nuffnang

nuffnang LR

Wednesday, September 14, 2011

Jalan Jalan Di Dubai

Sebenarnya dah lama aku plan nak melawat Dubai, tapi di tangguhkan dulu sehingga dah settle hal haji. tetapi minggu lepas semasa nak kembali ke saudi, oleh kerana terpaksa menunggu waktu transit selama sepuluh jam, jadi ni lah kesempatan untuk jalan-jalan makan angin sementara menunggu flight ke Dammam. 

Pada pukul 5 petang (waktu dubai GMT+4) ketika turun dari pesawat MAS, sambil berjalan menuju ke arah kaunter imigresen, ternampak bangunan Burj Al-khalifa, salah satu mercu tanda negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) selain dari Hotel 7 bintang Burj Al-arab. oleh kerana hand luggage yang agak banyak (beg DSLR, backpack notebook dan satu bag hand luggage) terpaksalah simpan hand luggage bag di tempat perkhidmatan menyimpan barang, tentu sekali tidak berani untuk simpan bag DSLR dan notebook, kalau hilang tu mau meraung bergegar satu airport Dubai! Oh!

Walaupun backpack mini notebook tu ringan, barangan sampingan yang telah disumbat bak 'tauhu sumbat' telah menjadikan aku terasa seperti membawa sekampit beg simen konkrit! ditambah lagi dengan keletihan menaiki penerbangan selama hampir 7 jam. selepas solat zohor dan asar, tiba-tiba azan maghrib berkumandang, maka direct ajelah solat jamak. aku mengeluarkan duit seribu dirham dari HSBC* ATM machine, aku agak-agak cukup kot untuk tambang teksi makan dan lain-lain, sebab selalu dengar orang kata harga kat dubai ni mahal-mahal belaka. Tengok balance ada 60ribu dirham! biar betik! rasanya sebelum balik dah keluarkan semua balance tinggal sikit-sikit ribu je. (sebenarnya inilah taktik bank nak bagi korang berhutang)

kagum gak tengok sampai 10bahasa boleh pakai kat atm machine, termasuk bahasa malaysia. Maybe ramai orang malaysia yang tinggal dan bekerja disini, rata-rata tengok yang ladies memakai tudung sepesen macam kat Jalan TAR, Ariani, tudung bling-bling, tudung bawal dan tudung segala macam jenis ikan (sorry aku buta tudung, tudung JAWS ade tak?). yang arab lak pakai selendang dengan sengaja menampakkan jambul rambut blonde mereka. UAE ni liberal sket, nak pakai mini skirt pun no problem! pak arab kat sini pun lain, kebanyakannya melilit kepala dengan serban, jarang-jarang yang memakai igal (strap getah hitam). ni based on apa yang aku nampak di area airport dan Dubai Mall hari tu. 


Nak naik teksi takut mahal, jadi ubah fikiran naik dubai metro (LRT lah). tambang pergi balik dari stesen terminal 1 airport ke stesen dubai mall cuma DHM 7. jauh tu.. termasuk dengan tambang bas sekali pakai pass macam touch n go card. bila train sampai semua tempat duduk dah penuh, pak arab yang duduk sefamily menyuruh dua orang anaknya yang berumur kurang dari 7 tahun bangun dan mempelawa kami duduk, my wife duduk tapi aku still berdiri.
"have a seat" kata pak arab tu
"its OK, thank you" jawabku sambil memberi senyuman, lalu salah seorang anaknya  kembali duduk di tempat tadi.


my first Impression, orang arab sini pandai menjaga image mereka sebagai arab yang lebih bertamadun, jauh bezanya dengan saudi. patutlah kalau diorang nak masuk saudi, kerajaan mereka memberi amaran berhati-hati di negara saudi terutama sekali masa driving. Apabila melihat pemandangan diluar terasa macam tengah naik LRT di KL, not much difference, kebanyakan orang menjaga tatasusila masing-masing termasuk warga asing. 


apabila tiba dan keluar dari stesen Dubai Mall, mata terpaku kat mercu tanda di depan mata, burj al-khalifa (burj tu tower dalam bahasa arab). apalagi ni la peluang nak bergambar! say cheese! click!
Burj Al-Khalifa
puas bergambar, kami naik bas ke dubai mall. perut dah mula berbunyi, first place di tuju, food court. Oleh kerana letih dan dah malas nak fikir nak makan apa, aku beli je burger king meal untuk 2 orang, cuma 34dirham. lebih kurang harga macam kat malaysia dengan saudi je la rupanya. selepas makan bergambar pulak kat Dubai Aquarium and Underwater zoo. 
Gemok semacam je jaws ni
banyak betui jerung dalam ni
jerung mesra alam sket, manta ray dok berenang
kat permukaan di atas sinun


puas bergambar kat aquarium, bergambar lak kat dataran dubai fountain, cuma fountain show takde malam tu. suasana kat dataran dubai tu lebih kurang je macam dataran KLCC cuma the size is a bit smaller. Tak terasa macam berada di middle east pun, rasa macam berada di KL pun ada. Tengah-tengah memerhati pemandangan, terpandang awek arab berpakaian seksi kemain lagi baekkk punya posing depan tower. kalau orang yang dok saudi setahun tak balik boleh jiwa kacau tengok minah tu posing. tapi aku tak terpikir lak nak snap the picture dia posing masa tu. alaa...

lepas selesai melepaskan penat di tangga jambatan depan tower kami pun pulang ke airport. Total cost for that day termasuk dinner, dubai metro dan luggage service tak sampai pun 100dirham! ni lagi 900 nak buat apa? simpan je la eric, lain kali datang lagi!


PS: maybe next time take picture siang hari lak. 

*HSBC: Hong Kong Shanghai Banking Corp. juga dikenali SABB (Saudi Arabia British Bank) ni je la satu-satunya akaun bank aku kat saudi. arab semua nak letak nama saudi kat bank, logo sama je. tengok ni  





Delighting you always

1 comment:

  1. In the empty immensity of earth, sky, and water, there she was, incomprehensible, firing into a continent.Flights to Windhoek

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages