nuffnang

nuffnang LR

Thursday, April 12, 2012

EP63: My Final Exit Status

Hye guys and gals, sejak start proses final exit ni rasa macam makin hari makin sibuk terkejar sana, terkejar sini dan terkejar sinun. Kereta eric dah  pun dijual, tapi seperti yang dijanjikan dengan pembeli, Eric pakai dulu kereta selama beberapa hari sehingga settle urusan memulangkan sticker company pass kereta. Dalam beberapa hari lagi eric akan cuma menyewa kereta dari AVIS atau agent penyewa kereta yang lain sehingga ke hari penerbangan pulang ke Malaysia.

Dalam masa yang sama juga, eric telah berjumpa dengan ejen hartanah rumahnya untuk urusan let go rumah yang disewa di 'Royal Water Tank' Al-Jubail. Penyewa seterusnya dah pun membayar deposit rumah kepada real-estate agent. Wang pendahuluan sewa rumah dan perabot eric dari bakal penyewa rumah sewa eric  juga sudah diterima.

Personal Part untuk final exit eric boleh kata hampir 50 peratus settle. Cuma tinggal tutup account saudi telecom, bil electric dan apa-apa account yang menggunakan nombor iqamah eric. cuma account bank je yang last untuk ditutup kerana menunggu salary pay, end of service pay dan sebagainya. semua ni akan dibayar bila date nak dekat dengan tarikh flight balik. bill electric insya'allah no problem, bill saudi telecom ni yang eric musykil sket. Kenapa? yer la, kalau tutup account awal cemana nak post blog entry di  minggu-minggu akhir stay kat sini? 


Macam la eric ni hari-hari post blog kan? tengok kebelakangan ni pun makin kurang frequency blog entry, kenapa? biasa la beb, sekadang ni nampak je eric ada kat Saudi tapi hati dan fikiran eric sebenarnya berada di beberapa tempat berlainan! kat mana? Newcastle, Kuala Lumpur,  Kepulauan Borneo dan Kota Mekah (kena pergi umrah sebelum balik for good). 






Kerana proses final exit ni jugalah eric penat kesana-kemari, nak buat entry komik dalam blog lepas pun bleh amik masa 3 malam. tu dengan termasuk masalah teknikal modem. aku potong jugak kang modem ni. (eric! cemana mau potong! itu modem wireless ma! oh!) But don't worry, insyaallah entry untuk jubail final episode akan di scheduled post seperti biasa ketika eric didalam penerbangan balik ke Malaysia.


Teringat lak masa mula-mula sewa rumah tu. Start dari rumah kosong takde ape pun melainkan habuk! Sehari kemudian membeli segala alatan elektrik asas, peti sejuk, washing machine, aircond, TV, pasang satellite disc parabola, dan barangan perabot. cuma sofa je last sekali masuk, sebab custom made sofa amik masa 3 minggu untuk siap.(sorry, sofa was already book and paid full) Bagi readers-readers jubail yang dah booking barang-barang dan perabot lain, just wait anda akan dihubungi dalam hari-hari terakhir kaki ini berjejak di bumi royal water tank Al-Jubail...


Eric: till next entry, adios amigos and chikaros!
(HOME)

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages