Sebelum Eric datang ke saudi memang mengaku memang habis malas tengok cerita melayu lagi-lagi kalau kat wayang, asal tengok wayang je wajib cerita hollywood. Tapi semenjak bekerja di saudi ni pun sama download cerita Hollywood (mana ada wayang kat saudi). hinggalah terbaca dalam facebook ramai orang mula meniru dialog-dialog cerita yang mereka tengok kat malaysia. contohnya "cer citer, cer citer" atau "kita bakor je, kita bakor.." sure korang tau ayat tu datang dari cerita 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' kan?
Pastu Keluar lak cerita 'KL gangster', bukan tu aje siap ada lakonan semula 'Jelatek gangster' dalam youtube. cerita KL gangster tu biasa je tapi dialog dalam cerita tu boleh melekat satu persatu dalam kepala. Bukan tu je siap budak-budak tiga tahun pun boleh tiru dialog paling senang ayat jai "memmey aaa". tu tiga tahun, budak sekolah rendah? applikasi dialog dalam cerita tu memang lagi dasat.
But seriously, memang aku bleh ingat satu-satu dialog KL gangster, tu la pasal terikut-ikut sampai tulis blog pun boleh masuk dialog KL gangster. even nama dalam komik yang aku post pun pakai nama character dalam KL gangster. ayat yang paling biasa ingat starting dari babak malek baru keluar penjara.
"bro"
"ajib"
(salam peluk)
"bro"
"ajib"
(salam peluk)
"amacam? cuti panjang? Best?"
"cuti sudah habis bro"
banyak lagi dialog lain, dah berpuluh blogger lain yang post dialog-dialog KL gangster so tak perlu la aku ulang. cuba search 'dialog kl gangster' sure berlambak keluar.
Sejak dari itu, every 2 new hollywood movie downloaded akan ada satu cerita melayu mencelah. Bila tengok cerita melayu kat tv di negara lain ni memang la rasa lain. Dulu kat malaysia satu hapa drama melayu ke cerekarama pun aku tak layan, bila ada kat saudi lagi la tambah aku TAK layan hahahaha.... aku cuma layan filem baru je. tapi dalam friends dalam facebook ada yang dok cerita pasal cerita 'nora elina' la, 'tentang dhia' la, ingatkan kat malaysia je rupa-rupanya komuniti perempuan kat sini pun layan thru online kat tonton.com.my kot.
cerita camni aku tak layan ok. cuma aku terkejut tengok status seorang member yang punye la macho tapi baca status facebook"tak sabar nak tunggu episode seterusnya tentang dhia" oh my.. memang fail! aku yang tak tengok citer tu macam boleh tau jalan cerita bila semua reply pasal cerita yang diorang tengok kat TV tu. then aku terjumpa komik dalam blog seperti kat bawah hahahaha....
nampaknya macam episode last. summary: mesti character laki tu jahat gile dalam citer tu. kan? |
Then last month keluar lak cerita 'Ombak Rindu'. ada lelaki yang letak kat status cakap 3kali mengalirkan air mata bila tengok ombak rindu. jadi 3 minggu lepas aku pun download tengok. salah satu babak dialog dalam citer tu (bukan babak sedih)
"tiap-tiap kali aku keluar kelaut, aku teringat kat kau, kau camana sekarang, dah kawen ke belum?"
"perlu ke aku jawab soalan tu mail"
"bukannya apa, aku boleh berhenti berharap"
""memang aku dah kahwin, tapi aku tetap kawan kau selamanya mail"
terus muka mail frust....
"bertuah sungguh suami kau tu kan?
ok thats it panjang lak... ni babak sebelum jam tangan jatuh dalam air dan mail terjun dalam air utk dapatkan balik jam tangan izzah.
Eric tengok dari awal sampai akhir cerita, eh, apsal tak mengalirkan air mata pun. Memang banyak babak sedih tapi takdela sampai mengalirkan air mata. maybe aku terpegun tengok Maya karin pakai tudung kot. Baru aku perasan awek yang lawa akan bertambah-tambah lawa bila pakai tudung. Bila Maya Karin pakai fuh! bila dia nak betul-betul pakai tudung macam artis lain? Yang tak pakai tudung lagi tu tak teringin ke nak pakai tudung? hehehe...
"tiap-tiap kali aku keluar kelaut, aku teringat kat kau, kau camana sekarang, dah kawen ke belum?"
"perlu ke aku jawab soalan tu mail"
"bukannya apa, aku boleh berhenti berharap"
""memang aku dah kahwin, tapi aku tetap kawan kau selamanya mail"
terus muka mail frust....
"bertuah sungguh suami kau tu kan?
ok thats it panjang lak... ni babak sebelum jam tangan jatuh dalam air dan mail terjun dalam air utk dapatkan balik jam tangan izzah.
Eric tengok dari awal sampai akhir cerita, eh, apsal tak mengalirkan air mata pun. Memang banyak babak sedih tapi takdela sampai mengalirkan air mata. maybe aku terpegun tengok Maya karin pakai tudung kot. Baru aku perasan awek yang lawa akan bertambah-tambah lawa bila pakai tudung. Bila Maya Karin pakai fuh! bila dia nak betul-betul pakai tudung macam artis lain? Yang tak pakai tudung lagi tu tak teringin ke nak pakai tudung? hehehe...
Eric: rugi mengalirkan air mata lelaki kerana filem, lagi baik mengalirkan air mata ketika berdoa kepada Allah, Insya'allah makbul doa tau!
source komik: klik ADB
bak kata ustaz azhar idrus..- bodo kalo takut or nanges bila tgk tv..demo tuh belakon..hahaha
ReplyDeleteif nanges mase solat taubat or tahajud br best...
Erm.. citer ombak rindu memang mampu buat saya menangis tersedu2.. nangis sampai x leh nak bercakap dah..hidung tersumbat..huhu..
ReplyDeletewalaupon itu cuma lakonan.. tp sedikit sebanyak citer tu memberi keinsafan kepada saya..
apa tidaknya.. watak heroin tu ..dijual dan dirogol tanpa rela.. tp dia x pernah sekalipon menyalahkan takdir dan x pernah pon putus asa/ putus harapan terhadap Pencipta.. Allah s.w.t..
Paling sedih dan paling membuatkan saya mengalirkan airmata.. dialog heroin tu.. "Allah.. lindungi saya.. Allah.. lindungi saya"..
SubhanAllah.. maha suci Allah.. hanya orang yang kuat imannya yang mampu mengingati Allah sentiasa..
Suka lirik dia yg nih...
"Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku"