sebelum menunaikan fardu haji, aku telah diuji dengan masalah kesihatan. dua hari sebelum cuti yang telah di approve, badan mula terasa seperti nak demam. tekak mula terasa sakit, suhu badan mula meningkat,selsema juga turut menyerang. walau dah sampai ke office aku terpaksa pulang kerumah kerana tak tahan dengan penghawa dingin yang semakin sejuk, dan kepala mula terasa pening. nampak gayanya terpaksa MC sehari.
hari berikutnya demam masih belum pulih, sehari lagi MC, batuk pula semakin menjadi-jadi. tinggal dua hari lagi untuk berlepas ke mekah untuk menunaikan fardu haji. dua hari cuti yang aku apply untuk mengumpul tenaga untuk mengerjakan haji terpaksa digunakan untuk pulih daripada demam. terasa seperti harapan untuk mengerjakan haji tahun ini seakan-akan tipis, tetapi semangat tetap membara, mungkin tahun ini sahaja peluang terakhir untuk mengerjakan haji sementara masih bekerja di saudi.
sehari sebelum berlepas, demam semakin pulih cuma batuk dan selsema sahaja yang belum pulih. dan apabila tiba hari untuk berlepas tiada lagi panas badan cuma batuk dan selsema sahaja yang masih degil tak makan saman walau schedule ubat aku tak pernah miss. bekalan ubat selsema dan batuk tetap aku masukkan dalam sling bag.
Empat family telah berpakat untuk pergi ke airport dengan menaiki van. semuanya telah siap memakai ihram, dan kamilah antara yang paling awal tiba di airport. beberapa lama kemudian tempat kami menunggu dipenuhi dengan jemaah malaysia dari jubail. jemaah dari dammam pula telah lebih awal berlepas ke mekah dengan penerbangan pagi.
selepas makan malam disediakan di dalam penerbangan, juruterbang mengumumkan pesawat sedang berada di kawasan miqat, dan pada ketika itulah semua berniat samada untuk menunaikan haji tamattu' atau haji ifrad. lalu aku berniat untuk menunaikan haji sahaja (ifrad). aku pun turut melafazkan talbiah sebagaimana penumpang lain di dalam pesawat, hati terasa terharu kerana akhirnya aku di jemput untuk manyahut seruan haji. air mata mula berjujuran membasahi pipi..

No comments:
Post a Comment