nuffnang

nuffnang LR

Sunday, July 03, 2011

Kepentingan Surah Al-kahfi


Daripada Ali, yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, baginda bersabda, “BARANGSIAPA MEMBACA SURAH AL-KAHF PADA HARI JUMAAT, NESCAYA DIRINYA TERPELIHARA HINGGA LAPAN HARI, DARIPADA SEGALA FITNAH YANG MELANDA, DAN JIKA KELUAR DAJJAL SEKALI PUN, DIA AKAN TERPELIHARA DARIPADANYA” [Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5: 355}

FUNGSI SURAH Al-KAHFI

Menurut tafseer fi Dhilaal Al-QQuran, surah al-Kahfi melindungi orang-orang yang beriman daripada fitnah dajjal kerana is menyediakan 'tools' untuk menghasilkan tiga perkara:

1. (تصحيح العقيدة)Membetulkan sistem kepercayaan (Aqidah)
2. (تصحيح منهج الفكر و النظر)Membetulkan method berfikir dan memerhati (Pandangan Hidup)
3. (تصحيح القيم بميزان العقيدة)Membetulkan sistem nilai dengan pertimbangan kepercayaan (Nilai).

Checklist

setelah membaca surah al-Kahfi, cuba jawab soalan-soalan berikut untuk menilai keberkesanan isi kandungan surah itu kepada kehidupan kita:

1. Apabila mempercayai sesuatu dalam hidup ini, atas asas apakah is dipercayai? Aqidah, Ibadah, urusan jual beli dan kepenggunaan, bagaimanakah kita menetapkan pendirian tentang keputusan 'buy in' kita terhadap sesuatu yang datang ke dalam hidup?

2. Bagaimanakah kejadian-kejadian di dalam hidup ini diberikan makna? kerjaya, keluarga, perancangan hidup, adakah ia sekadar makna kulit bagi setiap perkataan itu atau ada makna yang lebih besar? Jika sistem ganjaran terhadap kerjaya dan keluarga gagal memenuhi jangkaan diri bagaimanakah ia diatasi dan di sisi manakah kita mendapatkan kepuasan mengenainya?

3. Apakah yang baik, berguna, penting dan utama dalam hidup ini? bagaimana pertembungan di antara pelbagai komitment keatas diri yang satu, disusun atur antara yang perlu disusun atur, atau dibuang dan diabaikan seandainya tidak perlu? Bagaimanakah keputusan untuk hal-hal ini dibuat? atas pertimbangan apakah keputusan itu dibuat?

Ini adalah soalan kehidupan yang boleh digunakan untuk menilai, samada 'tools' yang terdapat di dalam Surah Al-Kahfi berjaya digarap atau sebaliknya.

Fitnah Dajjal tidak datang dalam bentuk ancaman fizikal. ia muncul dalam keadaan kita pun mungkin tidak sedar dengan kemunculannya, Ia menyelinap masuk mengganggu gugat kepercayaan, merosakkan sistem fikir dan sistem nilai.

Muhasabah:

Muhasabah kepercayaan anda (cetusan kisah ashaabul kahfi)

Muhasabah Harta anda (cetusan kisah lelaki kafir pemilik dua kebun)

Muhasabah Ilmu anda (cetusan kisah Musa dan Khaidir)

Muhasabah Kuasa anda (cetusan kisah Zulqarnain)

Adakah setiap satunya Aset atau Liability?

Jika setiap satunya membawa kita kepada Allah, maka ia adalah aset yang penting bagi pelaburan hidup dunia dan akhirat.

Jika setiap satunya gagal membawa kita kepada Allah, maka ia adalah liabliti yang mengundang musibah dunia dan ahirat.

Ia mesti berhubung dengan Allah.

terputus hubungan dengan Allah, Semua kepercayaan, Harta, ilmu dan kuasa akan melekat di dinding materialisma.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages