Antara blog-blog Jubail episode terawal ada di ceritakan pasal orang filipina yang ingat aku ni mamat filipina & bantai cakap tagalog bila aku masuk site. so the thing goes for a while until I had a chat with Dubai arab. cakap-cakap then dia tanya
"Are you British?"
"No I am Malaysian"
"Oh, I thought you are British, Your slank sounds like British"
macamana dia bleh ingat British. kalau tengok rupa, ade ke rupa british, nak kata macam mat salleh memanglah bukan, nak kata itam cam orang British berkulit hitam macam lewis hamilton & Cole tu lagi la jauh. cakap pun standard biasa je takde la buat slank macam british pun. confuse... confuse...
last month, masuk kedai arab kena lak masa tu pakai kopiah, ada sorang pak arab umur lebih kurang 30an tanya dalam bahasa tagalog (tak tau apa nak tulis memang taktau lansung apa yang dia cakap) then dia sambung
"or is it apa khabar?"
"oh khabar baik"
"Indonesia, I know Indonesian are good and stay with islam, not like filipino, they be a muslim for a year than they go back to their old religion"
"No, I'm Malaysian"
"Malaysian Indonesian is just the same" (pulak!)
arab ni sambung lagi ditarbiyahnye kita & cakap pasal agama. sebenarnya masuk kedai cuma nak tanya harga madu je sekilo, terus cancel plan nak beli madu. ada la 20 minit dok dengar cerita siap dengan ayat quran sekali nak keluar je camtu kang kecik ati lak. however, memang power giler la dakwah mamat arab ni. daripada dok dakwah pada orang malaysia, baik gi dakwah kat mamat-mamat filipina yang belum islam lagi. dua kali dah kena macam ni, dakwah one on one, fuh! kalau ceramah dalam majlis ilmu ok gak, one on one memang susah nak lari beb. menjaga adab tatasusila takleh la nak blah selamber badak je, layan je la..
last week, contractor masuk in my room nak cari orang lain, tapi tiba-tiba tanya " are you Indian or chinese?" ini memang buat confuse, tapi untuk tidak memeningkan diri sendiri, atau dia yang kepeningan, atau aku yang pening kerana kepeningannye, aku pun cakap
"I am Malaysian" sambil senyum
and to my surprise today, pergi Jubail Malaysian festival KRMJ(kelab rakyat Malaysia Jubail) yang ramai-ramai orang melayu kat saudi ni, sedang berjalan & berbual dengan Omar (4 in 1, mix turkey, melayu dsb)
ada sorang akak ni tanya
"are u Malaysian?"
terkesima la jugak kejap, tapi angguk je, tapi akak ni tak puas ati lagi tanya
"orang Malaysia ke?"
(angguk lagi) tapi kalau dia tanya lagi sekali mau je aku jawab
"I'm Hawaian Japanese!"
No comments:
Post a Comment