nuffnang

nuffnang LR

Sunday, September 18, 2011

Menyeberangi Sungai Golok

Sungai Golok, inilah sungai yang merupakan sempadan antara Malaysia dengan Thailand. Sepanjang hayat memang aku tak pernah menyeberangi sungai Golok, walaupun hometown aku cuma di Kota Bharu. Kalau nak pergi dekat-dekat sempadan pun, tempat yang biasa aku pergi ialah pengkalan kubur dan rantau panjang. 

Apa yang best sangat kat sana? Entah, aku pun tak tau apa sebab ramai sangat yang excited untuk kesana. Dulu-dulu selalu dengar orang kesana sebab nak kahwin lari atau 'buka cawangan' secara sembunyi-sembunyi, sekarang pun sama gak kot. yang paling famous beli beras murah, beli mercun murah, apa-apa aje barang murah. dan siapa yang paling excited bila dengar barangan murah? cuba check sendiri time sale season kat mana-mana Mall dan pasaraya bila musim sale dan korang sendiri tahu jawapannya. didalam satu isi rumah siapakah yang paling shopaholic? guys or gals? makciks or pakciks hahaha...

perkara yang orang tak biasa orang dengar kat sini ialah kalau nak beli senjata api di pasaran gelap. senjata api, macamana nak dapat dan proses jual beli tu, aku sendiri pun tak tau, tapi memang aku kenal salah seorang yang pernah beli pistol automatik kat sini. pistol tu tak pernah tembak orang pun dan di buang kerana takut terkena tindakan pihak berkuasa akta senjata api. (cerita sepuluh tahun yang lepas hahaha...)


Masa aku sekolah dulu, ramai member-member yang selalu pergi golok. balik dari sana diorang cerita kat dalam area kampung sana boleh tengok orang usung berbata-bata ganja mampat malam-malam buta untuk di seludup. bukan itu aje, kalau nak upah hitman pun boleh dapat. pendek kata, it is not safe to be there at night. kalau diorang tipu, korang pun turut sama kena tipu hahaha..

(selingan)
Ko Buat apa kat situ? beli beras? 
Eric: hahaha takde keje aku nak usung guni beras naik bot. 
abis tu beli Mercun? 
Eric: tu lagi takde faedah, bakar duit je. 
haaa, ko beli pistol ek? 
Eric: Hoi! muka aku ni ada rupa perompak ke? 
kalau ko tak shave memang nampak macam muka orang jahat pun hahaha.. 
Eric: Hampeh!

Sebenarnya beberapa orang daripada family nak pergi kesana, sejak sebelum raya lagi. aku lak bila dengar ada banyak makanan mula la gatal nak ikut. walaupun tak fully recover dari demam dan masih batuk-batuk, aku pun ikut sekali. dengarnye kejap je, pergi lepas breakfast, pukul 10 balik la, so aku pun on je la.. 


kami pergi dengan dua kereta ke sana. Keluar aje dari kereta nampaklah sungai yang cuma 30 hingga 40 meter lebar, banyak bot sedang menyeberangi sungai golok kesana kemari, kelihatan arus air agak deras. tetapi tuan punye bot tidak menyediakan safety jacket. kalau terjatuh dalam air dan tak tau berenang, silap-silap boleh hanyut ke muara dan kena ngap dek buaya. menyeberangi sungai golok adalah memasuki sempadan siam secara haram, tak payah pakai passport tak payah pakai border pass. 


Ni bot kecik, kat atas tu la pasar Mundok (siam)

Ada lak sorang tu tanya, "berani ke naik bot?" 
alah.. setakat naik bot tak sampai seminit apa la sangat, aku pergi mancing dalam bot kat laut 12jam dengan ombak pun relax je. kalau sungai lebar camtu berenang kejap je sampai la tebing. cuma takut ada sang bedal je la. tapi rasanya sang bedal pun tak berani lepak-lepak dalam air kat laluan bot silap hari bulan habis bercalar atau berbirat kulit belakang terkena bilah kipas bot.


Parking full seberang sana (kelantan)


Tambang untuk setiap seorang untuk menyeberangi sungai adalah seringgit. rasanya setiap one way trip paling kurang 15 orang naik. bot yang kami naik besar sikit, 30 orang pun boleh muat. Hoh! kaya la tauke bot. lagi-lagi kalau hari jumaat dan sabtu. kalau hari jumaat atau sabtu nak masuk parking tak muat, nak berjalan kat pasar pun bersesak-sesak.


Dengan cuaca yang panas, dan barang-barang yang tak berapa menarik perhatian, orang bersesak-sesak, jalan yang becak, mula la aku naik rimas. benda yang nampak interesting cuma design T-shirt, but bad news, size paling besar adalah size L je, dengan ketinggian aku kalau pakai T-shirt size L nampak macam pakai baju tak cukup inci. aku tak beli apa-apa kecuali madu lebah asli je yang banyak dijual around the area. tengok tentera siam pegang rifle buat aku rasa insecure, unless kalau aku sendiri yang pegang M16 tu hehehe..


Macam aku cerita tadi katanya nak balik pukul 10, tapi pukul 11 semua tengah rancak tawar menawar harga. sambil termenung luar kedai aku ternampak tong sodium cyanide yang terpakai diguna untuk meletakkan beberapa jenis barang. nasib baik bukan makanan, walau macamana pun sodium cyanide is a highly toxic colorless salt. kalau kita ambik barang dalam tu dan terkena tangan, kalau lepas tu makan tak basuh tangan tak ke haru jadinya.


Makanan-makanan yang dijual kat situ macam biasa je, tak nampak lak somtam, jadi aku cuma minum teh o ais limau.   dengan keadaan yang masih tak sihat dan cuaca makin panas, aku dah hilang mood, mau je blah naik bot tunggu bawah pokok seberang sana. pukul 12 baru nak settle. orang lain pegang barang kiri kanan, aku pun bawa kiri kanan gak, tapi yang aku beli cuma madu lebah asli sebotol je. see, I am not a 'barang murah' shopaholic.


rasanya nak pergi lagi ke next year? ntah, kalau ada informer pegi dulu, bagitau ada baju saiz panjang ok gak, kalau tak kirim salam ajelah, baik aku gi tengok kat pengkalan kubur. situ banyak makanan hehehe...




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages