nuffnang

nuffnang LR

Tuesday, July 05, 2011

Bukti Bergambar Ketagihan LIVE Sport Channel




Jika sebelum ini korang tengok bukti bergambar stress dan ketagihan social network dalam blog ni. satu lagi kes aku nak share yang membuktikan korang ni adalah peminat hard core sport channel, ESPN, star sport dan lain-lain

1. Tido awal sambil memegang remote sebagai persediaan untuk menunggu acara live selepas tengah malam.
"zzz.. jangan gatai nak amik remote time aku tidoq.. "
2. Sebelum acara live bermula korang dah ready dengan makanan juga junk food supaya tidak terganggu semasa menonton nanti.
"Friskies XXL, tengok buleh! ambik tokleh deh!"
3. Kalau perlawanan pada siang hari, bila orang ajak pergi shopping korang asyik nak balik rumah awal dan hangin satu badan bila dah lambat
"kato semeta jah, ni doh separuh hari.. haishhh!" 
4. Kalau ada orang datang dekat tetapi tidak berminat dengan sukan, mula la korang buat muka pelik semacam supaya diorang takut nak tukar rancangan lain dan cepat-cepat blah
"HOH! den kono buek muko ganas ni.
Grrr.. Kill! Kill! Kill! Die! Die! Die!!" 

5. Bila acara bermula, korang tengok dengan penuh konsentrasi bagai nak juling bijik mata!
"natang Hamilton buat fastest lap pulok doh!"
6. Awek datang rumah pun korang buat deerkk je! Mak, bapak, datuk, nenek, sepupu lalu kat belakang pun korang tak perasan.
"Tu Dia! toksah kata nak paling kesini, berkelip pun tak!
ingat cek ni tunggui kayu ka..
sekali datang alor staq, dengan kepala hang aku putaq!"
7. Bila tayangan tergendala, korang rasa macam nak mengamuk hatta sanggup nak bakar  stesen astro!
"asal hujan je tergendala! tak hujan pun tergendala! 
eeee geramnya aku!"
8. Sanggup mencari live telecast/streaming di dalam internet jika tiada siaran lansung disiarkan di TV.
"huk aloh! tersekat-sekat pulok doh! sapo pulok dok
download cerito nora elina nih?"
9. Kalau tak ada astro dan internet streaming, korang sanggup pergi rumah member dan selalunya kedai mamak semata-mata untuk tengok siaran lansung walau cuma order secawan teh tarik sambil buat muka seposen.
"tolong kami.. bantu kami.. 
anak-anak yatim astro!"


10. Bila pasukan korang menang, korang bersorak bagai nak gila hingga terkejut jiran sebelah rumah.
"Goalllll!!!! hallamak terlebih sudah!"
11. Bila menonton rancangan racing seperti moto GP, Formula 1 dan Rally korang punye lagak mengalahkan orang yang tengah racing.
"hoh! giler lah Rossi punye corner baring.. 
kalau aku corner gini mau hilang lutut aku!" 

12. Bila dah mengantuk tahap kritikal, korang masih cuba memaksa mata terbuka luas walaupun terasa seperti berkilo-kilo kambit beras yang melekat kat kelopak mata korang.
"Ni maing bola ko training passing? 
mato dok rok ccetong doh ni"

13. Jika tertidur depan TV, Korang bermimpi mengejek dan mentertawakan rakan sekerja yang menyokong team lawan di pejabat...
"zzz... aaa.. kalah... team lauk.. miahaha..."
14. kerana tak cukup tidur, anda terasa liat nak turun dari katil dan terlambat ke pejabat dengan mata kuyu dan lebam.
"ye la... tengah turun katil nak gi keje le ni... zzz"
Dan tidak kurang juga yang mengambil mc sebab tak cukup tidur, tapi mengatakan tidak berapa sihat kepada doktor. Jika doktor juga macam korang, tanpa cakap banyak doktor sain je mc kerana doktor pun tak cukup tidur.. kwang.. kwang.. kwang.. hihihi..

7 comments:

  1. hahahaha..kelakar..comel sgt2x...suka kucing erk?

    ReplyDelete
  2. yup, sudah semestinya, memang cat lover sejak kecik lagi.

    ReplyDelete
  3. comelnyer sume kucing 2 ... wat sendiri ker ,,, cute ngat miooowww ~~~

    ReplyDelete
  4. yup,sendiri, insyaallah akan ada lagi post macam ni.

    ReplyDelete
  5. hahaha. dem. kena kat aku entri ni. nice nice.

    ReplyDelete
  6. hahahaha....kompem lawak giler. cute r gmbr2 nie.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages