampak kat cermin mata driver macam dah tak bleh tahan, kepala tersengguk-sengguk. terpaksa la mintak encik 'mutawwa' layan borak, bagi hilang skit tahap kemengantukan driver hinggalah sampai ke masjid Quba'.
Di masjid Quba kesemua jemaah muslimin mendirikan solat sunat. keadaan di dalam masjid agak ramai dengan jemaah dari turki. Apa sejarah masjid Quba? masjid Quba adalah masjid yang pertama yang di bina oleh Rasulullah pada tahun 1 hijriah. Allah swt memuji masjid ini dan orang yang mendirikan sembahyang didalamnya dari kalangan penduduk Quba dan Allah Berfirman: "sesungguhnya masjid itu yang didirikan atas dasar takwa sejak hari pertama adalah lebih patut bagimu (hai Muhammad) bersebahyang di dalamnya..." (At-Taubah, 108)
kemudian kami di bawa pula ke masjid Khandak. Apa sejarah masjid Khandak? Khandak adalah bermaksud parit yang dibina ketika perang khandak. disaat rasulullah mendengar kafir Quraisy bersama sekutu-sekutunya akan menyerang kota madinah. untuk menyekat serangan itu mereka perlu membina kubu. didalam musyawarah dengan para sahabat salman al-farisi mencadangkan untuk dibina kubu yang di kelilingi parit dan Rasulullah SAW menerima cadangan tersebut. dan kubu di gali dibawah pimpinan Rasulullah. ni cerita ustaz zaman sekolah arab dulu dalam subjek "tarikh islam" atau dalam bm sejarah islam. panjang cerita ni nak tau lebih lanjut rajin-rajin le cari dalam internet ye..
pada mulanya driver enggan untuk ke masjid khandak kerana masalah parking. banyak kereta parking di kiri kanan jalan, hatta di jalan corner pun begitu juga, hingga ke tempat parking masjid tersebut. tiba-tiba sisi depan bas bergesel dengan sebuah kereta pak arab yang masih baru!
Bersambung... (hehehe)
ps: (terlewat post: masalah teknikal Internet)

No comments:
Post a Comment