nuffnang

nuffnang LR

Tuesday, November 15, 2011

Haji 1432 Wukuf di Arafah







9 zulhijjah adalah tarikh bagi jemaah haji mengerjakan rukun haji iaitu wukuf di arafah. Tempoh wukuf di arafah adalah sejak terbit matahari hingga terbenamnya matahari pada hari tersebut. di sinilah jemaah perlu meperbanyakkan zikir , istighfar , muhasabah diri berdoa dan sebagainya.

warga Malaysia yang mengikuti Pakej al-Hamra bangun sejak pukul 2 pagi lagi untuk mandi dan  bersiap bagi mengelakkan terlalu ramai jemaah yang menunggu giliran untuk menggunakan bilik mandi. Coordinator arab agak kagum kerana warga malaysia dan Indonesia sudah siap sedia dan menunggu waktu subuh sambil membaca al-Quran dan berzikir. Berlainan pula dengan warga arab di bilik sebelah yang terpaksa di kejutkan oleh beliau.


sesudah solat subuh, semua jemaah haji mula bergerak ke stesen mina 2 untuk menunggu giliran menaiki tren ke Arafah. kami agak beruntung kerana tren hanya di sediakan untuk jemaah negara teluk sahaja, atau jemaah yang datang dengan pakej haji dari negara teluk. walau bagaimanapun, oleh kerana inilah tahun pertama tren di gunakan hingga ke tahap maksima, semua penumpang terpaksa beratur dan menunggu sehingga melebihi satu jam. 


Matahari mulai menyinsing dari sebalik pergunungan berhampiran jabal-rahmah dan dari jauh kelihatan beberapa orang berihram putih mula memanjat bukit disitu. kami tiba di khemah al-Hamra berhampiran dengan stesen arafah 2, dan sarapan pagi sudah disediakan. kami bersarapan didalam khemah ditepi sleeping bag yang telah dihamparkan. sesudah bersarapan ramai yang mulai tidur kerana telah bangun awal pagi. tetapi aku lansung tidak melelapkan mata melainkan berzikir, berdoa dan membaca ayat suci al-Quran kerana berasa amat rugi jika tertidur pada hari perhimpunan terbesar ini.




Kemudian kami di dengarkan khutbah dari masjid Namirah. Khatib membaca khutbah dalam bahasa arab dengan suara yang serak-serak basah dan berselang-selikan dengan tangisan gagal untuk aku tafsirkan sama sekali melainkan beberapa patah perkataan sahaja. kelihatan jemaah-jemaah haji arab mendengar dengan begitu khusyuk. 


makan tengahari dihidangkan setelah solat jamak  qasar zohor dan asar. tidak banyak makanan yang aku jamah melainkan hanya untuk mengalas perut sahaja walaupun kabsah kambing yang dihidangkan kelihatan begitu menyelerakan. 


selepas waktu asar, aku mula keluar dari khemah sambil berdoa di tanah lapang diluar kawasan perkhemahan, kelihatan ramai yang berdoa sambil berdiri di tanah lapang tersebut. itulah masanya waktu yang dikatakan waktu yang mustajab untuk berdoa hinggalah matahari terbenam. 


Ketika membaca doa yang diamalkan Rasulullah dan apabila membaca maknanya doa tersebut air mata tidak dapat ditahan lagi. Seorang peserta haji di sebelahku menangis teresak-esak, menambahkan lagi suasana terharu, sedih. semua doa diiringi dengan tangisan dan memohon keampunan dari yang Esa memberi keinsafan yang amat mendalam. 


Walaupun begitu kelihatan ramai peserta haji arab yang tidur dari waktu asar hingga ke waktu maghrib (rugi). Setelah lebih dua jam berdoa di tanah lapang matahari mulai tenggelam. kelihatan jemaah-jemaah lain mula beransur menuju ke muzdalifah. aku kembali ke khemah untuk solat maghrib dan isyak berjemaah dan berehat sementara menunggu untuk menunggu giliran menaiki tren dan mabit di Muzdalifah...


ps: to be continue..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages