setiap hari apa yang korang makan untuk lunch? boleh kata hampir semua akan kata nasik kan? ada juga orang mengatakan mereka tak kenyang kalau tak makan nasik dalam sehari. ada juga 'makhluk' yang tak boleh tak makan nasi dalam sehari dan menyindir eric kerana melihat eric tak makan nasik. hatta eric pernah membuktikan dia boleh hidup tanpa menyentuh nasik tetapi memakan pasta dan makanan-makanan yang sewaktu dengannya setahun yang lepas. Eric berjaya membuktikannya walaupun eric bukanlah warga Italy atau berdarah kacukan dari italy kerana mak eric is superb in serving italian meal sejak eric kecik lagi.
'makhluk'(previuosly described as Encik I or maulana) tersebut telah berhenti kerja di saudi, walau pada awalnya cuba menghasut rakan lain untuk sama-sama berhenti kerja hingga ada yang termakan hasutan yang akhirnya memakan diri dan termakan hati hehehe. eric lansung tak kisah, just stay cool dan lansung tak layan 'makhluk' yang menjengkelkan itu. kalau mamat tu 'mapuh keghah' sekalipun eric will say "who cares..." (ohh!)
Sejak bekerja di saudi setiap hari, eric lunch di cafeteria. dan menu lunch harian eric biasanya adalah pasta. memanglah eric ni 'hantu' pasta. hari-hari makan spaghetti, lasagna, bermacam jenis macaroni, pasta alfredo dan macam-macam lagi. walaupun nasi yang dihidangkan berlainan jenis contohnya mukloba rice, vermicelli rice, butter rice, beriyani rice, bukhari rice dan sebagainya. Eric lansung tidak mempedulikan menu nasi tersebut. jika pasta pada hari tersebut nampak tidak menarik eric menukar menu kepada burger dan french fries.
pada suatu hari, ketika sedang beratur untuk memilih menu lunch, dari jauh eric ternampak menu nasi tomato dan beef stew. (menu daging jarang-jarang sekali dihidangkan, asyik-asyik ayam.. kambing.. ayam lagi.. ikan..ayam lagi.. dan lagi) sekali teringat nasi tomato yang selalu di jadikan santapan di malaysia. kena lak dengan beef stew, hoh! eric terus menukar menu rutinnya kerana mengikut planning malamnya cuma nak makan vermicelli chicken soup. maka setelah sekian lama tak makan nasik pada waktu lunch, maka hari itu eric memecah tradisi dengan memakan nasi tomato berlaukkan beef stew. walaupun menu itu agak mahal, eric main belasah je.
dan pada kebiasaannya selepas makan eric akan bersolat zohor dan masuk biliknya. entah apalah yang tak kena hari itu eric terasa mengantuk, semengantuk-ngantuknya, ibarat berkilo-kilo kampit beras yang melekat di kelopak matanya. part number equipment list yang tertera di skrin komputernya menyebabkan eric bertambah 'weng', jadi eric cuba membaca berita online, pun begitu, matanya masih terasa terlalu berat hingga beliau tersengguk-sengguk.
eric yang biasanya pergi solat asar di masjid sekitar jam 3:30petang (waktu solat jemaah bermula), tetapi hari itu eric pergi 20minit lebih awal kerana tak tahan mengantuk. agaknya kerana kandungan carbohydrate (carb) yang tinggi menyebabkan kenaikan kandungan gula dalam darah hasil proses penghadaman yang menyebabkan eric mengantuk. pasta juga mengandungi carb, and even lebih tinggi kandungan lemak tapi biasa tak mengantuk pun eric makan.atau mungkin juga beef stew dengan kuahnya yang menyebabkan eric hampir tertidur.
di saudi, daging kambing lebih banyak daripada daging lembu, agak jarang untuk memakan nasik mandy atau kabsah lauk daging lembu. kebanyakan orang menyangka daging kambing lebih tinggi kolestrol berbanding daging lembu. tetapi mengikut kajian kedua-dua daging tersebut adalah sama. kenapa arab boleh makan selamber je kambing tapi jarang kena hypertension? sebab diorang tak makan bahagian lemak. orang kita semua hentam, lagi-lagi kalau bakar, bila bakar, part lemak kambing yang paling best, ye tak? owh my favourite lamb chop! heheheh (giler lama tak makan lamb chop!! kena cari chilli's ni..)
di saudi, daging kambing lebih banyak daripada daging lembu, agak jarang untuk memakan nasik mandy atau kabsah lauk daging lembu. kebanyakan orang menyangka daging kambing lebih tinggi kolestrol berbanding daging lembu. tetapi mengikut kajian kedua-dua daging tersebut adalah sama. kenapa arab boleh makan selamber je kambing tapi jarang kena hypertension? sebab diorang tak makan bahagian lemak. orang kita semua hentam, lagi-lagi kalau bakar, bila bakar, part lemak kambing yang paling best, ye tak? owh my favourite lamb chop! heheheh (giler lama tak makan lamb chop!! kena cari chilli's ni..)
No comments:
Post a Comment