nuffnang

nuffnang LR

Thursday, October 07, 2010

Aku, Antonio Banderas & 13th warrior





Semalam aku tengok cerita Once Upon A Time In Mexico, hero cerita tu sapa lagi kalau bukan Antonio Banderas & heroin Salma Hayek. biasanya kalau ada Antonio mesti ada Salma Hayek tapi hari ni aku bukan nak cerita pasal cerita once upon a time in mexico tapi relating about one of the movie yang juga di lakonkan oleh Encik Banderas dalam cerita the 13th Warrior.


kenapa tajuk blog kali ni lain macam? apa kaitan aku dengan Antonio Banderas? saudara ke? der.. kalau saudara tu jauh benar la tuh. muka nak serupa ke? jap nak check cermin sket. fifty percent je, ada sepasang mata, sepasang telinga, hidung, bibir etc. cuma bentuk je lain, dan aku simpan janggut half vandyke half chin puff. eh! rasanya dah start lari dari topik lak.
Ibn


Apa lak kaitan dengan 13th warrior? biasanya kalau angka 13 tu adalah suatu nombor yang malang la bagi mat salleh, tapi this is not about 13. cuma satu babak je dalam cerita 13th warrior tu yang jadi a bit 'catchy' bila Antonio Banderas mula mendengar & memerhati geng-geng viking berbual di depan unggun api & dalam satu malam dia dah boleh cakap bahasa viking (yang dah traslate ke english dalam citer tu). tapi satu malam memang tak logik la even viking dalam citer tu pun tak percaya mamat ni boleh belajar bahasa viking dalam masa yang singkat.


Di Saudi even kita ada basic arab language pun kita jadi pening bila pak arab cakap dalam loghat masing-masing, sebab belajar dulu bahasa standard. contohnya orang KL dok bercakap dengan orang kelantan yang loghat kelantan pekat & dah takleh nak tune ke standard BM. haru biru jadinya. cuma dalam dua tiga minggu ni aku perasan aku start faham loghat arab dalam department aku. everyday ada meeting, tapi dalam office tu, executive level, aku sorang je la dari malaysia, yang lain semua arab, paham-paham la bila meeting sesama bangsa memang takleh elak la diorang cakap arab. in the first three month memang la terpinga-pinga gak dibuatnya, but last few week aku perasan aku faham almost every word, cuma tak boleh nak cakap macam diorang cakap.


and the best part is, diorang lansung tak tau yang aku faham apa yang diorang cakap, even pada suatu hari tu aku punye collegue kata dalam bahasa arab.
"ah dia ni kalau kita kutuk pun dia bukan paham pun bla bla bla" 
tapi silap besar la, cuma on the same time aku buat selamba badak je macam takde benda yang berlaku. dan daripada fenomena yang berlaku ni, dari perbualan diorang ni, aku notice orang arab agak memandang rendah pada bangsa-bangsa lain terutama kalau dengan India. diorang anggap & kadang-kadang mengelarkan India sebagai "haiwan" atau pronounciation dalam arab "hayawaan" walaupun mereka saudara sesama islam. dan aku lak dibahasakan sebagai "lelaki ini" macam la aku tak tau. (and of course la bukan lelaki ini cam lagu anuar zain tu) dan macam biasa, aku meneruskan control slumber badak, buat buat tak tau.


satu lagi babak dalam 13th warrior bila antonio banderas memperkenalkan namanya sebagai ahmad ibn fadlan ibn al-abbas ibn rashid ibn hamad. dan last-last geng-geng viking panggil dia Iben sebab terlalu banyak ibnu nye. apa kena mengena dengan aku? kat tengah-tengah nama melayu biasa la kan, mesti ada bin ke binti kan? nama aku skang kadang-kadang bertukar menjadi bin atau ben. nak sebut nama aku punyelah susah tapi sebab Osama bin laden la yang buat diorang ingat nama aku. walaupun osama tu bangsa arab, diorang tetap label mamat tu sebagai pengganas? kenapa? sebab US said so. ikut sangat kata amerika, bangga sangat dengan "ameriki style" ameriki la sangat sampai tinted kereta on the wrong side pun boleh cakap "this is ameriki style" memang bangang habis.


katalah satu hari nanti atau dalam masa terdekat korang sampai ke Makkah, cuba tengok nama company yang buat contruction untuk expansion dataran masjidil haram. banyak bangunan hotel dirobohkan untuk the mega project, dan kebanyakan bangunan ni previously digunakan oleh tabung haji sebagai penginapan untuk pak-pak haji sejak berbelas tahun dulu. sebab tu la kos haji untuk jemaah haji Malaysia makin tinggi. 


Projek yang di awardkan oleh kerajaan arab saudi kepada company yang bernama bin laden... walaupun salah seorang dari keluarga tersebut dilabel sebagai pengganas antarabangsa, tapi syarikat tu lah syarikat gergasi terbaik dalam bidang construction, transportation dan beberapa "tion-tion" yang lain. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages