nuffnang

nuffnang LR

Sunday, April 08, 2012

EP62: Goodbye Sayyarah

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk eric meninggalkan Saudi. Proses final exit dah berada pada fasa berikutnya. Kalau mengikut blog entry eric berkenaan dengan final exit (Klik: Cara nak Final Exit) secara officialnya eric dah menjual kereta Honda. Tentative date untuk meninggalkan bumi saudi adalah dari 1 May hingga ke 10 May dengan harapan segala urusan keluar di permudahkan olehNya.

Eric lansung tidak meletakkan iklan untuk menjual kereta di laman kelab rakyat malaysia atau expat.com, tetapi setiap hari ada sahaja yang bertanya mengenai kereta eric. Bagaimana mereka tahu hasrat eric untuk menjual kereta, eric sendiri pun tak tahu. Salah satu faktor orang saudi dan orang asing lain berminat kerana mereka tahu kebanyakan orang Malaysia memang menjaga kereta dan maintain kereta mereka at tip top condition. sama macam kereta eric, pergi kerja at 200kph pun no problem! (its true.. oh!). Mungkin di negara seterusnya eric patut buat 'tuning' pemulihan speed addiction.
courtesy of wikipedia, australia

Untunglah pembeli yang membeli kereta Eric kerana eric menjual jauh lebih murah dari harga pasaran (less 5K). Banyak alat dah ditukar baru cuma pembeli perlu maintain periodic preventive maintenance sahaja. Ada beberapa orang yang berminat untuk membeli kereta eric termasuk orang saudi sendiri. Walaupun harga ditawarkan agak ok, tapi eric lagi senang berurusan dengan orang Malaysia sendiri. Tak banyak cekadak macam arab. 






Cuma setting kereta sahaja yang mungkin perlu di ubah samada mengubah ke default setting atau maintain speed setting (race mode) yang digunakan eric. Setting sekarang transmission hanya bertukar ke gear 5 selepas kelajuan melepasi 115 ke 130kph yang mana melebihi had kelajuan saudi iaitu cuma 120kph. Jadi up to new owner, samada the driver controls the car, or the car 'tunes' the driver to be a speed addict hehehe...


Jika segalanya selesai, eric hanya perlu membawa kereta ke GR (government rep) untuk remove company sticker sahaja. Selepas menyerahkan kembali kereta kepada pembeli, eric hanya perlu menyewa kereta mungkin untuk selama 20hari untuk kemana-mana sebelum kembali ke 'pangkal jalan'. 

Minggu lepas, eric baru sahaja membantu plantnya menjuarai mechanical maintenance mengatasi 5 plant lain untuk keseluruhan maintenance activity for first quarter. Mungkinkah ini kemenangan terakhir plant ni? bergantung kepada orang yang telah eric 'train' untuk mengganti tugasannya. Tanggungjawab eric di tempat kerja pun sudah berkurangan. Eric tidak lagi ditugaskan menjadi daily meeting chairman. Eric juga boleh keluar dari office anytime jika atas urusan final exit.


Eric: Walaupun cuma sebuah Honda Civic, alhamdulillah dengan kereta nilah eric pernah travel hingga ke kota Mekah, Doha, kuwait, dan Manama tanpa apa-apa masalah.
*sayyarah=kereta
(HOME)

1 comment:

  1. eric... ayat ko tulis dalam kelakor sayu plok kome membacanya...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages