nuffnang

nuffnang LR

Monday, March 28, 2011

Umrah IV part 2









sambung dari part 1


Apabila sampai di hotel, aku buka jubah yang basah kuyup, buka T-shirt yang dah separuh basah, pakai towel, buka pouch bag untuk check berryhitam. ternampak wallet ada kesan basah sikit terkena air hujan, dan berryhitam ada titisan air kat screen je, nasib baik pakai sarung silicon, kalau tak confirm meraung sebab sempat pakai kejap je kat malaysia.(kat saudi tak guna pakai BB)

lega melihat berryhitam aku selamat, aku masuk bilik air and take a hot shower. Fuh! syiok betul mandi hot shower time lepas kena air hujan yang sejuk. tapi badan masih letih tak cukup cas 'bateri'. bila wife balik dia beli broasted chicken, aku cuma makan seketul je sebab dah letih sangat. planning sebenarnya nak tidur awal, pastu buat 'qiamullail' bangun balik pukul 3pagi untuk solat sunat dalam hijir Ismail. sekali terlajak sampai ke subuh! baru puas tidur. mentang-mentang co-pilot dah cukup tidur dalam perjalanan, pergi solat kat masjid sorang-sorang sampai waktu subuh. dah la gi sorang-sorang siap berlagak lagi dapat solat dalam hijir ismail dua kali. 

sejak visa foreigners open balik, ramai giler jemaah
the next day, takde nak cas bateri lagi, tido dah cukup letih dah ilang aku bangun pukul 4. lepas subuh sempat solat sunat dalam hijir ismail. tapi bersesak-sesak. makcik turki lak sesuka hati je suruh orang keluar. kalau nak tempat solat luas solat kat luar la makcik. mau je aku aku angkat kening tenung macam ziana zain, tapi aku sabar buat cool je. ada jugak aku tengok seorang jemaah umrah malaysia marah kat makcik india sebab makcik tu cakap kat dia "calo calo" (suruh blah). di lak jawab, "calo calo hape-kemendenya! aku nak bergerak kemana?!" kemain bengkek je mamat tu. tapi lepas tu dia solat sebelah aku depan multazam. 


balik dari masjid, pergi breakfast kat kantin hotel, bersama dengan jemaah umrah dari malaysia (geng kedah). semasa bayar wang penginapan sehari sebelumnya, ustaz yang tolong booking hotel bagitau breakfast disediakan untuk kami lepas subuh, lunch lepas zohor dan dinner lepas Isya'. tapi masa kami makan ada la seorang ketua kumpulan umrah jemaah muslimah ni macam tak puas hati, agaknya dia ingat hidangan tu untuk jemaah umrah kumpulan dia sahaja, padahal aku bayar under pakej yang sama. jenis yang tak tau jaga manners, siap boleh cakap to my wife"ooo makan kat sini jugak ke?" with a sound of sarcasm. patutnya masa umrah ni cuba la ubah perangai berubah kepada yang lebih baik. typical '*phd' melayu. (pathetic!). yang peliknya pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang makan bersama dengan kami semuanya peramah. (takkanlah minah mangkuk ayun tu datang bulan kot)
Hotel yang dulunya gah, terpaksa dirobohkan oleh
arus pembangunan kota Makkah


lepas breakfast kami pergi ke depan gate 'baabussalam' untuk menadah air zamzam. kami tadah tiga tong 10liter air zamzam. salah satu daripada tong tu kami tolong orang dari jubail. nasib baik ada troli dan datang dengan kereta. masa amik air zamzam pun satu hal. elok je beratur datang sekor mamat india nak potong line, aku tak kasi chance terus aku duduk sebelah arab yang tengah tadah air. 
"I just want to take this to sell" kata India tu
"you want to sell or whatever, wait for your turn after the guy behind me"
aku pun cakap kat arab kat belakang aku yang bawa tong 15liter 
"after I finish, its your turn, I will help you"
"thank you" kata arab tu
aku terus pegang hos bila orang depan settle, aku settlekan my part, pastu aku tolong isikan untuk pemuda arab kat belakang. kasi ajar sikit orang-orang jenis nak potong line, I will not tolerate uncivilized behavior yang cuba dipraktikkan oleh mamat india tu. padan muka. 


walaupun bawak 3 tong dengan troli, boleh tahan berat gak nak tarik troli, naik merah tapak tangan aku nak sampai ke hotel. ngam-ngam sampai di hotel lepas mandi, terus masuk waktu zohor. time makan tengahari kami buat macam biasa je, minah semalam pun tengok semacam je. kami buat derk jer. we have our rights rite? dan dinner lak cuma tinggal telur je, maybe sebab kami sedikit lewat. walau sebenarnya malam tu ada menu udang. nasib baiklah petang tu dah makan KFC dengan in laws. 


keesokan harinya selepas tawaf wida', aku drive kereta dari tempat parking ke hotel p untuk mangangkut barang yang diterbangkan dari malaysia yang agak berat, dan juga tong air zamzam yang agak berat. nasib baik la pakai GPS, kalau tak mau sesat kat dalam kota Makkah. tepat pukul 10:30 pagi kami berlepas balik ke rumah yang jauhnya lebih dari 1200km.




*phd: penyakit hasad dengki

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages