nuffnang

nuffnang LR

Tuesday, September 13, 2011

Bercuti di KL

ok this time summary activity semasa kat KL. selepas hari ketiga berehat di kota bharu hari keempat lepas sahur, terus aje drive ke Kuala lumpur. Dari kuala krai my wife the co-pilot dah tidur, tapi maklumlah bulan puasa, mana ada berhenti makan,  memang drive non-stop, nak kata laju tu takde la, tapi total time dari kota bharu ke kuala lumpur memakan masa cuma 5jam setengah. 


Record masa terpantas (ceh macam racer F1, F1? tak dapat beb, orang gile je berani drive 200kmj kat Malaysia atas jalan biasa), rasanya aku drive ikut speed limit, secara average maybe 95 atau lebih bila memotong. dalam perjalanan selepas area Bukit Tujuh, ada beberapa driver dari arah bertentangan flash beam, so that mean ada polis tengah buat ops sikap speed trap.  beberapa kilometer dari kawasan bukit tujuh memang betul ada polis tengah pakai kamera speed trap. tempat diorang duduk menunggu memang tak berapa nampak kalau tengah speeding turun bukit. (sengaja je buat area orang turun bukit)

sebelum tengahari dah sampai tol gombak, co-pilot tersedar, 
"eh dah sampai sini? berapa laju drive?" tanya makcik co-pilot terkebil-kebil.
tapi aku rasa maybe traffic tak berapa sesak atau the road is getting better kot. hopefully, mintak simpanglah dari kena saman time ops sikap. paling kurang discount pun dah RM200. macam aku kena last few years (saman ekor) Apabila tiba di area Serdang, kami cuba check-in di Palace of Golden Horses (PGH) yang dah booking sebulan lebih awal, tapi rupanya booking unconfirmed, the following night baru bleh check in situ. hampeh!

activity utama di KL, tukar duit saudi (higher exchange rate). kemudian deposit cash kat bank dan terus tukar duit raya untuk anak-anak buah. Sempat Lagi tempah baju melayu raya (siap 24jam), survey 'senjata' baru, beli software, and few gadget kat lowyatt dan sungei wang plaza. punye la lama survey barang hingga time nak berbuka pun belum habis survey lagi. 
Sehari survey Encik Canon EOS


Hari tu menu berbuka lain sikit, aku order ramen! memang teringin lama dah nak makan ramen, nasib baik ada gak ramen halal. (asyik terliur je bila tengok ramen dalam cerita jepun). supper lak belasah nasi lemak Mali's corner. one of the best nasi lemak in KL. cadangannya nak sahur dengan satay kajang tapi tertido lepas makan nasi lemak tengah malam. itu le satu-satunya hari yang tak bersahur sepanjang 29hari puasa tahun ni. (rekod baru lagi, biasanya dalam sebulan tak sampai 10 hari pun bersahur)

ketika kat low yatt
"tambah lagi seratus sepuluh ringgit i bagi u satu device, ini boleh detect speed trap ma!" kata sorang leng cai kat low yatt
"ala seratus sudah la"
"mmm.. ok.. seratus"
memang tak sia-sia bayar seratus, bila test device kat KL terus dapat tau kat mana ada redlight camera, memang device yang berguna ketika ops sikap yang ntah hapa-hapa tu.


selain dari tempat gadget tu sempat la singgah Sogo dan Jalan TAR. Singgah sogo, takde brand yang menarik jadi aku tak beli apa-apa. pegi jalan TAR aku tak masuk pun because I hate Jalan TAR very much, hate the crowd, hate the jam, hate the smell, hate the noise, pendek kata memang tak sukalah! hapa mende la co-pilot minat sangat nak beli kat situ.


Hari ketiga kat KL lepas check-out from PGH, pergi pick up baju melayu yang dah siap di jahit. aku rasa macam dah banyak baju melayu yang di tempah untuk raya-raya tahun-tahun lepas, size pun lebih kurang je. cakap je apa kaler baju melayu, semua cukup lengkap, putih, hijau, biru, maroon silver, purple, Orange pun ade! hitam, kuning dengan merah je takde. ni le orang kita, suka sangat buat tema, kawen pun nak warna tema, raya pun nak warna tema. nak sedondon lah, itulah, inilah, huh! tahun depan kalau malas nak ikut tema aku pakai jubah je siap dengan serban sekali, apa-apa warna tema pun tetap masuk with my white jubah hehehe.. (kalau buat jubah kaler merah memang tak sesuai sangat la kan?)


Sebelum bertolak balik petang hari terakhir, sempat juga beli satay kajang haji Samuri. kalau tak beli kang kempunan lak bila balik saudi. biasanya kalau makan kat sini maximum boleh makan, abis kuat pun cuma sepuluh batang. geram punye pasal beli 30batang kononnya kalau lebih nak buat sahur, tapi masa berbuka kat stesen petronas raub 30 batang licin, dan rasanya aku makan lebih dari 15batang satay! ni memang kes balas dendam secukup rasa!


on the way balik walau dah malam, banyak juga speedtrap yang dapat di detect. jadi terpaksalah bawak slow-slow. dan sah-sahlah polis yang buat operasi tu tak buat solat terawih (maghrib dengan isya' cemana?). aku yang penat driving pun sempat gak buat solat terawih kat stesen shell gua musang. di kuala krai speed trap device buat beeping warning diikuti perkataan 
"warning! police ambush area!" berulang kali dan memang betul ada roadblock oleh pihak polis dan polis check kereta satu persatu.
Bila tiba turn kereta aku, tak ingat lak nak tekan off button. aku buka side window
"assalamualaikum" bagi salam kat polis 
"wa'alaikummussalam" jawab polis sambil menyuluh seat belakang
"ok jalan" kata polis lagi
ngam-ngam je aku tutup side window bunyi lagi
"warning! police ambush area!" 
fuh! selamat beb, memang kecut gak kalau polis dengar bunyi device tu. 


Dari Kuala Krai ke Kota Bharu pun detect banyak speedtrap terutama sekali kat atas jejantas. bila device bagi warning, aku cuba intai atas jejantas, memang ada kelibat orang sedang menunggu kereta yang dipandu laju yang melalui bawah jejantas tersebut. ada area yang aku terpaksa brek bila terlebih laju dari biasa, yang selebihnya kira tawakkal sajalah. my wife kat sebelah.. tak abis-abis membuta hingga ke kota bharu. ish.. ish.. ish..


PS: pakaian merah atau hitam biasa dipakai rasulullah ketika berperang tetapi pakaian bewarna putih ialah kegemaran rasulullah yamg melambangkan suci dan bersih.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages