nuffnang

nuffnang LR

Saturday, July 09, 2011

Jubail Episode 42: There's no place like home

"Tak rasa nak makan makanan Malaysia?" soalan terpapar di screen notebook eric
Eric: toksah cakap... rindu gile makanan malaysia
"hehehehe"
"satay"
"ayam percik"
Eric: aduiii
"nasi lemak kukus utp"
Eric: oh tidakkkkk (mula terbayang macam-macam makanan malaysia didalam fikiran)
"heheheehe"
Eric: satay kajang hoh tak tahan
"samuri?"
Eric: yup
Seems familiar? This is Satay Kajang Hj Samuri.
Mengiurkan Rite? (Eric telan air liur je letak photo ni) 
Walaupun pada waktu tersebut jam baru menunjukkan pukul 5:30pagi waktu Saudi, (10:30pagi Malaysia) eric tidak dapat melelapkan mata setelah solat subuh pada hari itu (subuh jubail 3:30pagi). akibat terbayang semua makanan-makanan kegemaran di Malaysia, hasil dari pertanyaan-pertanyaan 'nakal' tersebut perut eric mula berbunyi.
Ayam Percik Kelantan Style - balik KB nanti confirm
singgah kat kedai ayam percik Kampung Sireh
Lalu eric ke dapur dan mengisikan cereal kedalam mangkuk dan susu dituangkan. tidak pernah eric bersarapan seawal jam 5:30 pagi. sambil memakan cereal di atas sofa ruang tamu rumahnya, mata eric meneliti skrin notebooknya, tetapi fikirannya menerawang terbayang satay Kajang haji samuri, ayam percik kelantan, nasi lemak kukus, nasi dagang dan pelbagai hidangan yang biasanya di nikmati di tanah air. bukan setakat hidangan di Kota Bharu malah hinggalah ke tronoh dan Penang! oh!
Nasi Lemak Kukus AlQuds UTP
Eric memberi semangat kepada dirinya sendiri "survive eric survive! 39 hari lagi and counting" sudah lebih 8 bulan tidak pulang ke tanahair. walaupun ada menu yang sama di Saudi tetapi rasanya tidak setanding dengan rasa dan surrounding ketika berada di tanah air.  bak kata pepatah "be around the world, but there's no place like home..."


Info: Nasi Lemas Kukus AlQuds was one of the best nasi lemak owned by Brader Qudus (UTP librarian) started around 1999 ketika ramai student UTP terpaksa tinggal di luar kampus Desa Tronoh(termasuk Eric). Variety lebih dari sepuluh lauk. yang penting sambal tu Power! Eric's Fevret, sambal sotong & rendang kambing. FUHHH! sempat ke merasa balik nanti? (It was last seen in UTP V5 in 2008, maybe tukar kedai ke Taman Maju.)


Eric: sempat ke nak merasa nasi kandaq kat penang (tak kira la, kandaq kat masjid kapitan ke Line clear ke, paling tidak pun nasi kandar Lawood kat Nilai/Sepang)





3 comments:

  1. gluppp...satay..pehhhh....lama xmakan...mau jugak...huhuhuhuhu~~~

    ReplyDelete
  2. Nasi Lemak - one of those I can't resist.

    ReplyDelete
  3. makanan kat malaysia nih semimangnya best-best. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages