nuffnang

nuffnang LR

Sunday, March 13, 2011

A Year Ago

about a year ago, sewaktu sampai di rumah dari tempat kerja melalui kesibukan jalanraya di sepanjang jalan MRR2, I get a phone call bertanya samada boleh atau tidak untuk terbang ke Saudi melalui Business visa. 


"Encik Eric(bukan nama sebenar), nama encik dan enam orang lagi shortlisted untuk ke Saudi kerana diperlukan segera, buat masa ini kami terpaksa menghantar dengan business visa terlebih dahulu."
"err..OK, bila saya patut kesana?" tanya eric kerana menyangka mungkin dalam tempoh selepas sebulan baru beliau akan berangkat ke sana.
"this 30 may, are you ok with the date? tapi boleh ke eric ambil cuti tanpa gaji dahulu selama tiga bulan, bila balik Malaysia semula baru hantar resign letter?."


berderau darah eric mendengar  soalan tersebut. seram sejuk dibuatnya untuk menjawab soalan itu. mana boleh sesuka hati letak cuti tanpa gaji sedangkan beberapa kerja tengah in progress di tempat kerja. satu keputusan yang agak sukar untuk dibuat oleh eric. Akan tetapi apabila memikirkan beliau mempunyai masa dua bulan setengah untuk segala persiapan, dan rakannya juga akan kesana dalam masa sebulan, eric menjawab
"OK, saya cuba tanya dengan HR department." jawab eric ringkas, dan talian dimatikan. 










eric menyarung tualanya untuk mandi, dan masuk ke bilik air. beberapa ketika kemudian, eric terdengar lagu kantoi yang dinyayikan oleh zee avi 
"semalam I call you, you tak answer... you kata you keluar pergi dinner... you kata you keluar dengan kawan you... but I call Tommy he said it wasn't true.." (ni ringtone nokia eric at that time hahaha)


Cepat-cepat eric menjawab call tersebut, 
"hello"
"hello encik eric, dah dapat call dari Dr. N tadi?" tanya suara wanita itu
"ya, pasal urusan untuk ke saudi this may kan?" jawab eric
"yes, tapi bukan this may, tapi end of this month" kata suara itu lagi
"what! end of this month?!" tanya eric agak terkejut.
"yes, end of this month."
eric terduduk di atas katilnya dan terkesima seketika apabila mendengar jawapan itu.
"that was just two weeks from now.." jawab eric perlahan
"yes, your team diperlukan segera, thats why kami terpaksa sacrifice dan process business visa dengan segera. jadi boleh saya process your visa"
oleh kerana fikiran berkecamuk dan jiwa kacau eric tidak berfikir panjang dan bersetuju untuk visanya di proses.


once upon a time in 2005
Dol: cilok ko punye FB haha
keesokan paginya eric mengajak rakannya dol (a.k.a Zol) bersarapan berhampiran dengan lojinya di putrajaya
"beb, aku kena pergi Saudi lagi dua minggu" kata eric
"serious?"
"semalam diorang call aku bagitau, kena pegi dalam 2 minggu lagi"
"gila dowh.. aku ingat aku pergi dulu beb, hari tu diorang kata ko patut pergi paling-paling cepat bulan May" kata Dol
"alah, sebulan lepas aku fly, ko pun fly ke yanbu beb, lagi best, dekat dengan mekah dan madinah" balas eric.
"takpe, kita jumpa time solat jumaat kat masjidil haram nanti" kata dol berseloroh


beberapa hari kemudian eric menyerahkan notis perletakkan jawatan kepada pengurus loji. diikuti oleh Dol sebulan kemudian. sekarang eric bekerja di panti timur saudi dan dol di pantai barat Saudi. so far eric belum dapat berjumpa dengan dol di mekah. maybe soon Insya'allah. 



1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages