nuffnang
nuffnang LR
Wednesday, October 13, 2010
Jubail Episode XV- korosh
Dah lama dok tengok blog ni tinggal title je episode 15, so today I hope I could finish this story. sebelum start, let me ask anybody know what is korosh?? tak tau? I will tell you in this blog later.
sedikit demi sedikit suhu persekitaran dah mula turun, turun dan turun. takkan cecah 40 lagi. biasanya suhu paling panas cuma tengahari hingga petang. humidity cuma naik time malam lepas waktu isyak. but not for long. tapi kalau air cond not functioning dalam bilik boleh berpeluh sampai basah jugaklah baju. macamana tu? minggu lepas aircond in my room tiba-tiba je tak mengeluarkan udara sejuk, tapi mengeluarkan udara suhu persekitaran je. so that night tidur pasang kipas full speed pun boleh berpeluh lagi. kena lak malam tu makan drumstick kambing, huh memang tak senang tidur malam tu. nasib baiklah keesokan harinya budak building maintenance tukar dengan aircond lain.
minggu lepas cakap pasal pokok yang disangka musim luruh tapi rupa-rupanya sprinkler system malfunction. this time ada lagi pokok hampir mati, pokok-pokok in my office. sebelum ni tak perasan pun pokok-pokok tu nak mati. tapi bila sorang mamat arab yang pernah menghuni bilik tu datang & siram pokok sambil kata
"muhammad when its hot we drink water, and all this plant need water too" kata wail sambil tersenyum
apsal lak aku yang kena?
sebelum tu dia dah membebel dalam bahasa arab kat sajid (yang juga menggunakan bilik ni). bila dia tunjuk kat pokok belakang sajid & belakang tempat duduk ahmad yang dah kering kontang macam lalang yang kena racun rumput, baru la perasan pokok-pokok tu hampir mati tak cukup air.
ingatkan pokok-pokok ni tukang kebun atau tukang cleaner yang tolong siram, tapi rupa-rupanya pokok ni kena siram atas inisiatif sendiri. kena lak si sajid & si ahmad ni memang jenis yang tak ambik peduli, memang naya la pokok-pokok dalam ofis tu.
semua pokok-pokok ni ada sejarah tersendiri. sejarah? begini ceritanya:
pada suatu hari ketika sedang meyiram pokok-pokok dalam bilik dengan air yang ditadah dari water cooler, Joe Kai masuk bilik tu untuk fotostat certain document. joe kai ni orang filipin yang keje sebagai instrument technician, kalau agak-agak umur dia 50 kot. cool je orangnye.
(setelah di alih bahasa)
"watering the plant muhammad? I think this plant also need a fertilizer"
"yup, maybe"
"you know, before this there are no plant in this room, but we have aquarium, you know Tilapia?"
"Tilapia? yeah can find in lake and river in malaysia"
"it is nice to see tilapias chasing each other in that aquarium"
"then what happen? fish died?"
"no, when they change the boss, the new boss order to replace it with plant"
"why?"
" I dont know, thats why now we only have plant in our office" kata joe kai sambil berlalu.
(opsss lupa lak nak alih bahasa rupanya)
jadi tu je lah sejarahnye tentang pokok-pokok yang dijadikan replacement kepada ikan-ikan tilapia dalam aquarium. kat rumah di Kota Bharu pun ada pelihara ikan tilapia & ikan patin, memang seronok tengok ikan tilapia main kejar-kejar dalam aquarium, umpama budak-budak main polis sentri gitu. kalau mengikut kajian sains, memelihara haiwan peliharaan seperti kucing, fresh water fish dan sebagainya membantu menghilangkan tekanan atau stress kepada orang yang menyukai haiwan tersebut. bahkan orang yang memelihara haiwan peliharaan hidup lebih lama dari orang yang tidak mempunyai pet. nak tau lebih lanjut check je dalam wikipedia ye.
kenapa boss ni tak suka aquarium yang ada fresh water fish? entahlah agaknya kepala otak dia ada short circuit skit kot. kalau tengok pokok yang dia bela dalam bilik dia yang menjalar kedinding tu, anggaran hayat pokok menjalar tu dah setahun lebih, jadi maknanya baru setahun lebih la dia jadi bos kat styrene ni. Dia ni kalau cakap english kureng sket, kadang-kadang dia kena refer online dictionary. kalau guna vocabulary pelik-pelik skit mula la dia refer online dictionary untuk dialih bahasa ke bahasa arab.
dua minggu yang lalu ada team Health Safety & Environment (HSE) buat audit kat office, tapi tempat yang tidak memuaskan adalah area dining room. tempat yang biasa pekerja-pekerja makan time break, lunch & tea break. geng-geng arab ni selalu la buat sepah kat area tu.
hasil daripada HSE audit, management email was sent to him, then lepas dia baca e-mail dia datang ke bilik bagitau kepada kami bertiga
"the management was satisfied with our place except for our dining area, our people are not doing proper housekeeping in the area, they even found korosh there" katanya
(dalam hati aku tertanya hapekemendenye korosh ni)
"korosh?" tanya ahmad
"allazi saghiru bla bla bla" sambung bos dalam bahasa arab (tak ingat apa dia sebut masa tu)
"oo.. cocroach..." kata ahmad
masa ni memang dah tak tahan nak tergelak, kalau la masa tu tengah minum air konfem boleh tersembur ke dinding & direct ke muka bos sekali. masa tu hampir tersembur gak la, oleh kerana sempat cover, ianya nampak seolah-olah terbersin hahaaha.. ye la takkan la nak gelak kat bos gile-gile time tu, jadi aku kepit hidung dengan jari tahan nafas, kalau terlepas tu konfem tergelak sakan.
"tahan beb... tahan..." (dalam ati je) mata pun dah berair.
"yes, korosh!" kata bos
aku serius dah takleh tahan dah, so aku cepat-cepat jalan ke tandas sambil tahan nafas lagi, kena lak takde orang dalam tu, masuk je lock pintu, gelak sampai keluar air mata nasib la toilet jauh dari bilik tu. bila agak2 dah puas gelak sambil cover bunyi, masuk balik dalam bilik, dia still lagi menggunakan perkataan korosh tu dengan penuh konfiden.
adeh, tak tahan punye pasal, I take my safety helmet & goggle, terus masuk proses area, kalau gelak kuat-kuat pun takde orang dengar, plant noise kuat nak mampos. even sampai balik pun bila teringat bleh tergelak sorang-sorang. rasanya kalau ada dua orang malaysia masa dia cakap korosh tu memang takde harapan la nak cover.silap-silap boleh terguling-guling atas lantai. ish ish ish...
To be continue soon..
note: cerita ni cuma disambung tiga hari kemudian, banyak masalah technical online dan juga system antibody defense yang sedang di serang virus sakit tekak...
Labels:
Jubail Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment