nuffnang

nuffnang LR

Friday, November 11, 2011

Kisah Benar dari Ceramah Haji






Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana limpah kurniaNya akhirnya sempurnalah rukun islam yang kelima. pelbagai ujian dihadapi sebelum dan ketika menjalankan ibadah haji semuanya akan diceritakan mungkin dalam blog seterusnya. dari statistik blog ini, kelihatan pageviews meningkat selepas hari terakhir ibadah haji semalam. 

semalam eric kembali dari tanah suci, keletihan dan tidak cukup tidur kerana secara purata hanya tiga hingga lima jam sahaja masa digunakan untuk tidur, dan ada juga hari yang lansung tidak melelapkan mata melebihi 24jam. tiada tidur yang lebih nyenyak atau tidur mati seumpama semalam! oh!

hari ini mendapat feedback dari beberapa readers untuk post gambar ketika haji dan juga untuk menyambung penulisan tentang pengalaman haji. oleh kerana tempoh haji yang agak panjang dan jadual ibadah yang amat padat, tak semua boleh diceritakan dengan terperinci seperti ibadah umrah sebelum ini. 

jika dibandingkan antara umrah dah haji, umrah itu hanyalah berbelas peratus sahaja dari ibadah haji. dan perlu diingati ibadah haji pertamalah yang diambil kira untuk rukun islam yang kelima, jika membuat kali kedua itu cuma dianggap sebagai ibadah sunat sahaja. jadi, segala konsentrati adalah tertumpu kepada istighfar, zikir, doa, membaca kitab suci al-quran dan segala amalan yang mendekatkan diri kepada Allah.

cuma pada kali ini saya ingin menceritakan sebuah kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz arab yang kemudiannya di terjemahkan kepada jemaah malaysia dan indonesia. kisah benar ini berlaku kepada seorang pemuda arab dari ibu kota Saudi iaitu  Riyadh.

cerita ini berkaitan dengan seorang pemuda yang selalu melakukan maksiat yang akhirnya menemui ajalnya ketika sedang bersujud di hadapan Kaabah! dan cara ustaz menyampaikan cerita ini memberikan kesan yang mendalam dalam diri saya. mungkin saya tidak bisa menghuraikannya sebagaimana saya mendengar ceramah tersebut.

mungkin ada dikalangan para pembaca pernah mendengar tentang kisah seorang pelacur yang di balas dengan syurga hanya kerana memberikan air kepada seekor anjing yang sedang dahaga. kisah itu menceritakan tentang seekor anjing yang berjalan sekeliling perigi kerana tidak berdaya untuk turun  ke dalam perigi yang curam dan agak dalam. melihatkan keadaan itu, pelacur tersebut bersusah payah turun ke perigi dan menampung air di dalam kasutnya lalu diberi minum kepada anjing  tersebut, dan diatas sedekah tersebut, Allah membalasnya dengan syurga.

kemudian diceritakan pula berkenaan dengan seorang pemuda dari riyadh. pemuda ini tidak pernah solat dan kehidupannya penuh dengan maksiat dan amat gemar dengan khamar (arak). demikianlah kehidupannya seharian. sehinggalah suatu hari pemuda itu telah diajak oleh rakannya untuk menunaikan umrah di masjidil haram lalu beliau menolaknya dan berkata
"mengapa perlu aku menunaikan umrah sedangkan aku tidak pernah solat dan malah selalu membuat maksiat dan meminum arak?"
rakannya tetap mahu beliau mengikut mereka, tetapi tetap ditolak lelaki tersebut beberapa sekali. setelah berkali-kali diajak akhirnya beliau bersetuju untuk mengikuti rakannya.

didalam masjidil haram pemuda tersebut menunaikan solat sunat dihadapan kaabah dan didalam sujud terakhir rakaat kedua beliau meniggal dunia. kejadian itu menimbulkan tanda tanya didalam hati rakannya kerana diketahui beliau tidak pernah bersolat dan selalu melakukan maksiat tetapi meninggal didalam keadaan melakukan ibadah di masjidil haram. 

kejadian itu dimaklumkan kepada keluarganya dan ditanya apakah yang serinag dibuat pemuda tersebut semasa hayatnya?
keluarganya hanya menjawab bahawa pemuda tersebut hanyalah seorang yang tidak pernah bersolat, gemar meminum arak dan sering membuat maksiat.
"apakah kebaikan yang pernah dilakukannya?"
"setiap kali sebelum kami makan beliau akan mengambil sedikit makanan dan memberikan kepada janda tua yang tinggal berhampiran dengan rumah mereka. Janda itu tidak mempunyai pendapatan, idak mampu untuk mencari pendapatan dan tiada sesiapa yang mananggungnya.

lalu mereka pergi bertanya kepada janda tersebut apa yang sering dibuat pemuda tersebut? lalu janda tersebut berkata pemuda itu sering memberi makanan kepadanya tanpa berkata walau sepatah perkataan pun. maka ditanya bagaimana pemuda tersebut boleh meninggal didalam keadaan demikian? lalu janda itu berkata
"setiap kali aku lihat pemuda itu keluar dari rumahnya aku berdoa kepada Allah agar beliau mati dalam keadaan bersujud dihadapan kaabah.."

para pembaca sekalian, demikianlah makbulnya doa orang yang menerima sedekah dan betapa besarnya balasan Allah kepada mereka yang memberi sedekah. dan kata ustaz lagi, walaupun kita memberi sedekah kepada orang yang kaya sekalipun pahalanya tetap pahala sedekah. dan setiap sedekah yang diberikan besar balasannya di dunia dan di akhirat. 

sekian. wassalam


Ps: post berikutnya akan menyusul

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages