nuffnang

nuffnang LR

Friday, February 18, 2011

Jubail Episode XXV: Stucked

Episode lepas Eric telah pergi ke Makkah dan meninggalkan keretanya di hadapan kedai kebab berdekatan dengan Dakwah center. keretanya di tinggalkan tiga hari tiga malam di situ. tiada apa yang pelik berlaku disitu. cuma eric perasan minggu sebelumnya keretanya pelu dihidupkan dua kali setiap pagi sebelum pergi kerja. disangkakan susah dihidupkan kerana suhu luaran yang amat sejuk, yang menyebabkan kereta terpaksa dihidupkan dua kali. 

apabila bas tiba di dakwah center, eric menghidupkan enjin kereta dan memanaskan enjin sementara. selepas memasukkan bag dan air zam-zam kedalam kereta, eric terus pulang kerumah dan tidak keluar kemana-mana pada siang hari kerana terlalu letih travelling. 

pada malam itu eric terpaksa keluar untuk membeli barangan dapur di Panda market berhampiran dengan rumahnya. oleh kerana keluar sekejap sahaja eric tidak membawa handsetnya. Apabila tiba di panda, kelihatan tempat parking agak penuh. oleh kerana kekurangan tempat parking pada masa itu, eric cuma meletakkan keretanya di satu petak kosong berhampiran dengan jalan utama dengan reverse parking. setelah selesai membeli barangan keperluan, eric bercadang untuk pergi ke laundry untuk menghantar jubah yang di pakai selepas menunaikan umrah tempoh hari. 


enjin kereta cuba dihidupkan tetapi cahaya biru dashboard berkelip. Eric kehairanan kerana tidak pernah berlaku sedemikian sebelum ini. dia mencuba untuk menghidupkan beberapa kali tetapi cubaannya tetap gagal, malahan semakin lama lampu dashboard sudah tidak berkelip mahupun menyala. 


Eric keluar dari keretanya dan membuka bonet. kelihatan garam keputihan melitupi salah satu terminal battery keretanya. eric cuba membersihkan terminal tersebut dan cuba menghidupkan kembali enjin tetapi hampa. kali ini tiada bunyi 'crank' lansung. jam sudah menunjukkan pukul 9 malam dan tempat meletak kenderaan mula lengang. oleh kerana eric tidak membawa telefon tiada siapa yang dapat di hubungi untuk mendapatkan jumper wire.


sebuah kereta yang dipandu oleh pemuda arab parking di sebelah kiri kereta eric. 
"Do you have a jumper wire?" tanya Eric
kelihatan arab tersebut kebingungan untuk menjawab, nampaknya arab tersebut tidak memahami bahasa inggeris. entah mengapa arab tersebut lansung tidak keluar dari keretanya dan termanggu-mangu seketika. selepas hampir lima minit begitu, arab tersebut beredar dari situ. eric agak confuse dengan gelagat arab tersebut.


tiba-tiba datang sebuah pacuan empat roda parking di sebelah kanan kereta eric. warga malaysia rupanya, Hadli dan isterinya keluar dari kereta tersebut.


"assalamualaikum"
"waalaikummussalam"
"ada masalah ke?" Tanya Hadli
"tu lah, tak tau apa masalah tak boleh nak start" jawab eric


kemudian datang satu lagi pasangan malaysia, geng-geng isteri berbual sesama mereka manakala kaum suami mengadap bonet kereta eric. eric terfikir kereta hondanya di malaysia pun dia simpan jumper wire, sepatutnya disini pun dia patut menyediakan jumper wire bak kata orang sediakan payung sebelum hujan. 


"hai kereta 'baru' ada problem ke?" sapa khairuldin
sebenarnya bukan kereta baru, nampak je baru berkilat sebab baru di basuh petang tadi.
"kita ni tak tau sangat pasal kereta tapi boleh la tengok-tengok kalau boleh tolong. cuba start"
 eric cuba menghidupkan kembali enjin, tiada bunyi crank pun.
"ohh bateri kong la ni" 
kedua-dua mereka cuba menelefon rakan yang di ketahui mempunyai jumper wire, tetapi salah seorang yang mempunyai jumper wire berada agak dengan kawasan tersebut.
"aku cuba pergi kedai tayar kat depan kejap cuba pinjam kalau ada" kata Hadli lagi


kemudian datang satu lagi pasangan malaysia yang juga membeli belah pada masa sama eric membeli barangan keperluan di tempat tersebut sebelumnya. mereka sanggup datang kembali pasaraya tersebut setelah balik kerumah meninggalkan anak mereka di rumah. kemudian datang lagi satu family malaysia, jadi port orang malaysia berborak la plak beberapa meter dibelakang kereta eric.


tiba-tiba sebuah kereta grand marquis berhenti yang dipandu oleh seorang arab berhenti di hadapan eric. power window sebelah kanannya diturunkan.
"need connection?" tanya arab tersebut
"yes, I need a jumper wire to start my car"
pak arab tersebut meletakkan keretanya berdepan dengan kereta eric dan mengeluarkan jumper wire dan membuat sambungan antara bateri keretanya dengan bateri kereta eric dan menekan pedal accelerator keretanya.
"ok start the car" kata pak arab tersebut.
lalu eric cuba menghidupkan enjin keretanya dan ternyata berjaya menghidupkannya.


apabila enjin berjaya dihidupkan, pak arab tersebut terus menyimpan jumper wirenya dan terus masuk ke keretanya. sebelum beliau berlalu eric berterima kasih kepada arab tersebut.
"jazaakallah hukhairan" kata eric sambil memberikan senyuman
"hayaakallah"
"maassalaamah"



pada masa yang sama, Hadli baru kembali dari kedai tayar. Oleh kerana masa cuma tinggal setengah jam sebelum pukul 10 eric cepat-cepat meminta diri dari warga malaysia yang berada di situ kerana perlu ke bengkel kereta untuk menukar bateri kereta segera atau bakal menghadapi masalah untuk pergi kerja keesokan harinya. setelah tiba di bengkel yang biasa di kunjunginya eric menukarkan bateri baru berjenama sama seperti yang dipakai pada keretanya sebelum itu (AC Delco: US made, tiada jenama yang biasa dipakai di malaysia yang tahan lama seperti Century). Eric membayar SR220 kepada tauke arab dan terus pulang kerumah kerana sudah keletihan.


Eric: terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan dengan bantuan yang di berikan pada malam itu. semoga Allah memurahkan rezeki semua. 

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages