nuffnang

nuffnang LR

Tuesday, September 27, 2011

Kenapa Korang Mesti Selalu Tukar Stoking






Cuba lihat gambar gambar dibawah, ini lah antara sebabnya korang kena selalu tukar stoking korang. Korang bukan sahaja boleh membawa bau yang semerbak di setiap ruang bilik apabila membuka kasut malah, korang juga boleh menyebabkan kematian yang amat serius kepada mereka yang tersayang. Tak caya? ini buktinya!


Niat murni mencari lipas


mula terasa pening


cuba untuk menyelamatkan diri!


Koma tidak sedarkan diri


mati kekejangan atau bak kata orang kelate
'mapuh keghah'
Ingatlah kucing anda yang tersayang, selalulah tukar stoking anda! 


PS: tiada kucing yang didera untuk post ini, semua gambar adalah hasil lakonan kucing semata-mata

Human Vs Machine at Work







Sekarang ada pelbagai sektor perindustrian yang memerlukan tenaga kerja. Tetapi ada juga sektor peindustrian yang cuma lebih banyak menggunakan teknologi seperti robot, Machine dan sebagainya lantas mengurangkan kos pembayaran gaji pekerja. Apa bezanya antara orang dengan mesin/machine?

Confirmation?
orang: Lepas 3 bulan probation baru dapat confirmation letter
Machine: FAT test pass, terus confirmed.

Kerja Seharian?
orang: punch card, pergi breakfast, buat kerja sikit-sikit, berbual, makan, facebooking, mengular, tidur, balik
Machine: kerja, kerja, kerja

apabila sakit?
orang: masuk hospital, jumpa doktor mintak MC, 
Machine: tukar spare part sambung kerja

Overtime?
orang: Time kerja buat hal lain, time lebih masa baru nak buat kerja. cukup bulan claim rate overtime, bila selalu dapat claim overtime mula la tamak tak sedar diri. (duit, duit, duit)
Machine: "wa mana ada OT ma! wa tau keleja saja!" (Just do it)

bila ekonomi merosot?
orang: kalau terlebih orang tunggu masa nak kena buang
Machine: "I am the company asset! no problemo!"

bila blackout?
orang: "Yeay! tak yah buat kerja!" mengumpat, makan, isap rokok, (kalau kerja power plant semua mengelabah tak tentu arah!)
Machine: ... (fix the power problem first)

bila public Holiday?
orang: "nak aku kerja? bayar triple la!" (lagi tamak)
Machine: "I work on sunday, monday, tuesday.. friday, saturday, holiday, everyday!"

injury?
orang: claim insurance
Machine: tukar spare part

Punch card?
orang: datang lewat mintak orang lain tolong punch kan, abusing punch card machine, balik awal, bila buat OT sesaja punch card lagi lambat.
Machine: "I'm always there 24/7"

Bila gaji masuk lewat sehari?
orang: merungut, mula tak boleh dok diam, call sana sini, complain pot pet pot pet
Machine: "gaji? apa itu?"

cuti bersalin?
orang: "ape lak 60 hari? orang lain 90 hari!" (hohoho just kidding jangan marah aa)
Machine: "I cannot multiply! clone me!"

Preventive Maintenance:
orang: dapat anual leave berbelas atau berpuluh hari setahun.
Machine: tukar minyak, tukar parts ikut jadual.

Takde Bonus?
Orang: Mengamuk Sakan!
Machine: Not releven

a year later:
orang: "hai naik 5% je? berapa sen sangat la dapat." (tak bersyukur lah tu)
Machine: "wa maintain je!"

5 years later:
orang: "tiap-tiap tahun 5%! tahun depan tukar company lain!"
Machine: "performance sudah upgrade!"

berpuluh tahun kemudian:
orang: production decrease, mintak retire umur 60, pencen...
Machine: obsolete, replaced.

mati:
orang: innalillah...
Machine: scrap metal, recycle

Walau bagaimanapun sesebuah machine memerlukan tenaga manusia untuk dicipta, dijalankan dan diperbaiki. Sebagai manusia kita perlu bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan untuk menampung kehidupan seharian, sedangkan ramai yang tidak mempunyai pekerjaan dan tidak mampu untuk menampung kehidupan seharian. Niatlah bekerja kerana Allah agar rezeki yang kita cari mendapat keberkatan. Elakkan dari menjadi manusia yang tamak haloba.

Sunday, September 25, 2011

Antara KL, Saudi dan Dubai

kalau tak suka kemarahan dan caci maki sila jangan baca blog post ni, just enjoy other blog k?

Semalam adalah hari National day untuk seluruh negara saudi. Aku tak tau pun apa kejadahnya makna national day kat saudi dan aku lansung tak ambik kisah. Yang aku kisah cuma aku dapat cuti sehari, thats it. Jadi dapatlah cuti 3 hari straight. Tak banyak benda yang aku buat time cuti camni cuma pergi open house, dan keluar jalan-jalan. 

Semalam sebenarnya, aku plan nak pergi zoo kat area dammam, tapi GPS tunjuk ke arah zoo yang lain. Yang aku tau area zoo tu kat seberang jalan Dammam je, tapi dalam GPS macam ada another zoo, jadi aku decide baik pegi zoo yang aku tak pernah nampak. Niatnya tak nak pun pergi sampai ke Dhahran. Alih-alih sampai gak ke situ mengikut GPS. Setibanya di zoo dalam area bandar, terkejut gak tengok macam tempat yang kelihatan seperti funfair yang dah lama mati. Maka plan asal terpaksa dibatalkan dan cuma tengok some interesting places macam kat half moon beach, dammam lighthouse dan dolphin village. Tak singgah pun just checking out for next trip.

Hari ni, tak buat banyak benda melainkan cuma tengok movie je. Dan bila dah malam, mula la ada perasaan tak best sebab esok nak kerja lepas 3 hari cuti. ye lah saudi ni mana ada cuti panjang, public holiday cuma raya puasa 5 hari, raya haji 5 hari dan national day 1 hari. Malaysia punye public holiday jumlahnya lebih kurang tapi scattered all over the year. Tu yang buat lagi meriah. Kat UAE adalah cuti lebih sehari dua dari saudi. kat mana-mana negara pun kalau lepas cuti mesti malas nak pergi kerja, lagi-lagi kalau dok saudi. sama macam lepas balik raya vacation sampai 3 minggu.

Kalau kerja kat negara arab yang peraturannya agak open, kita akan terasa seperti berada di KL. Ladies boleh drive kereta, boleh pakai apa-apa jenis baju tak kira apa warna. Boleh pergi tengok wayang, boleh pergi taman tema pendek kata macam-macam ada! Semuanya berlainan dengan saudi, wanita tak boleh drive kereta, laki yang bawak kereta lak dah terpengaruh dengan keling-keling dari India yang drive macam haram takde disiplin. Kaum wanita cuma boleh pakai jubah color hitam je. Takde panggung wayang, taman tema pun terhad. All these craps buat fikiran kita terkurung dan hidup bosan cam gampang! (OH!)

Bekerja di negara arab yang open biasanya terasa macam bekerja di KL just minus the traffic jam yang menggila. Aku tak rasa aku boleh survive kerja kat saudi kalau aku tak balik setahun sekali. Tapi aku maybe boleh survive kalau aku kerja kat Qatar tapi tak balik sampai dua ke tiga tahun. Open country means better civilization and better development walaupun hakikatnya masyarakat tempatan timur tengah ni pemalas nak mampos! (Oh!)

Boleh kata everything nak buat kat sini semuanya forbidden. Eeven nak take a picture shot pun semua orang tempatan tengok semacam. Itu forbidden, ini forbidden segalanya forbidden apapun tak boleh! Terlalu jumud dan extreme dengan peraturan yang entah hapa-hapa. Boleh lah Umpamakan negara ni sebagai forbidden effing kingdom! 

All these effers and mother effers boleh kata kebanyakannya sakit mental, fikiran terkurung dengan kebodohan sendiri. Cakap tak berhenti macam serba tahu tapi bila bab perlaksanaan buat nya macam taik! Nilah akibatnya berbangga dengan bangsa sendiri dan cuma kahwin dengan kabilah sendiri, fikiran anak-anak tak berkembang. Bapa bangang borek anak mangkuk ayun bangang rintik. Bapak kencing berlari, anak kencing menari-nari.

Biar aku bagi satu contoh yang pernah terbaca di akhbar tempatan. Seorang suami diserang sakit jantung ketika memandu, untuk menyelamatkan sang suami, isterinya gamble je memandu hingga ke hospital untuk menyelamatkan nyawa suaminya. Suaminya berjaya diselamatkan tetapi isterinya terpaksa menanti untuk pendakwaan kerana memandu kereta? Dalam satu perkataan apa yang korang simpulkan dari kejadian ni? kalau aku satu perkataan memang tak cukup! lebih baik aku tak cakap.. (apa kena dengan ko hari ni eric)

Walau bagaimanapun tak semuanya berperangai seperti yang aku cakap. Warga tempatan sini yang lebih baik kebiasaannya, pernah belajar di luar negara dan bekerja diluar negara dan belajar mengenai kebudayaan negara lain dan tahu menghormati orang lain. Sama juga dengan orang alim yang berpendidikan tinggi. Biasanya mereka nilah yang sedia membantu apabila foreigners memerlukan bantuan termasuk myself.

Well guys, aku tak mau tulis panjang-panjang takut ter'over' panjang lak korang nak baca. this could be extend more but i refuse, kang banyak pulak perkataan yang aku filter sampai korang tak boleh faham. cuma sekadar melepaskan rage geram sekali sekala. I love peace and serenity that I could feel back in my home country. (and in makkah)
Peace!

Ps: kalau rasa perasaan tak best lepas reading this post, i have warned you earlier kan? this is just a quarter dari apa yang aku nak tulis kalau lagi 3 quarter adalah isu sensitip dan membahayakan diri sendiri dan juga blog page ni.

Wednesday, September 21, 2011

Episode 47: First Blood







Huik, tajuk lain macam je bunyi lebih kurang macam cerita Rambo first episode je. sedar tak sedar dah hampir dua minggu eric kembali ke wilayah timur saudi. walau baru dua minggu terasa seperti dah dua bulan lamanya. Blackberry package pun dah dimatikan nak online balik BBM kena tunggu lah lagi setahun.

Ketibaan di saudi di waktu subuh tak terasa pun kepanasan mentari pagi, cuaca pun tak macam cuaca sebelum balik raya hari tu. Tempoh 3 minggu pulang berpuasa dan beraya di kampung ibarat melarikan diri daripada peak heat season. Bila dah sampai balik semua orang yang tak balik cakap the temperature is already going down.

Sejak bekerja semula ni rata-rata ahli qariah masjid kat office tanya 
"I have not seen you for quite a while, out for vacation?"
"Yes, I went back to Malaysia."
"How was it and how was everybody there?"
"it was great, and everybody was fine."

Soalan yang setiap orang tanya memang sebijik, dan eric pun tak payah fikir panjang just answer with the same old answer. Agaknya memang kebiasaan setiap foreigners yang bekerja disini balik setahun sekali, dan bila balik ke sini semula memang tu lah soalan lazimnya. 

Tahun lepas, selepas balik dari beraya, eric tak dapat pun completekan puasa enam dalam bulan syawal. Bukan apa, masa tu masih bekerja di site yang panas terik, dah la tu kena lak jalan kaki outdoor keliling plant few times a day, memang tak terdaya nak menahan dahaga. Memang cuba puasa, tapi weekend ajelah, seingat eric tahun lepas cuma sempat puasa dua hari je. Tahun ni, alhamdulillah, sejak tukar tempat, dan kerja yang tak payah masuk site ni, bolehlah mengerjakan ibadat puasa enam. Diam tak diam, semalam adalah hari ke enam berpuasa sunat, siap puasa straight back to back lagi. Jadi hari ni dah boleh beraya! YeeHaa!

Walaupun cuaca yang biasa-biasa saja, tapi ditambah dengan aircond yang tengah sejuk melampau, tambah lak lagi dengan sedang berpuasa, jari jemari terasa macam nak beku dibuatnya. Kalau kat rumah sebelum balik hari tu pasang semua aircond full blast, kali ni suhu di naikkan sikit, blower pun bagi slow skit. Kalau aircond full blast tengok tv malam-malam pun pakai selimut hahaha..

Dua hari pertama rasa ok je, hari ketiga dah mula nampak tompokan kecil darah bila membersihkan hidung, dan pagi ni setompok terus, all blood. Rasanya debu-debu di sini yang menyebabkan pendarahan dalam hidung, cuti kat malaysia 3 minggu setitik darah pun tak keluar. Sejerebu-jerebu Malaysia, masih ok lagi jika dibandingkan dengan sini. 


Kalau mengikut kajian saintifik (cewah! haha) suhu padang pasir yang panas tetapi kering berikutan kekurangan kelembapan didalam udara menyebabkan sel tisu membran didalam hidung menjadi kering. Perkara ini sering terjadi di tanah yang gersang. (lain macam je ayat) Jika keadaan ini berterusan sel tisu didalam hidung mula mengalami pendarahan dan lebih mudah berlaku kepada mereka yang mempunyai sel tisu sinus yang sensitif. Mukus yang dihasilkan juga memerangkap debu dengan banyak terutama di padang pasir dan berubah menjadi warna yang agak gelap. Jika bercampur dengan titisan darah kering ia bertukar menjadi kehitaman. 


Tapi bagi eric setiap pagi, hidungnya mengeluarkan a drop of the fresh light red blood. yang bermakna, keadaan persekitaran yang mula berubah menjadi semakin kering. Hanya berlaku berlaku kepada eric di saudi sahaja, biasanya berlaku dua atau tiga hari sekali. Di Malaysia OK je, paling2 teruk kat Malaysia pun cuma 3-5 bulan sekali, dan cuma berlaku  apabila keadaan persekitaran yang terlalu panas dan kering.


PS: memandai je aku jadi Dr Eric hari ni. mukus yang gelap tu paham-paham sendiri la ye apa bendanya tu. sudah gaharu cendana pula...
PS2: was I meant to be here? Jubail? absolutely not! Yanbu and jeddah? maybe.. Makkah? absolutely yesss! 

Monday, September 19, 2011

Camera Test, Click! Click! Click!







just testing to take the picture. I'm not a Pro But I just bought a new camera, the picture u see below was already edit since the pixel is too big. I have reduce the pixel size to minimize the time to load the picture in my blog.
less than 1km from shore


Foxbat


I dont know what is this building, Masjid?


Not far from the building



Sunday, September 18, 2011

Menyeberangi Sungai Golok

Sungai Golok, inilah sungai yang merupakan sempadan antara Malaysia dengan Thailand. Sepanjang hayat memang aku tak pernah menyeberangi sungai Golok, walaupun hometown aku cuma di Kota Bharu. Kalau nak pergi dekat-dekat sempadan pun, tempat yang biasa aku pergi ialah pengkalan kubur dan rantau panjang. 

Apa yang best sangat kat sana? Entah, aku pun tak tau apa sebab ramai sangat yang excited untuk kesana. Dulu-dulu selalu dengar orang kesana sebab nak kahwin lari atau 'buka cawangan' secara sembunyi-sembunyi, sekarang pun sama gak kot. yang paling famous beli beras murah, beli mercun murah, apa-apa aje barang murah. dan siapa yang paling excited bila dengar barangan murah? cuba check sendiri time sale season kat mana-mana Mall dan pasaraya bila musim sale dan korang sendiri tahu jawapannya. didalam satu isi rumah siapakah yang paling shopaholic? guys or gals? makciks or pakciks hahaha...

perkara yang orang tak biasa orang dengar kat sini ialah kalau nak beli senjata api di pasaran gelap. senjata api, macamana nak dapat dan proses jual beli tu, aku sendiri pun tak tau, tapi memang aku kenal salah seorang yang pernah beli pistol automatik kat sini. pistol tu tak pernah tembak orang pun dan di buang kerana takut terkena tindakan pihak berkuasa akta senjata api. (cerita sepuluh tahun yang lepas hahaha...)


Masa aku sekolah dulu, ramai member-member yang selalu pergi golok. balik dari sana diorang cerita kat dalam area kampung sana boleh tengok orang usung berbata-bata ganja mampat malam-malam buta untuk di seludup. bukan itu aje, kalau nak upah hitman pun boleh dapat. pendek kata, it is not safe to be there at night. kalau diorang tipu, korang pun turut sama kena tipu hahaha..

(selingan)
Ko Buat apa kat situ? beli beras? 
Eric: hahaha takde keje aku nak usung guni beras naik bot. 
abis tu beli Mercun? 
Eric: tu lagi takde faedah, bakar duit je. 
haaa, ko beli pistol ek? 
Eric: Hoi! muka aku ni ada rupa perompak ke? 
kalau ko tak shave memang nampak macam muka orang jahat pun hahaha.. 
Eric: Hampeh!

Sebenarnya beberapa orang daripada family nak pergi kesana, sejak sebelum raya lagi. aku lak bila dengar ada banyak makanan mula la gatal nak ikut. walaupun tak fully recover dari demam dan masih batuk-batuk, aku pun ikut sekali. dengarnye kejap je, pergi lepas breakfast, pukul 10 balik la, so aku pun on je la.. 


kami pergi dengan dua kereta ke sana. Keluar aje dari kereta nampaklah sungai yang cuma 30 hingga 40 meter lebar, banyak bot sedang menyeberangi sungai golok kesana kemari, kelihatan arus air agak deras. tetapi tuan punye bot tidak menyediakan safety jacket. kalau terjatuh dalam air dan tak tau berenang, silap-silap boleh hanyut ke muara dan kena ngap dek buaya. menyeberangi sungai golok adalah memasuki sempadan siam secara haram, tak payah pakai passport tak payah pakai border pass. 


Ni bot kecik, kat atas tu la pasar Mundok (siam)

Ada lak sorang tu tanya, "berani ke naik bot?" 
alah.. setakat naik bot tak sampai seminit apa la sangat, aku pergi mancing dalam bot kat laut 12jam dengan ombak pun relax je. kalau sungai lebar camtu berenang kejap je sampai la tebing. cuma takut ada sang bedal je la. tapi rasanya sang bedal pun tak berani lepak-lepak dalam air kat laluan bot silap hari bulan habis bercalar atau berbirat kulit belakang terkena bilah kipas bot.


Parking full seberang sana (kelantan)


Tambang untuk setiap seorang untuk menyeberangi sungai adalah seringgit. rasanya setiap one way trip paling kurang 15 orang naik. bot yang kami naik besar sikit, 30 orang pun boleh muat. Hoh! kaya la tauke bot. lagi-lagi kalau hari jumaat dan sabtu. kalau hari jumaat atau sabtu nak masuk parking tak muat, nak berjalan kat pasar pun bersesak-sesak.


Dengan cuaca yang panas, dan barang-barang yang tak berapa menarik perhatian, orang bersesak-sesak, jalan yang becak, mula la aku naik rimas. benda yang nampak interesting cuma design T-shirt, but bad news, size paling besar adalah size L je, dengan ketinggian aku kalau pakai T-shirt size L nampak macam pakai baju tak cukup inci. aku tak beli apa-apa kecuali madu lebah asli je yang banyak dijual around the area. tengok tentera siam pegang rifle buat aku rasa insecure, unless kalau aku sendiri yang pegang M16 tu hehehe..


Macam aku cerita tadi katanya nak balik pukul 10, tapi pukul 11 semua tengah rancak tawar menawar harga. sambil termenung luar kedai aku ternampak tong sodium cyanide yang terpakai diguna untuk meletakkan beberapa jenis barang. nasib baik bukan makanan, walau macamana pun sodium cyanide is a highly toxic colorless salt. kalau kita ambik barang dalam tu dan terkena tangan, kalau lepas tu makan tak basuh tangan tak ke haru jadinya.


Makanan-makanan yang dijual kat situ macam biasa je, tak nampak lak somtam, jadi aku cuma minum teh o ais limau.   dengan keadaan yang masih tak sihat dan cuaca makin panas, aku dah hilang mood, mau je blah naik bot tunggu bawah pokok seberang sana. pukul 12 baru nak settle. orang lain pegang barang kiri kanan, aku pun bawa kiri kanan gak, tapi yang aku beli cuma madu lebah asli sebotol je. see, I am not a 'barang murah' shopaholic.


rasanya nak pergi lagi ke next year? ntah, kalau ada informer pegi dulu, bagitau ada baju saiz panjang ok gak, kalau tak kirim salam ajelah, baik aku gi tengok kat pengkalan kubur. situ banyak makanan hehehe...




Friday, September 16, 2011

Gambar Bukti Beraya Sakan







Gambar-gambar berikut adalah bukti bagi mereka-mereka yang beraya sakan kadang-kadang sampai ter'over'. Jika ada yang terasa ianya hanya kebetulan sahaja. 


Main mercun mengalahkan chinese new year
"Lima budak hitam, main mercun ketupat, sorang masuk
hospital, dah tinggal lah empat"
Membuat persediaan menguruskan badan supaya nampak bergetah bila beraya di kampung. macam-macam di cuba termasuk pakai bengkung. nak slim cemana bila berbuka asyik nak berbuka buffet je!
"pakai ice pack ni jadi ke? boleh slim pakai kebaya ke?"
Asal jumpa kain design cantik nak hantar tailor.. asal ada kain cantik nak hantar tailor.. haishhh!
"Akak sorang aje tempah baju dengan saya sampai lima pasang!
Apsal tak bawak selori je kak? Boleh saya terus buka kilang"
Tak cukup dengan baju tempah kat tailor, T-shirt biasa pun beli baru
"Ni T-shirt ke pembalut nangka? Ke aku 
yang makin bergedempol?"
Tak cukup dengan baju kemeja siap dengan neck tie pun nak beli, ni nak beraya ke nak pergi kerja?
"Hoh, baru pakai tie dah ensem, 
ni belum pakai blazer lagi"

Kalau pakai tudung nak yang beli yang bling-bling, kalau tak pakai tudung?
"tak pakai tudung kita tiru 
 Kate Middleton! lagi bling-bling "
Kasut pun tak mau kalah dengan orang lain.
"nak tinggal kasut kat luar ke ni?minah tu dari 
tadi dok tenung kasut bling-bling ni"
Sebelum bulan puasa lagi dah check katalog barangan perabot, tak nak kalah dengan jiran sebelah mahupun dengan ketua kampung
"tak boleh jadi nih bini ketua kampung beli sofa IKEA, 
kena cari sofa import nih"
Bukan setakat perabot baru barang elektrik pun nak beli baru boleh tayang TV baru bila orang datang beraya.
"konfius, konfius, aku order Plasma TV ke mesin basuh?"
Duit habiskan untuk beli perabot baru, TV baru, pakaian raya berpasang-pasang hingga terlupa tentang biskut raya dan hidangan raya, bila nak tempah semua caterer dah reject!
"aii tuan rumah, kerusi baru, meja baru, biskut
sekeping pun takde ke?"
Bila time nak susun perabot, diri sendiri naik pening.
"Mentang-mentanglah aku ni itam, dengan bantal
pun dah tak tahu beza, Haishh!"
Punyelah banyak pakaian dan barang persiapan raya, sampai tak muat nak masuk dalam beg!
"huk aloh! beg penuh doh, charger I pad, 
kasut dok masuk lagi!"
Awal-awal lagi dah menunggu beli tiket balik raya, dan menjadi orang pertama menunggu transport kerana dah tak sabar nak balik beraya!
"Mana pilot ni? Aku hijack kapal terbang ni baru tau"

Bila tiket tambahan pun dah abis, apa saja korang sanggup buat asal dapat balik kampung! Tumpang member, naik bas lompat, naik lorry (sanggup ke?)
"Eagle one, errr I think there's a bogey right behind your cockpit"
Bila hari raya, pakat-pakat amik gambar raya, dua tiga hari lepas tu upload dalam FB bukan sekeping dua, puluh-puluh, ratus pun ada!
"control cun, nanti upload gambar 
dalam facebook"

baju yang dah siap pun nak alter lagi, nak tambah labuci, manik dan benda-benda bersinar yang sewaktu denganya, nak bagi orang berpinau mata apa?!
"raya esok sapa tak pakai sunglass confem kena 
sakit mata miahahaha zzzz.."
Bila hari raya, beraya umah saudara mara korang men'cekik' rendang dan ketupat, perut terkejut, badan terkujat, tak pasal-pasal kena makan ubat!
"sakit perut, sakit tekak, selsema, batuk, demam
apa pun tak boleh! uhuk uhuk!"
bila dah abis raya, semua dah pokai, orang nak datang beraya pun nak buat-buat macam tak ada dalam rumah!
"Alamak! kantoi! lupa tutup TV!"
Kwang, kwang, kwang.... selamat hari raya! 


ps: sebenarnya nak post raya ketiga, tapi raya ketiga aku demam hehehe nampaknya bab demam tu terkena kat diri sendiri!

Soalan Bocor SPM 2011



Skema jawapan Yang di bocorkan:



5)
Cukai 6% x RM10.00        = RM0.60
10 x RM0.60                        = RM6.00

Pengguna:     ¼ x 28,000,000rakyat      = 7,000,000 rakyat
Jumlah cukai                  = 7,000,000 x RM6.00
                                    = RM42, 000,000


6)
   Seorang pengguna -       1 minggu              = RM10.00
                                     1 tahun                 = 52 minggu        = RM520
3 tahun                 = 156 minggu     = RM1, 560
Untuk seminggu    Cukai 6% x RM10.00        = RM0.60
Untuk 3 tahun      Cukai 6% x RM1, 560       = RM93.60 per person 
                                                               (mustahil boleh beli berlian)
Tapi jika 7,000,000 pengguna seperti itu
Jumlah cukai      = 7,000,000 x RM93.60
                    = RM655, 200,000 (tidak mustahil jika nilainya begini)
 Kalau harga sebentuk cincin berlian RM24, 000,000;
 Jumlah bentuk cincin berlian yang boleh dibeli dlm masa 3 tahun ialah   
 = 655, 200,000/24, 000,000
 = 27.3
 = 27 Bentuk Cincin Berlian! WOW!!                                                                                                                   
                                                                                                                                                                               

Thursday, September 15, 2011

Anak-Anak Buah Di Hari Raya

Hari raya, inilah masanya semua berkumpul adik beradik dan anak-anak buah berjumpa sepupu masing-masing. sampai ada yang dah tak kenal uncle sendiri yang dah lama tak balik kampung. nak dukung pun menangis macam nampak hantu. tapi bila bawa keluar kamera semua terus automatik posing. 
Shakir, always called his uncle nickname as 'Miming'
Mia, lari dari skype video conferencing kerana takut
Baihaqi, kalau bab posing memang suka, kakak
kat belakang malu-malu, kalau uncle dukung

dia pegang janggut
Akmal, yang kecik paling kiri (pakai kopiah)
tak kenal uncle sendiri
Shakir with his ayah n mama, rupanya dia nak buat posing
ultraman fire, peminat ultraman just like his uncle masa kecik.
this fire pose maybe





Wednesday, September 14, 2011

Jalan Jalan Di Dubai

Sebenarnya dah lama aku plan nak melawat Dubai, tapi di tangguhkan dulu sehingga dah settle hal haji. tetapi minggu lepas semasa nak kembali ke saudi, oleh kerana terpaksa menunggu waktu transit selama sepuluh jam, jadi ni lah kesempatan untuk jalan-jalan makan angin sementara menunggu flight ke Dammam. 

Pada pukul 5 petang (waktu dubai GMT+4) ketika turun dari pesawat MAS, sambil berjalan menuju ke arah kaunter imigresen, ternampak bangunan Burj Al-khalifa, salah satu mercu tanda negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) selain dari Hotel 7 bintang Burj Al-arab. oleh kerana hand luggage yang agak banyak (beg DSLR, backpack notebook dan satu bag hand luggage) terpaksalah simpan hand luggage bag di tempat perkhidmatan menyimpan barang, tentu sekali tidak berani untuk simpan bag DSLR dan notebook, kalau hilang tu mau meraung bergegar satu airport Dubai! Oh!

Walaupun backpack mini notebook tu ringan, barangan sampingan yang telah disumbat bak 'tauhu sumbat' telah menjadikan aku terasa seperti membawa sekampit beg simen konkrit! ditambah lagi dengan keletihan menaiki penerbangan selama hampir 7 jam. selepas solat zohor dan asar, tiba-tiba azan maghrib berkumandang, maka direct ajelah solat jamak. aku mengeluarkan duit seribu dirham dari HSBC* ATM machine, aku agak-agak cukup kot untuk tambang teksi makan dan lain-lain, sebab selalu dengar orang kata harga kat dubai ni mahal-mahal belaka. Tengok balance ada 60ribu dirham! biar betik! rasanya sebelum balik dah keluarkan semua balance tinggal sikit-sikit ribu je. (sebenarnya inilah taktik bank nak bagi korang berhutang)

kagum gak tengok sampai 10bahasa boleh pakai kat atm machine, termasuk bahasa malaysia. Maybe ramai orang malaysia yang tinggal dan bekerja disini, rata-rata tengok yang ladies memakai tudung sepesen macam kat Jalan TAR, Ariani, tudung bling-bling, tudung bawal dan tudung segala macam jenis ikan (sorry aku buta tudung, tudung JAWS ade tak?). yang arab lak pakai selendang dengan sengaja menampakkan jambul rambut blonde mereka. UAE ni liberal sket, nak pakai mini skirt pun no problem! pak arab kat sini pun lain, kebanyakannya melilit kepala dengan serban, jarang-jarang yang memakai igal (strap getah hitam). ni based on apa yang aku nampak di area airport dan Dubai Mall hari tu. 


Nak naik teksi takut mahal, jadi ubah fikiran naik dubai metro (LRT lah). tambang pergi balik dari stesen terminal 1 airport ke stesen dubai mall cuma DHM 7. jauh tu.. termasuk dengan tambang bas sekali pakai pass macam touch n go card. bila train sampai semua tempat duduk dah penuh, pak arab yang duduk sefamily menyuruh dua orang anaknya yang berumur kurang dari 7 tahun bangun dan mempelawa kami duduk, my wife duduk tapi aku still berdiri.
"have a seat" kata pak arab tu
"its OK, thank you" jawabku sambil memberi senyuman, lalu salah seorang anaknya  kembali duduk di tempat tadi.


my first Impression, orang arab sini pandai menjaga image mereka sebagai arab yang lebih bertamadun, jauh bezanya dengan saudi. patutlah kalau diorang nak masuk saudi, kerajaan mereka memberi amaran berhati-hati di negara saudi terutama sekali masa driving. Apabila melihat pemandangan diluar terasa macam tengah naik LRT di KL, not much difference, kebanyakan orang menjaga tatasusila masing-masing termasuk warga asing. 


apabila tiba dan keluar dari stesen Dubai Mall, mata terpaku kat mercu tanda di depan mata, burj al-khalifa (burj tu tower dalam bahasa arab). apalagi ni la peluang nak bergambar! say cheese! click!
Burj Al-Khalifa
puas bergambar, kami naik bas ke dubai mall. perut dah mula berbunyi, first place di tuju, food court. Oleh kerana letih dan dah malas nak fikir nak makan apa, aku beli je burger king meal untuk 2 orang, cuma 34dirham. lebih kurang harga macam kat malaysia dengan saudi je la rupanya. selepas makan bergambar pulak kat Dubai Aquarium and Underwater zoo. 
Gemok semacam je jaws ni
banyak betui jerung dalam ni
jerung mesra alam sket, manta ray dok berenang
kat permukaan di atas sinun


puas bergambar kat aquarium, bergambar lak kat dataran dubai fountain, cuma fountain show takde malam tu. suasana kat dataran dubai tu lebih kurang je macam dataran KLCC cuma the size is a bit smaller. Tak terasa macam berada di middle east pun, rasa macam berada di KL pun ada. Tengah-tengah memerhati pemandangan, terpandang awek arab berpakaian seksi kemain lagi baekkk punya posing depan tower. kalau orang yang dok saudi setahun tak balik boleh jiwa kacau tengok minah tu posing. tapi aku tak terpikir lak nak snap the picture dia posing masa tu. alaa...

lepas selesai melepaskan penat di tangga jambatan depan tower kami pun pulang ke airport. Total cost for that day termasuk dinner, dubai metro dan luggage service tak sampai pun 100dirham! ni lagi 900 nak buat apa? simpan je la eric, lain kali datang lagi!


PS: maybe next time take picture siang hari lak. 

*HSBC: Hong Kong Shanghai Banking Corp. juga dikenali SABB (Saudi Arabia British Bank) ni je la satu-satunya akaun bank aku kat saudi. arab semua nak letak nama saudi kat bank, logo sama je. tengok ni  





Delighting you always

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages