Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.
Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…
” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…
Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…
Dia pun beranikan diri dan bertanya…
”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”
“Pakai laS Breeze colour baru!!!”
Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… ..
nuffnang
nuffnang LR
Saturday, October 30, 2010
Thursday, October 28, 2010
Jubail Episode XVI
I should have updated this blog last two weeks, many event happened during last three weeks. because there are so many things to write but I don't know how to start. I think I should start by sequence of event. This time I will use my nickname as Eric.
Tiga minggu yang lalu Kelab Rakyat Malaysia Jubail (KRMJ) mengadakan sambutan hari raya,walaupun harinya sudah sampai ke penghujung syawal. bertempat di ibn zahr beach camp (tempat yang sama semasa duta malaysia datang dulu). Eric bersama rakan-rakan tiba di beach camp tepat jam 10 pagi. kehadiran rakyat malaysia tidaklah seramai bulan mac yang lepas. agaknya just 70% from previous event. Mungkin kerana ramai yang bekerja dalam shift terpaksa bekerja pada hari itu.
banyak juadah yang disediakan oleh ahli-ahli KRMJ, juadah yang special yang takleh dijumai di saudi adalah laksam, nasi himpit, rendang daging dan Satay!Eric sebenarnya memang hantu satay, tapi hari tu eric cuma sempat makan 4 ke 5 batang je satay, dgn nasi himpit dan kuah kacang. takpelah nanti balik malaysia kena lepas geram gerenti pergi mencekik satay kajang Hj Samuri kat MRR2 taman melati.
selepas solat zohor berjemaah di dalam khemah beach camp, suasana nampak agak lengang, mulalah rakan-rakan termasuk eric merasa boring. tiba-tiba salah seorang rakan mengajak pergi keluar ke al-khobar.
"apa kata kita pergi ke khobar?"
"amacam eric? nak ikut ke pergi ke khobar?"
"kalau ko ikut, aku on je" kata eric
pukul 12 tengahari mereka pun bertolaklah ke khobar dengan menaiki Hummer H3, first time tu naik H3. bagi eric naik H3 ke Land Rover ke Toyota Sequoia sama je, cuma nampak macam H3 tu lagi keras la drpd keta lain. kalau nak lagi keras dan lagi selamat baik naik keta kebal! oh!
Sebenarnya a week before that weekend pekerja-pekerja Saudi Kayan dapat voucher SAR 500 setiap seorang for safety ke hapekebenda ntah. so tu lah masanya nak fully utilize the voucher. yang sorang member ni siap beli I-phone 3 dengan harga SR2800, yang sorang lagi nak beli jam tangan, tapi bila tengok harga terus tak jadi. dah tengok jam Tag Heuer memang le agak mahal, last-last member yang beli I-phone tadi lak yang tersangkut dan beli satu Jam Tag Formula 1 edition. Kalau nak banding harga Tag di Malaysia harga Tag kat Saudi memanglah harga di saudi jauh lebih murah sebab Saudi tak kenakan Tax pada barangan macam ni, tak macam Malaysia, semua benda pun cekik darah.
keluar je daripada pusat membeli belah, semuanya bersetuju nak pergi makan kat satu kedai thailand filipina di satu perhentian yang terletak di Highway dammam-Riyadh. agak 'ngok-ngek' gak bila nak dinner yang jarak kedainya dari jubail adalah lebih dari 150km jadi kalau total pergi balik jumlah perjalanan untuk hari tersebut adalah hampir kepada 400km termasuk tersesat kerana tak betul-betul ikut GPS. terpaksalah gak mereka menempuhi jalan tikus yang GPS arah untuk balik semula ke jubail.
Apa yang special sangat pasal masakan di kedai tu? sebenarnya kedai tu di jumpai semasa dua daripada member Eric dalam H3 tersebut pernah berhenti untuk makan malam dalam perjalanan ke makkah beberapa bulan yang lepas. The food rating kalau rate dari 1-10 yang mana kalau 1 tu paling teruk dan 10 tu terbaik, kedai ni boleh bagi rating 9, kalau restoran Pattaya di Jubail rating 8 dan last Malaysian Kitchen cuma mendapat rating 5 je. (sorry la brader malaysian kitchen if you read this you should improve the cooking served in malaysian kitchen and lower the price too) harga makanan di kedai thailand filipin jauh lebih murah dari Malaysian Kitchen. paling power adalah tomyam seafood (ketam, udang dan ikan secukup rasa) the price is 50 percent less than malaysian kitchen. (brader malaysian kitchen marah ke? rilek bro, ramai malaysian tak kenal kedai tu)
Last week lak, ada Malasian Festival, Malaysian festival ni held in SASREF beach camp. festival ni lebih kepada memperkenalkan makanan malaysia dan beberapa jenis barangan kot. sesampai je eric disitu, dia terus beli teh tarik akan tetapi malangnye, sekali lagi nasi lemak telah habis (pernah terlepas peluang masa KRMJ gathering March). oleh kerana sambal nasi lemak masih ada dan gerai tersebut juga ada menyediakan bihun, nak tak nak eric pun beli gak lah bihun dengan sambal nasi lemak tu untuk 3 orang termasuk Omar (bangsa arab campuran 4 dalam 1 hehehe). mereka bertiga makan di luar bangunan kerana tiada ruang terluang untuk makan didalam. sambal tu boleh tahan pedas, berpeluh eric & rakanya makan sambal tu, tapi yang peliknya Omar makan selamber je macam makan sambal tu tak pedas pun, licin lak tu. bila di tanya dia cuma cakap "I'm use to It". maybe sebab dia ada darah campuran melayu johor kot.(bukan jawa, cukup la mix 4 bangsa)
sebelum balik dari beach camp, eric membeli dan tapau nasi dagang yang telah dimasak oleh orang terengganu. nasi dagang berlaukkan ikan aya(orang pantai timur tau la ikan aya ni apa tapi penulis tak pasti apa yang dipanngil oleh orang pantai barat semenanjung Malaysia) yang pasti ikan aya bukanlah ikan yang di jual oleh orang yang bernama Rohaya yang dipanggil Aya hahaha.. kalau tak silap, ikan aya ni ikan tongkol kot, ataupun ikan tuna. yang pasti nasi dagang ni memang sedap, rasa sama macam nasi dagang yang selalu beli untuk breakfast kat kampung hehehe...
sedikit info pasal omar. merupakan orang yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal batch eric ke saudi. kebanyakan masa, eric dan rakannya banyak berhubung dengan omar untuk segara urusan kerja, imigration dan sebagainya. berdarah empat campuran iaitu melayu, turkey, arab dan satu lagi tak pasti. berkulit caucasian dan berbadan besar, berumur 35 tahun dan masih bujang. bila ditanya kenapa tak kahwin lagi, dia kata susah nak kawen dengan orang arab sebab terlalu banyak karenah orang arab hatta beliau sendiri pernah kehilangan kerja apabila kakaknya kawen dengan orang arab. why? I'm not sure. jadi dia membuat keputusan untuk cari awek jepun untuk dijadikan isteri, dan setakat ini masih belum menjumpai awek yang dicari-cari itu. ditempat kerja, beliaulah yang paling tensen kerana terlalu ramai pekerja yang diambil bekerja oleh manager pakistan yang ternyata hanya menghire kroni-kroni pakistan yang tak reti buat kerja atau secara ringkasnya boleh diklasifikasikan sebagai species"perabiskan boreh jo". beliau pernah berkata beliau akan meninggalkan company tersebut dalam masa setahun dan sedang mula mencari kerja baru.
fuh, banyak lagi yang belum masuk dalam ni, maybe will update in next episode, insya'allah very soon.
Wednesday, October 27, 2010
Kucing Saudi vs Kucing Malaysia
Amaran: Blog ini hanyalah dari pandangan penulis, tiada kaitan dengan kucing-kucing selain yang disebut dan juga tiada kaitan dengan bandaraya kuching sarawak
I'm not felis domestica, I'm felis Silvestris catus |
Kucing atau nama saintifiknya felis domestica boleh dijumpai dimana-mana diserata dunia termasuklah di Arab Saudi. Di Australia kucing diburu kerana didakwa menjadikan penyebab kepupusan beberapa species burung di rantau tersebut. Kucing juga digunakan untuk menjaga bijirin dari serangan tikus atau haiwan rodensia. ia merupakan haiwan belaan paling popular di dunia. Tetapi di Mesir pada zaman kuno, kucing di anggap sebagai "represent of goddess Bastet". Kucing bukan sahaja haiwan kegemaran Firaun tetapi dianggap sebagai haiwan suci pada zaman tersebut. Jika kucing tersebut mati, kucing akan diawet menjadi mumia kucing. Malangnya apabila firaun tuan empunye kucing mati, kucing yang hidup pun turut dijadikan mumia dan disemadikan bersama firaun. Kesian…
Lain macam je intro kali ni, rasa macam buat dokumentari 'geografi kebangsaan' (national geographic la tuh).Di Malaysia, ramai yang memelihara kucing. Tidak kira di desa atau di kota. Dalam ramai-ramai orang ada gak orang yang takutkan kucing hahaha, kalau takut kat kucing jenis 'felis tigris' tu normal la, ni kucing biasa pun takut. Takpelah masing-masing punye hal. Akan tetapi bila kucing mula buat hal (berak dalam rumah) ada juga yang membuang kucing dan tempat buangan paling sinonim, pasar… (banyak ikan kot) maka terpaksalah mereka menjadi ahli kumpulan Alleycat (kucing jalanan). Thats why pasar kat Malaysia banyak kucing.
Kat Malaysia dulu, hari-hari penulis drive sepanjang MRR2, dan boleh dikatakan hampir hari-hari ada je kucing mati atas jalan, jadi MRR2 ni kiranya boleh letak sign kawasan kemalangan maut untuk kucing. Yang hairannya di Saudi ni memang sepanjang menetap disini, tak pernah nampak kucing mati kat tengah atau kat tepi jalan. Kalau ikut statistic dunia, bilangan kemalangan maut di Saudi adalah 17kematian(orang) sehari dan merupakan yang tertinggi di dunia. Dan maybe di Malaysia, boleh la letak statistic kemalangan maut kucing tertinggi kot.
Hari-hari memerhatikan kehidupan kucing kat Saudi, I realize rupa-rupanya kucing di saudi lebih berhati-hati di jalan raya. Jalan maintain je 'catwalk' slow and steady, di kawasan jalan sibuk, kucing ni sanggup berjalan bawah kereta yang parking, dan tak berani berjalan berhampiran dengan kawasan lalu lintas. apa lagi kalau nak menyeberang jalan.
Kalau kat Malaysia di MRR2 pantang kena kejar kucing Jahat, kucing yang dikejar tidak berfikir dua kali untuk menyeberang jalan, kalau yang dikejar tak kena langgar yang mengejar pulak yang jadi mangsa kemalangan jalanraya. lebih tragis dan dramatik kalau kedua duanya terlibat dalam kemalangan. Biasanya adegan kejar mengejar ni terjadi bila kucing-kucing jantan berebut awek. atau juga dikejar kerana termasuk territory yang telah dikencing oleh kucing jantan alfa. penulis memang biasa sangat tengok perangai kucing kat rumah, dulu banyak bela kucing. Kucing-kucing Malaysia ni suka sangat berlari, dan mungkin sebab itulah kita mendapat idea berpantun 'dua tiga kucing berlari, manakan sama si kucing belang'!
Kalau kat Malaysia di MRR2 pantang kena kejar kucing Jahat, kucing yang dikejar tidak berfikir dua kali untuk menyeberang jalan, kalau yang dikejar tak kena langgar yang mengejar pulak yang jadi mangsa kemalangan jalanraya. lebih tragis dan dramatik kalau kedua duanya terlibat dalam kemalangan. Biasanya adegan kejar mengejar ni terjadi bila kucing-kucing jantan berebut awek. atau juga dikejar kerana termasuk territory yang telah dikencing oleh kucing jantan alfa. penulis memang biasa sangat tengok perangai kucing kat rumah, dulu banyak bela kucing. Kucing-kucing Malaysia ni suka sangat berlari, dan mungkin sebab itulah kita mendapat idea berpantun 'dua tiga kucing berlari, manakan sama si kucing belang'!
Pada firasat Ahlil Nujum, kucing-kucing Saudi lebih berhati-hati sebab diorang(diorang ke diakucing?) tau orang arab drive kereta macam jalan tu bapak pak arab yang punye. Dan kucing Malaysia lak, mungkin tersilap menganggap pemandu kereta Malaysia berpegang pada kata-kata 'kesopanan dan kesusilaan' lantas menjadi mangsa keadaan dan mangsa kemalangan. Oh!
Kucing Saudi bukan sahaja berhati-hati dengan kereta malah dengan orang lalu-lalang pun dia tak berani dekat. Buat la bunyi cicak ke sambil panggil 'oi kucing meh sini jap' gerenti kucing ni buat dekk je atau buat muka confuse. Ke dia paham bahasa arab je? Takkan nak cakap "ta'al ta'al ya Qittun". Walau kita nak bagi makanan sekalipun mereka takut nak datang dekat. jadi kalau nak bagi makan, tinggal je kat mana-mana area tersembunyi dan beredar, baru kucing ni makan.
Di Malaysia dalam area plant pun ada kucing, biasanya cleaner yang bagi makan kat kucing ni dari sisa-sisa makanan. tapi bila bulan puasa, its me that feed the cat with friskies hehehe. kat saudi pun ada gak kucing, tapi kucing ni, sangat pandai menyorok, biasanya kucing plant membiak dalam process area yang dah tak beroperasi (to be demolish). apa kucing kilang ni makan? biasanya, tong sampah domestic penuh dengan lebihan makanan, (yea orang arab suka membazir makanan) kalau takde makanan mungkin burung-burung merpati dalam plant yang menjadi 'special menu'. biasanya kat saudi, kucing-kucing dalam kilang akan ditangkap oleh animal compound dan di diberi perlindungan sehingga ada yang berminat nak membeli mereka kot.
berikut adalah gambar kucing saudi yang tidak sudi untuk ditemuramah oleh wartawan peminat kucing.
"maafii maklum kallamta ya rijaal" cakap arab konon kucing ni "bring me fried chicken or lamb chop or else no comment!" |
"you speaking to me? my mother tell me not to talk to stranger" |
"makin dekat mamat ni, bahaya nih, ada peluang ke nak lari?" |
ready! sett! go! |
asta lavista bebeh! cabutttt! |
jenuh penulis mencuba untuk pegang kucing ni, tapi semua cubaan tidak berhasil kerana kelicikan kucing ini yang terer menyelinap dibelakang kotak satellite disc tv dan juga electrical panel box di sepanjang lorong. the end
Monday, October 25, 2010
Tazkirah: Kunci Syurga bagi Wanita
Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?
Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.
Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.
Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas.
Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.
Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)
Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda: "Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyeleweng setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!"
Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal artikel ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)
Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.
Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.
Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."
Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)
Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.
Sunday, October 24, 2010
Dilemma mencari kereta
Chevy Camaro: ada Bran? |
der.. this chevy? ooo.. tak berani... |
Thursday, October 21, 2010
Who am I?
Antara blog-blog Jubail episode terawal ada di ceritakan pasal orang filipina yang ingat aku ni mamat filipina & bantai cakap tagalog bila aku masuk site. so the thing goes for a while until I had a chat with Dubai arab. cakap-cakap then dia tanya
"Are you British?"
"No I am Malaysian"
"Oh, I thought you are British, Your slank sounds like British"
macamana dia bleh ingat British. kalau tengok rupa, ade ke rupa british, nak kata macam mat salleh memanglah bukan, nak kata itam cam orang British berkulit hitam macam lewis hamilton & Cole tu lagi la jauh. cakap pun standard biasa je takde la buat slank macam british pun. confuse... confuse...
last month, masuk kedai arab kena lak masa tu pakai kopiah, ada sorang pak arab umur lebih kurang 30an tanya dalam bahasa tagalog (tak tau apa nak tulis memang taktau lansung apa yang dia cakap) then dia sambung
"or is it apa khabar?"
"oh khabar baik"
"Indonesia, I know Indonesian are good and stay with islam, not like filipino, they be a muslim for a year than they go back to their old religion"
"No, I'm Malaysian"
"Malaysian Indonesian is just the same" (pulak!)
arab ni sambung lagi ditarbiyahnye kita & cakap pasal agama. sebenarnya masuk kedai cuma nak tanya harga madu je sekilo, terus cancel plan nak beli madu. ada la 20 minit dok dengar cerita siap dengan ayat quran sekali nak keluar je camtu kang kecik ati lak. however, memang power giler la dakwah mamat arab ni. daripada dok dakwah pada orang malaysia, baik gi dakwah kat mamat-mamat filipina yang belum islam lagi. dua kali dah kena macam ni, dakwah one on one, fuh! kalau ceramah dalam majlis ilmu ok gak, one on one memang susah nak lari beb. menjaga adab tatasusila takleh la nak blah selamber badak je, layan je la..
last week, contractor masuk in my room nak cari orang lain, tapi tiba-tiba tanya " are you Indian or chinese?" ini memang buat confuse, tapi untuk tidak memeningkan diri sendiri, atau dia yang kepeningan, atau aku yang pening kerana kepeningannye, aku pun cakap
"I am Malaysian" sambil senyum
and to my surprise today, pergi Jubail Malaysian festival KRMJ(kelab rakyat Malaysia Jubail) yang ramai-ramai orang melayu kat saudi ni, sedang berjalan & berbual dengan Omar (4 in 1, mix turkey, melayu dsb)
ada sorang akak ni tanya
"are u Malaysian?"
terkesima la jugak kejap, tapi angguk je, tapi akak ni tak puas ati lagi tanya
"orang Malaysia ke?"
(angguk lagi) tapi kalau dia tanya lagi sekali mau je aku jawab
"I'm Hawaian Japanese!"
"Are you British?"
"No I am Malaysian"
"Oh, I thought you are British, Your slank sounds like British"
macamana dia bleh ingat British. kalau tengok rupa, ade ke rupa british, nak kata macam mat salleh memanglah bukan, nak kata itam cam orang British berkulit hitam macam lewis hamilton & Cole tu lagi la jauh. cakap pun standard biasa je takde la buat slank macam british pun. confuse... confuse...
last month, masuk kedai arab kena lak masa tu pakai kopiah, ada sorang pak arab umur lebih kurang 30an tanya dalam bahasa tagalog (tak tau apa nak tulis memang taktau lansung apa yang dia cakap) then dia sambung
"or is it apa khabar?"
"oh khabar baik"
"Indonesia, I know Indonesian are good and stay with islam, not like filipino, they be a muslim for a year than they go back to their old religion"
"No, I'm Malaysian"
"Malaysian Indonesian is just the same" (pulak!)
arab ni sambung lagi ditarbiyahnye kita & cakap pasal agama. sebenarnya masuk kedai cuma nak tanya harga madu je sekilo, terus cancel plan nak beli madu. ada la 20 minit dok dengar cerita siap dengan ayat quran sekali nak keluar je camtu kang kecik ati lak. however, memang power giler la dakwah mamat arab ni. daripada dok dakwah pada orang malaysia, baik gi dakwah kat mamat-mamat filipina yang belum islam lagi. dua kali dah kena macam ni, dakwah one on one, fuh! kalau ceramah dalam majlis ilmu ok gak, one on one memang susah nak lari beb. menjaga adab tatasusila takleh la nak blah selamber badak je, layan je la..
last week, contractor masuk in my room nak cari orang lain, tapi tiba-tiba tanya " are you Indian or chinese?" ini memang buat confuse, tapi untuk tidak memeningkan diri sendiri, atau dia yang kepeningan, atau aku yang pening kerana kepeningannye, aku pun cakap
"I am Malaysian" sambil senyum
and to my surprise today, pergi Jubail Malaysian festival KRMJ(kelab rakyat Malaysia Jubail) yang ramai-ramai orang melayu kat saudi ni, sedang berjalan & berbual dengan Omar (4 in 1, mix turkey, melayu dsb)
ada sorang akak ni tanya
"are u Malaysian?"
terkesima la jugak kejap, tapi angguk je, tapi akak ni tak puas ati lagi tanya
"orang Malaysia ke?"
(angguk lagi) tapi kalau dia tanya lagi sekali mau je aku jawab
"I'm Hawaian Japanese!"
Tuesday, October 19, 2010
A Boy Opinion About Politic
A little boy goes to his
dad and asks, 'What is Politics?
dad and asks, 'What is Politics?
Dad says, 'Well son, let
me try to explain it this way:
me try to explain it this way:
I am the head of the
family, so call me The Prime Minister.
family, so call me The Prime Minister.
Your mother is the
administrator of the money, so we call her the Government.
administrator of the money, so we call her the Government.
We are here to take care
of your needs, so we will call you the People.
of your needs, so we will call you the People.
The Indon maid , we will
consider her the Working Class.
consider her the Working Class.
And your baby brother,
we will call him the Future.
we will call him the Future.
Now think about that and
see if it makes sense.'
see if it makes sense.'
So the little boy goes
off to bed thinking about what Dad has said.
off to bed thinking about what Dad has said.
Later that night, he hears his baby brother crying, so he gets up to check
on him. He finds that the baby has severely soiled his nappy.
on him. He finds that the baby has severely soiled his nappy.
So the little boy goes to his parent's room and finds his mother asleep.
Not wanting to wake her, he goes to the nanny's room. Finding the door
locked, he peeks in the keyhole and sees his father in bed with the nanny..
He gives up and goes back to bed.
locked, he peeks in the keyhole and sees his father in bed with the nanny..
He gives up and goes back to bed.
The next morning, the little boy say's to his father, 'Dad, I think I understand the concept of
politics now.
politics now.
The father says, 'Good, son, tell me in your own words what you think
politics is all about.'
politics is all about.'
The little boy replies, 'The Prime Minister is screwing the Working Class
while the Government is sound asleep.
while the Government is sound asleep.
The People are being ignored and
the Future is in deep shit.'
the Future is in deep shit.'
Monday, October 18, 2010
Sunday, October 17, 2010
ape ke jadahnye
Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak boleh memberi bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam kerana tindakan itu akan memberi implikasi kewangan besar iaitu sebanyak RM3.1 bilion.
ada hati nak bina bangunan 100tingkat |
"Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan telah belanja RM3.1 bilion pada kerajaan...kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara. (petikan dari Malaysiakini)
habis tu menara 100 tingkat ni untuk rakyat ke pak jib? ini ke yang tak boleh belanje lebih daripada pendapatan negara? nampak gaya macam nak kaut duit untuk coming pilihanraya je...
boleh le pakai motto "pau duit rakyat didahulukan, mengkayakan kroni di utamakan"
Saturday, October 16, 2010
kisah pemalas
Pada masa dahulu, ada sebuah Negeri dimana semua rakyatnya amat RAJIN
belaka tidak ada yang malas melainkan rajin-rajin belaka.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku
Katanya : "saya adalah yang paling malas"
Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"
maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong
kunyahkan".
Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil
berkata:
"saya adalah yang paling malas tuanku".
Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"
belaka tidak ada yang malas melainkan rajin-rajin belaka.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku
Katanya : "saya adalah yang paling malas"
Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"
maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong
kunyahkan".
Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil
berkata:
"saya adalah yang paling malas tuanku".
Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"
Wednesday, October 13, 2010
Jubail Episode XV- korosh
Dah lama dok tengok blog ni tinggal title je episode 15, so today I hope I could finish this story. sebelum start, let me ask anybody know what is korosh?? tak tau? I will tell you in this blog later.
sedikit demi sedikit suhu persekitaran dah mula turun, turun dan turun. takkan cecah 40 lagi. biasanya suhu paling panas cuma tengahari hingga petang. humidity cuma naik time malam lepas waktu isyak. but not for long. tapi kalau air cond not functioning dalam bilik boleh berpeluh sampai basah jugaklah baju. macamana tu? minggu lepas aircond in my room tiba-tiba je tak mengeluarkan udara sejuk, tapi mengeluarkan udara suhu persekitaran je. so that night tidur pasang kipas full speed pun boleh berpeluh lagi. kena lak malam tu makan drumstick kambing, huh memang tak senang tidur malam tu. nasib baiklah keesokan harinya budak building maintenance tukar dengan aircond lain.
minggu lepas cakap pasal pokok yang disangka musim luruh tapi rupa-rupanya sprinkler system malfunction. this time ada lagi pokok hampir mati, pokok-pokok in my office. sebelum ni tak perasan pun pokok-pokok tu nak mati. tapi bila sorang mamat arab yang pernah menghuni bilik tu datang & siram pokok sambil kata
"muhammad when its hot we drink water, and all this plant need water too" kata wail sambil tersenyum
apsal lak aku yang kena?
sebelum tu dia dah membebel dalam bahasa arab kat sajid (yang juga menggunakan bilik ni). bila dia tunjuk kat pokok belakang sajid & belakang tempat duduk ahmad yang dah kering kontang macam lalang yang kena racun rumput, baru la perasan pokok-pokok tu hampir mati tak cukup air.
ingatkan pokok-pokok ni tukang kebun atau tukang cleaner yang tolong siram, tapi rupa-rupanya pokok ni kena siram atas inisiatif sendiri. kena lak si sajid & si ahmad ni memang jenis yang tak ambik peduli, memang naya la pokok-pokok dalam ofis tu.
semua pokok-pokok ni ada sejarah tersendiri. sejarah? begini ceritanya:
pada suatu hari ketika sedang meyiram pokok-pokok dalam bilik dengan air yang ditadah dari water cooler, Joe Kai masuk bilik tu untuk fotostat certain document. joe kai ni orang filipin yang keje sebagai instrument technician, kalau agak-agak umur dia 50 kot. cool je orangnye.
(setelah di alih bahasa)
"watering the plant muhammad? I think this plant also need a fertilizer"
"yup, maybe"
"you know, before this there are no plant in this room, but we have aquarium, you know Tilapia?"
"Tilapia? yeah can find in lake and river in malaysia"
"it is nice to see tilapias chasing each other in that aquarium"
"then what happen? fish died?"
"no, when they change the boss, the new boss order to replace it with plant"
"why?"
" I dont know, thats why now we only have plant in our office" kata joe kai sambil berlalu.
(opsss lupa lak nak alih bahasa rupanya)
jadi tu je lah sejarahnye tentang pokok-pokok yang dijadikan replacement kepada ikan-ikan tilapia dalam aquarium. kat rumah di Kota Bharu pun ada pelihara ikan tilapia & ikan patin, memang seronok tengok ikan tilapia main kejar-kejar dalam aquarium, umpama budak-budak main polis sentri gitu. kalau mengikut kajian sains, memelihara haiwan peliharaan seperti kucing, fresh water fish dan sebagainya membantu menghilangkan tekanan atau stress kepada orang yang menyukai haiwan tersebut. bahkan orang yang memelihara haiwan peliharaan hidup lebih lama dari orang yang tidak mempunyai pet. nak tau lebih lanjut check je dalam wikipedia ye.
kenapa boss ni tak suka aquarium yang ada fresh water fish? entahlah agaknya kepala otak dia ada short circuit skit kot. kalau tengok pokok yang dia bela dalam bilik dia yang menjalar kedinding tu, anggaran hayat pokok menjalar tu dah setahun lebih, jadi maknanya baru setahun lebih la dia jadi bos kat styrene ni. Dia ni kalau cakap english kureng sket, kadang-kadang dia kena refer online dictionary. kalau guna vocabulary pelik-pelik skit mula la dia refer online dictionary untuk dialih bahasa ke bahasa arab.
dua minggu yang lalu ada team Health Safety & Environment (HSE) buat audit kat office, tapi tempat yang tidak memuaskan adalah area dining room. tempat yang biasa pekerja-pekerja makan time break, lunch & tea break. geng-geng arab ni selalu la buat sepah kat area tu.
hasil daripada HSE audit, management email was sent to him, then lepas dia baca e-mail dia datang ke bilik bagitau kepada kami bertiga
"the management was satisfied with our place except for our dining area, our people are not doing proper housekeeping in the area, they even found korosh there" katanya
(dalam hati aku tertanya hapekemendenye korosh ni)
"korosh?" tanya ahmad
"allazi saghiru bla bla bla" sambung bos dalam bahasa arab (tak ingat apa dia sebut masa tu)
"oo.. cocroach..." kata ahmad
masa ni memang dah tak tahan nak tergelak, kalau la masa tu tengah minum air konfem boleh tersembur ke dinding & direct ke muka bos sekali. masa tu hampir tersembur gak la, oleh kerana sempat cover, ianya nampak seolah-olah terbersin hahaaha.. ye la takkan la nak gelak kat bos gile-gile time tu, jadi aku kepit hidung dengan jari tahan nafas, kalau terlepas tu konfem tergelak sakan.
"tahan beb... tahan..." (dalam ati je) mata pun dah berair.
"yes, korosh!" kata bos
aku serius dah takleh tahan dah, so aku cepat-cepat jalan ke tandas sambil tahan nafas lagi, kena lak takde orang dalam tu, masuk je lock pintu, gelak sampai keluar air mata nasib la toilet jauh dari bilik tu. bila agak2 dah puas gelak sambil cover bunyi, masuk balik dalam bilik, dia still lagi menggunakan perkataan korosh tu dengan penuh konfiden.
adeh, tak tahan punye pasal, I take my safety helmet & goggle, terus masuk proses area, kalau gelak kuat-kuat pun takde orang dengar, plant noise kuat nak mampos. even sampai balik pun bila teringat bleh tergelak sorang-sorang. rasanya kalau ada dua orang malaysia masa dia cakap korosh tu memang takde harapan la nak cover.silap-silap boleh terguling-guling atas lantai. ish ish ish...
To be continue soon..
note: cerita ni cuma disambung tiga hari kemudian, banyak masalah technical online dan juga system antibody defense yang sedang di serang virus sakit tekak...
Sunday, October 10, 2010
Gambar Bukti bila anda STRESS!
Anda Menghadapi Masalah STRESS?
Apakah Tanda-Tandanya..?
Pertama: Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur..
"akukah yang penin.. Atau kamukah yang penin..
Atau Peninkah kamu kerana kepeninan ku..?"
|
Ketiga: Rambut anda sentiasa kusut masai setelah mandi dan menggunakan syampu terbaik..
Keempat: Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan..
Kelima: Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walau pun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat.. Senamrobiklah..
Hadoilah! Salesman tu kata.. makan ubat slim tu konfem bergetah!
Ni bukan bergetah!
Ni 'bergedel' aka 'bergedik' aka 'bergedempol'!
Kalau salesman tu datang! aku terkam atas dia sampai pengsan! haih!
|
Keenam: Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat..
''Eyaarhk! bahawasanya.." "saya Berjanji.." "akan terus cemerlang.. gemilang.. dan ter.. ter.. ter.. zzzz kroohh!" |
Ketujuh: Anda sentiasa merasa fikiran anda terlalu sempit..
Kelapan: Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan selalu dipermainkan..
(you be careful haa.. I know who are you..! How dare you! how dare you jump on my Head! I know who you are! You Smelly Siput! |
Kesembilan: Boss sentiasa marah dengan anda..
Kesepuluh: Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung..
Kesebelas: Anda sentiasa dan selalu merasa penat yang amat sangat..
Keduabelas: Anda sentiasa merasa kehadiran tetamu asing..
Ketigabelas: Anda sentiasa merasa seperti hendak demam dan selsema serta kepala merasa panas.....
Uwekk!! Hai.. Teruk betullah bini aku mengidam kali nih.. Aku pulak yang teruk muntah-muntah.. Huwek!! |
Keempatbelas dan akhir:
ANDA SENTIASA MERASA..
KESEORANGAN DAN MERASA AMAT TAKUT..
SEPERTI ADA SESEORANG BERADA DI DALAM RUMAH..
Kali ni.. konfem takde orang boleh nampak.. diam-diam tau.. Syshh..! |
kalau la korang ada simptom-simptom ni sumer, pandai-pandai gi jumpa doktor bagitau anda stress! gerenti dapat MC! hahahaha
Subscribe to:
Posts (Atom)