nuffnang

nuffnang LR

Saturday, November 19, 2011

Haji 1432 Mabit di Muzdalifah






Selepas selesai Wukuf di Arafah jemaah haji perlu mabit di Muzdalifah kerana ianya adalah sebahagian dari wajib haji. Mabit bermaksud bermalam sehingga waktu subuh. sebelum melontar di Jamratul Aqabah. Oleh kerana terlalu ramai yang menggunakan perkhidmatan tren, masa yang di gunakan untuk beratur terlalu lama. dan ketika beratur itulah jemaah Malaysia secara tidah sengaja berpecah kepada 3 kumpulan dan menaiki tren yang berlainan.

Apabila tiba di stesen tren Muzdalifah 2 kelihatan terlalu ramai yang beratur untuk memasuki kawasan Muzdalifah yang berpagar dan di jaga oleh beberapa tentera Saudi. oleh kerana terlalu letih dan tidak mahu menunggu untuk beratur kami yang cuma 5 keluarga membentangkan sleeping bag yang dibawa dari Arafah. disebabkan kawasan yang agak berdebu, aku terpaksa memakai mask dan berbaring keletihan. Ketika itu ramai yang mula mengutip batu kerikil untuk melontar.
Muzdalifah

Menyedari beberapa warga Malaysia yang belum tiba di kawasan Alhamra. coordinator arab kami keluar dari kawasan berpagar mencari kami, dan tanpa perlu beratur kami di bawa masuk ke dalam kawasan yang telah di reserve untuk pakej al-hamra. walaupun agak kelaparan, kerana keletihan dinner box yang disediakan tidakpun disentuh walaupun kotak yang berisi makanan untuk jemaah haji cuma sebelah sleeping bag yang aku hamparkan. apa yang di perlukan cuma satu jam 'power nap' untuk cas balik body energy battery  sebelum pergi melontar.  

pada pukul 3pagi, warga Malaysia yang mengikut pakej al-hamra mula menuju ke jamrah menaiki tren ke stesen mina3 untuk terus melontar. (dibolehkan untuk yang membawa keluarga dan tanggungan, kalau lelaki keluar awal yang takde apa-apa keuzuran atau tanggungan wanita dan kanak-kanak, kena bayar dam). ketika menuju ke stesen mina3 kumpulan jemaah malaysia terbahagi kepada beberapa kumpulan.


selepas melontar jamrah, semua jemaah balik ke khemah masing-masing untuk tahallul awal (cukur rambut). mengikut apa yang beritahu oleh ustaz, adalah lebih afdal bagi lelaki untuk mencukur keseluruhan rambutnya. 


Sabda Rasulullah "Ya Allah ampunilah orang-orang yang mencukur (rambutnya)" 
Para sahabat bertanya "Ya rasulullah, dan bagi orang yang memendekkan (rambutnya)?" 
Beliau Bersabda  "Ya Allah ampunilah orang-orang yang mencukur (rambutnya)"
Para sahabat bertanya lagi"Ya rasulullah, dan bagi orang yang memendekkan (rambutnya)?"
Beliau Bersabda  "Ya Allah ampunilah orang-orang yang mencukur (rambutnya)"
Para sahabat bertanya lagi"Ya rasulullah, dan bagi orang yang memendekkan (rambutnya)?"
Beliau Bersabda  "dan bagi orang-orang yang memendekkan (rambutnya)"
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim


dari hadis diatas, rasulullah mengulangi 3kali ampunilah bagi orang-orang yang bercukur kemudian baru diikuti bagi orang-orang yang memendekkan rambutnya, menunjukkan betapa diutamakan untuk bercukur bagi para lelaki. manakala bagi perempuan pula cukuplah hanya memotong setiap rambut sepanjang seruas jari (lebih kurang 1 inci)


Maka selepas tahalul awal semua jemaah lelaki menggondolkan rambut mereka sebelum melepaskan pakaian ihram.


PS: to be continue.. (kalau rajin nak tulis about haji lagi)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages