nuffnang

nuffnang LR

Wednesday, September 21, 2011

Episode 47: First Blood







Huik, tajuk lain macam je bunyi lebih kurang macam cerita Rambo first episode je. sedar tak sedar dah hampir dua minggu eric kembali ke wilayah timur saudi. walau baru dua minggu terasa seperti dah dua bulan lamanya. Blackberry package pun dah dimatikan nak online balik BBM kena tunggu lah lagi setahun.

Ketibaan di saudi di waktu subuh tak terasa pun kepanasan mentari pagi, cuaca pun tak macam cuaca sebelum balik raya hari tu. Tempoh 3 minggu pulang berpuasa dan beraya di kampung ibarat melarikan diri daripada peak heat season. Bila dah sampai balik semua orang yang tak balik cakap the temperature is already going down.

Sejak bekerja semula ni rata-rata ahli qariah masjid kat office tanya 
"I have not seen you for quite a while, out for vacation?"
"Yes, I went back to Malaysia."
"How was it and how was everybody there?"
"it was great, and everybody was fine."

Soalan yang setiap orang tanya memang sebijik, dan eric pun tak payah fikir panjang just answer with the same old answer. Agaknya memang kebiasaan setiap foreigners yang bekerja disini balik setahun sekali, dan bila balik ke sini semula memang tu lah soalan lazimnya. 

Tahun lepas, selepas balik dari beraya, eric tak dapat pun completekan puasa enam dalam bulan syawal. Bukan apa, masa tu masih bekerja di site yang panas terik, dah la tu kena lak jalan kaki outdoor keliling plant few times a day, memang tak terdaya nak menahan dahaga. Memang cuba puasa, tapi weekend ajelah, seingat eric tahun lepas cuma sempat puasa dua hari je. Tahun ni, alhamdulillah, sejak tukar tempat, dan kerja yang tak payah masuk site ni, bolehlah mengerjakan ibadat puasa enam. Diam tak diam, semalam adalah hari ke enam berpuasa sunat, siap puasa straight back to back lagi. Jadi hari ni dah boleh beraya! YeeHaa!

Walaupun cuaca yang biasa-biasa saja, tapi ditambah dengan aircond yang tengah sejuk melampau, tambah lak lagi dengan sedang berpuasa, jari jemari terasa macam nak beku dibuatnya. Kalau kat rumah sebelum balik hari tu pasang semua aircond full blast, kali ni suhu di naikkan sikit, blower pun bagi slow skit. Kalau aircond full blast tengok tv malam-malam pun pakai selimut hahaha..

Dua hari pertama rasa ok je, hari ketiga dah mula nampak tompokan kecil darah bila membersihkan hidung, dan pagi ni setompok terus, all blood. Rasanya debu-debu di sini yang menyebabkan pendarahan dalam hidung, cuti kat malaysia 3 minggu setitik darah pun tak keluar. Sejerebu-jerebu Malaysia, masih ok lagi jika dibandingkan dengan sini. 


Kalau mengikut kajian saintifik (cewah! haha) suhu padang pasir yang panas tetapi kering berikutan kekurangan kelembapan didalam udara menyebabkan sel tisu membran didalam hidung menjadi kering. Perkara ini sering terjadi di tanah yang gersang. (lain macam je ayat) Jika keadaan ini berterusan sel tisu didalam hidung mula mengalami pendarahan dan lebih mudah berlaku kepada mereka yang mempunyai sel tisu sinus yang sensitif. Mukus yang dihasilkan juga memerangkap debu dengan banyak terutama di padang pasir dan berubah menjadi warna yang agak gelap. Jika bercampur dengan titisan darah kering ia bertukar menjadi kehitaman. 


Tapi bagi eric setiap pagi, hidungnya mengeluarkan a drop of the fresh light red blood. yang bermakna, keadaan persekitaran yang mula berubah menjadi semakin kering. Hanya berlaku berlaku kepada eric di saudi sahaja, biasanya berlaku dua atau tiga hari sekali. Di Malaysia OK je, paling2 teruk kat Malaysia pun cuma 3-5 bulan sekali, dan cuma berlaku  apabila keadaan persekitaran yang terlalu panas dan kering.


PS: memandai je aku jadi Dr Eric hari ni. mukus yang gelap tu paham-paham sendiri la ye apa bendanya tu. sudah gaharu cendana pula...
PS2: was I meant to be here? Jubail? absolutely not! Yanbu and jeddah? maybe.. Makkah? absolutely yesss! 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages