nuffnang

nuffnang LR

Friday, October 01, 2010

Jubail Episode XIV

Jubail Episode 14,

Kejap je rasa dah dua minggu pun sambung kerja balik di saudi. at first sampai cuaca mula berubah, yang dari panas macam dalam oven ke panas umpama sauna suam-suam kuku. takdelah, not really macam dalam oven la, cuma sekadar perumpamaan je. dalam july dan august tu kalau pakai sunglass, bila keluar je dari bilik, tiba2 pandangan jadi putih! bukan apa tu cuma wap air yang tersejat pada kanta spek itam tadi, sama macam kita tuang air sejuk dalam gelas, tiba2 berlaku kondensasi kat luar gelas. or even worse bila kondensasi berlaku kat kulit sendiri kerana terlalu lama berada dalam bilik air cond. tapi sejak balik ke saudi semula, cuaca dah kurang panas, paling panas pun cuma 35C kot. angin pun dah bertukar ke angin yang bersuhu bilik kot. banyak betul kot kot ni, tu la cuaca selalu berubah jadi ramalan kajicuaca blog ni agak bercelaru sket hehehe...

tanda-tanda perubahan cuaca dari summer ke fall dah nampak.. macamana nampak? ribut pasir... masa permulaan musim panas banyak berlaku ribut pasir, tapi bila on peak musim panas jarang berlaku ribut pasir. dan skang bila musim nak berubah dah mula berlaku ribut pasir macam hari ni. keluar dari bilik air cond pun dah takde kondensasi kat sunglass. jadi maknanya humidity dah turun temperature pun dah turun. tak sabar nak tunggu suhu 25C masa mula2 sampai dulu. subuh dah berubah ke pukul 4 lebih, dan pukul 5 petang lak hari dah start gelap.jadi masa siang dan masa malam dah hampir seimbang macam malaysia.

macamana nak tau musim luruh? hahaha mana ada beza... takkanlah pelepah-pelepah pokok kurma tu jatuh berguguran sampai togel. kalau ada yang luruh daun pun dari pokok kayu. ada la nampak beberapa batang pokok yang luruh sampai botak takde daun, ingatkan sebab nak musim luruh rupa-rupanya tak cukup air, water sprinkler tak jalan hahaha, kesian pokok-pokok tu. bukannye salji turun pun time winter nanti, kalau ada pun jarang-jarang berlaku macam berlaku kat madinah few years back.

sedang menaip blog ni tiba-tiba MTV tukar lagu jiwang arab ala2 frust sambil berguling atas padang. kalau ye pun lagu frust takyah la sampai guling-guling, orang tengok pun boleh tergelak berguling-guling. ah sudah, tiba-tiba lost apa nak tulis. aduh, jeng betul la lagu arab ni.
Kat saudi, malas punye pasal, ATM pun drive thru je

berita seterusnya, ceh macam berita lak. last week hari rabu, last working day of the week. sebelum lunch keluar kejap pegi amik cek & ambik balik Iqama (IC). terpaksalah berjalan ditengah panas, menunggu untuk keluar dan amik cek, jalan lagi tengah panas, sampai je balik dalam ofis rasa semacam. rasa hidung sebelah kiri macam berair. pergi ke toilet untuk bersihkan hidung, di sink hembus! and splat! tiga tompok darah mewarnai sink yang putih. nose bleed! and start flowing, terkejut contractor-contractor tengok. foreman pun terkejut.

"muhammad go to the dispensary" kata George
"dispensary?"
"yes, let them check whats wrong"
"maybe it was too hot out there"
"have a rest, and drink a lot of water" tambah george

I get back to my room and try to sit back with my head tilted up to stop the bleeding. few minutes later the bleeding stop but my left nose was blocked due to dry blood in it. so that day I did not do much thing but stay at my desk and check the work online.

hari berikutnya, hari khamis adalah saudi national day. oleh kerana national day jatuh pada hari cuti jadi public holiday di carry forward ke hari sabtu. so weekend cuti straight 3 hari. sebelum balik malaysia hari tu dah pakat dengan pian nak pergi ke madinah dengan kereta, tapi pian tak balik-balik dari malaysia & contact pun tak dapat, so kira cancel je la program nak ke madinah. tup tup pian sampai saudi hari selasa malam dan continue plan cuma tukar trip pergi ke makkah dengan member lain. hari sabtu minggu tu cuma ikut member jalan-jalan kat Fanatir, dan 'tawaf' keliling kilang sabic di area yang tak pernah di lalui.
diorang cakap tu non nuclear cooling tower terbesar?

daripada pengamatan semasa pusing-pusing keliling plant-plant sabic ni, baru la realize loji2 petronas jika dibandingkan dengan plant-plant sabic adalah Umpama katak puru dengan unta.(oh! perumpamaan dari mana la aku taram ni) tu tak termasuk platform-platform minyak offshore & onshore lagi.

sedikit info mengenai saudi national day. kalau kita menyambut hari kebangsaan kerana 1957 negara kita merdeka daripada penjajah. tapi saudi tak pernah dijajah, hari kebangsaan saudi disambut kerana memperingati sejarah negeri-negeri arab didalam negara saudi bersatu dibawah pemerintahan Raja Abdul Aziz kot. tu my saudi assistant la yang cerita, so kalau dia kelentong, sama-samalah kita "tipah tertipu bang, tipah tertipu!" hehehe

alamak, jauh lak merapu, sambung balik pasal nose bleeding. hari khamis, jumaat masih lagi ada sisa-sisa darah, hari sabtu kurang sket. hari ahad ok tapi sikit-sikit je la keluar darah and getting better on the following weekdays. well I think enough for this time, to be continued in next episode.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages