nuffnang

nuffnang LR

Friday, September 16, 2011

Gambar Bukti Beraya Sakan







Gambar-gambar berikut adalah bukti bagi mereka-mereka yang beraya sakan kadang-kadang sampai ter'over'. Jika ada yang terasa ianya hanya kebetulan sahaja. 


Main mercun mengalahkan chinese new year
"Lima budak hitam, main mercun ketupat, sorang masuk
hospital, dah tinggal lah empat"
Membuat persediaan menguruskan badan supaya nampak bergetah bila beraya di kampung. macam-macam di cuba termasuk pakai bengkung. nak slim cemana bila berbuka asyik nak berbuka buffet je!
"pakai ice pack ni jadi ke? boleh slim pakai kebaya ke?"
Asal jumpa kain design cantik nak hantar tailor.. asal ada kain cantik nak hantar tailor.. haishhh!
"Akak sorang aje tempah baju dengan saya sampai lima pasang!
Apsal tak bawak selori je kak? Boleh saya terus buka kilang"
Tak cukup dengan baju tempah kat tailor, T-shirt biasa pun beli baru
"Ni T-shirt ke pembalut nangka? Ke aku 
yang makin bergedempol?"
Tak cukup dengan baju kemeja siap dengan neck tie pun nak beli, ni nak beraya ke nak pergi kerja?
"Hoh, baru pakai tie dah ensem, 
ni belum pakai blazer lagi"

Kalau pakai tudung nak yang beli yang bling-bling, kalau tak pakai tudung?
"tak pakai tudung kita tiru 
 Kate Middleton! lagi bling-bling "
Kasut pun tak mau kalah dengan orang lain.
"nak tinggal kasut kat luar ke ni?minah tu dari 
tadi dok tenung kasut bling-bling ni"
Sebelum bulan puasa lagi dah check katalog barangan perabot, tak nak kalah dengan jiran sebelah mahupun dengan ketua kampung
"tak boleh jadi nih bini ketua kampung beli sofa IKEA, 
kena cari sofa import nih"
Bukan setakat perabot baru barang elektrik pun nak beli baru boleh tayang TV baru bila orang datang beraya.
"konfius, konfius, aku order Plasma TV ke mesin basuh?"
Duit habiskan untuk beli perabot baru, TV baru, pakaian raya berpasang-pasang hingga terlupa tentang biskut raya dan hidangan raya, bila nak tempah semua caterer dah reject!
"aii tuan rumah, kerusi baru, meja baru, biskut
sekeping pun takde ke?"
Bila time nak susun perabot, diri sendiri naik pening.
"Mentang-mentanglah aku ni itam, dengan bantal
pun dah tak tahu beza, Haishh!"
Punyelah banyak pakaian dan barang persiapan raya, sampai tak muat nak masuk dalam beg!
"huk aloh! beg penuh doh, charger I pad, 
kasut dok masuk lagi!"
Awal-awal lagi dah menunggu beli tiket balik raya, dan menjadi orang pertama menunggu transport kerana dah tak sabar nak balik beraya!
"Mana pilot ni? Aku hijack kapal terbang ni baru tau"

Bila tiket tambahan pun dah abis, apa saja korang sanggup buat asal dapat balik kampung! Tumpang member, naik bas lompat, naik lorry (sanggup ke?)
"Eagle one, errr I think there's a bogey right behind your cockpit"
Bila hari raya, pakat-pakat amik gambar raya, dua tiga hari lepas tu upload dalam FB bukan sekeping dua, puluh-puluh, ratus pun ada!
"control cun, nanti upload gambar 
dalam facebook"

baju yang dah siap pun nak alter lagi, nak tambah labuci, manik dan benda-benda bersinar yang sewaktu denganya, nak bagi orang berpinau mata apa?!
"raya esok sapa tak pakai sunglass confem kena 
sakit mata miahahaha zzzz.."
Bila hari raya, beraya umah saudara mara korang men'cekik' rendang dan ketupat, perut terkejut, badan terkujat, tak pasal-pasal kena makan ubat!
"sakit perut, sakit tekak, selsema, batuk, demam
apa pun tak boleh! uhuk uhuk!"
bila dah abis raya, semua dah pokai, orang nak datang beraya pun nak buat-buat macam tak ada dalam rumah!
"Alamak! kantoi! lupa tutup TV!"
Kwang, kwang, kwang.... selamat hari raya! 


ps: sebenarnya nak post raya ketiga, tapi raya ketiga aku demam hehehe nampaknya bab demam tu terkena kat diri sendiri!

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages