nuffnang

nuffnang LR

Sunday, September 11, 2011

kejap je rasa vacation

dalam dua tiga blog yang lepas sempat lagi aku tulis blog walau menggunakan blackberry je. cuti 3 minggu terasa amat singkat sekali. pagi ni dah sampai balik ke jubail dari dubai. hari ni memang tak pergi kerja kerana memang aku apply cuti biasalah, kalau sampai awal pagi nak lepas kastam saudi, nak pick-up luggage lagi dah amik masa. nak siap-siap pergi kerja lagi memang kalut. kalau amik leave hari ni boleh la berehat kumpul energy takde la nak sibuk buat monthly report dengan keadaan yang tak berapa sihat sepenuhnya.

oh ya kenapa tak berapa sihat sepenuhnya? sebenarnya dalam minggu ketiga cuti time hari raya ketiga, aku mula rasa panas badan. raya keempat memang totally flat tak terbangun dengan suhu badan yang amat panas. ada orang cakap "tu la beraya sakan sangat kan dah demam?" ada ke orang beraya sampai demam? sebenarnya ramai yang demam selepas raya kedua. tak taula kenapa, kakak, adik, abang ipar, anak buah dan lain-lain turut demam. walaupun tengah demam, sempat juga pergi kenduri kahwin fakhrul tak jauh dari rumah kerana memang dah janji untuk menghadiri majlis persandingan kedua mempelai.

dikatakan pertukaran cuaca yang tidak menentu ketika hari raya, dengan cuaca yang agak panas dan hujan lebat mungkin mempengaruhi tahap kesihatan masin-masing kot, termasuklah aku ni yang dah lama tak kena demam. memang rasa rugi sangat lah seminggu daripada tiga minggu tu wasted kerana demam. masa tu lah nak settle everything, renew driving license, renew roadtax kereta, some family purposes, medical injection, cari barangan keperluan haji dan macam-macam hal lah. punyelah busy hingga hari sebelum berlepas kembali tu keluar pagi, petang baru selesai semua perkara.

nanti aku cerita kemudian tentang minggu pertama dan kedua percutian. minggu kedua tu biasalah kan, semua orang pun beraya. blog ni mungkin insya'allah merupakan pembukaan kepada final season sebelum aku pulang semula bekerja di tanah air atau memasuki region lain. dalam season inilah aku perlu capai first target iaitu menunaikan fardu haji. dan mungkin juga menceritakan proses bagaimana aku blah daripada saudi pada pertengahan tahun 2012. ramai dah blah beb, dan ramai lagi akan blah apabila contract tamat. aku bukan mengikut orang blah, tapi pada firasat ahlil nujum (aku sendiri) lebih baik meninggalkan negara ni sebelum akhir tahun 2012. kenapa? aku pun tak tau nak jawab, there was some sort of feeling that i should leave. wallahua'lam.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages