nuffnang

nuffnang LR

Saturday, October 16, 2010

kisah pemalas

Pada masa dahulu, ada sebuah Negeri dimana semua rakyatnya amat RAJIN
belaka tidak ada yang malas melainkan rajin-rajin belaka.


Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong
kunyahkan".


Maka raja pun terdiam..... 

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil
berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages