Shopping, the blog title for this week. Surely orang yang paling attracted dengan tajuk ini ialah wanita. kalau aku cakap jangan baca sebab korang akan jeles, mesti korang gedik nak baca gak kan? suka hati korang lah, blog ni takde restriction pun.
Dalam dua episode lepas, ada cerita pasal musim spring di sini. sekarang ni masih lagi musim spring cuma yang peliknya dah hampir 3 minggu suhu persekitaran stuck kat 24C. Teringat lak masa first time datang ke saudi tahun lepas, suhu adalah dalam lingkungan 25C. mungkin dalam bulan April barulah suhu mula meningkat naik sedikit demi sedikit. Bunga-bunga pun masih begitu banyak di tepi-tepi jalan. even pokok2 liar pun taknak kalah dalam proses mem'flora'kan musim spring.
dah lebih dua minggu aku tak pakai sweater, tapi bila angin bertiup je, Fuh! boleh mengigil gak di buatnya. aku yang memang jenis tak tahan sejuk, jari tangan ni kalau pegang tangan orang lain sure orang akan kata
"Hoh! apsal sejuk sangat tangan ko ni, demam ke apa?"
bukan apa memang dari kecik sampai la sekarang ni, asal sejuk je, suhu jari-jemari ni akan mengikut surrounding temperature. maka kalau nak memanaskan sikit maka terpaksalah masuk ke dalam poket jeans atau aku letak tangan bawah peha kalau ketika duduk.
Apabila musim sejuk berakhir, maka mula la mall-mall di Saudi buat end of season Sale. aku pada mulanya masuk butik Zara, sebelum Zara buat sale dah terbeli sehelai jeans Zara (sebab lagi murah dari Malaysia). Sekali datang balik seminggu kemudian alangkah terkejutnya bila Zara buat sale discount 50%! dan ternyata jeans yang aku baru beli minggu lepas pun turut jatuh separuh harga. geram punye pasal, mata pun dah kelabu, semua jatuh separuh harga, even yang sebelum tu harga 320 dah jadi 159! Akibat tak tahan dengan godaan keseksian harga pakaian zara, keterlanjuran tidak dapat dielakkan lagi, maka aku tertewas dan terbeli lagi dua helai jeans Zara (huish! lain macam ayat beb). pak arab plak kira tengok saiz, angkat, tak sampai seminit dah 6 helai, terus bayar! first time aku tengok orang shopping gitu. giler tebal pocket dowh!
sebulan kemudian aku masuk lagi butik Zara yang sama. sekali lagi aku terbeliak tengok poster discount 75 peratus! dan ternyata jeans yang lawa-lawa suma dah abis, kalau ada pun, cuma tinggal saiz yang terlalu kecik atau terlebih besar. jadi aku ke bahagian T-shirt pula. sekali tengok harga 10riyal je! harga macam kedai bundle je, tapi brand new! test punye test rasanya tak sesuai lak dengan style. maka hari tu duit dalam wallet pun selamat tak terusik. fikir-fikir balik kalau beli baju tu buat baju tido pun ok. nevermind, tahun depan ada lagi kot.
Sale macam ni bukan hanya butik Zara sahaja tetapi juga hampir kesemua butik dan kedai dalam shopping mall ni, cakap je apa, replay, gucci, LV, nike, versace, cavalli, guess dan banyak lagi. dan yang paling wanita suka sangat, tak lain tak bukan, mesti.. Coach handbag, pun tidak terkecuali. mana ada coach nak bagi 50%, ade ke? ntah la I'm not interested, paling murah nampak dari luar kedai time sale, 900 something. kalau dia bagi half price pun still harganya melebihi 1K. nak kata mall ni besar tu besar gak la. building punye design yang selalu buat aku sesat dalam mall ni.
This mall is more than 100km from my house, tapi tiap-tiap weekend pun aku pegi kalau tak pergi umrah atau ziarah. minggu seterusnya, pun masuk lagi. (giler.. tiap-tiap minggu pegi mall!) dah takde lagi sale, baju dah berubah dengan pakaian warna-warni. owh! baju musim bunga... oleh kerana aku dah belajar dari kesilapan, baik tunggu sampai dia buat sale balik. hahaha..
♥
Ps1: jangan pesan mintak aku tolong beli barang kat sini, sebab muatan untuk personal international baggage cuma 25kg. and excess baggage will cost RM90 per kg.
Ps2: masa korang tengah baca blog ni, mungkin penulis dah berada di depan kaabah, ataupun sedang convoy on the way ke kota makkah. tu kalau korang baca few days after posted because this blog is automaticcally scheduled. (expiry date 20march 2011)