nuffnang

nuffnang LR

Thursday, January 12, 2012

Smells Like Chocolate Spirit

Di Saudi pada musim sejuk hingga ke perubahan musim seterusnya, kelembapan atau humidity udara sekeliling bertukar kering. oleh kerana cuaca yang sejuk, permukaan kulit tidak mengeluarkan cecair (peluh). Bila musim sejuk bilangan mandi sehari pun berkurang (jangan tak mandi sudah). jadi permukaan kulit mulai menjadi kering kering dan kering. oh!



sesetengah orang mengalami kulit kering di beberapa bahagian badan. kalau bahagian badan masih ok lagi jika tak nampak ketara. tetapi alangkah malangnya jika terkena pada wajah. (Eric: aku pun kena keliling mata lak tu). untuk mengurangkan kekeringan kulit yang menyebabkan terasa pedih terpaksalah menggunakan moisturizer. Apa? moisturizer? bukan wanita je ke yang pakai moisturizer? paling koman pun pakailah glycerin cream, atau pun pakai vaseline moisturizer. 

model Neutrogena
Eric cuba pakai vaseline, bila di apply pada kulit keliling mata pedih ooo! Awas! jangan terkena bijik mata. Bila pakai liquid neutrogena moisturizer pun rasa pedih cam sama je. the smell... lebih kurang sama je dengan vaseline moisturizer, entah-entah neutrogena ni bubuh vaseline dalam botol nutrogena je kot? tak tahan dengan pedih memakai moisturizer eric letak status kat facebook nak tau apa solution terbaik untuk atasi problem ni. dan recommendation dari seorang member malaysia yang menetap di America pakai la 'Cocoa butter'. 
adeh malu malu
Cocoa butter, tu le first time eric dengar cocoa butter. Bila dah tak tahan sangat eric pun pergilah ke supermarket nak mencari bahan yang jika diterjemah ke BM menjadi mentega koko. agaknya ni petua orang amerika kot. Bahagian mana lagi kalau nak cari bahan macam ni, eric direct je mencari kat bahagian mentega. (serius aku tak tau OK!). Yang di jumpai cuma unsalted butter, salted butter, dan macam-macam jenis jenama, besar, kecik semua ada cuma yang takde cocoa butter! jadi terpaksa la pakai moisturizer yang dipakai sebelum ni.

Then terjumpa juga moisturizer yang di cari-cari. benda alah cocoa butter ni jumpa kat mana? rupa-rupanya cocoa butter di dijual di farmasi ye, bukan kat bahagian mentega kat dalam supermarket!
Ni la rupanya cocoa butter
ingatkan macam sebuku mentega
Oleh kerana jenama vaseline gak, Eric beli je botol yang kecik, takut jadi macam vaseline yang lagi satu. jadi sebelum tido eric pun apply lah cocoa butter lotion tu kat keliling mata. wah! tak pedih.. bila sapu keliling mata semerbak bau coklat macam hot chocolate cadbury. dah nama lagi cocoa butter.. koko tu memang la bahan utama untuk buat coklat.


Hari-hari bila nak tidur bau coklat bila sapu lotion ni. Tak sampai seminggu pakai masalah kulit kering kat keliling mata pun hilang. boleh tahan cepat gak recover. tahun lepas sebulan gak nak kena pakai lotion tiap-tiap malam. tapi the smell... tau-tau ajelah Eric ni memang hantu coklat, rasa-rasanya kalau orang lain pakai lotion cocoa butter pastu lalu depan eric ada kemungkinan kena gigit macam coklat. eric pun tak tau macam mana nak gambarkan bau lotion ni. kalau dalam satu perkataan, eric akan describe sebagai 'menyelerakan'! rasa macam mau telan je cocoa butter ni!


ps: ni bukan iklan vaseline, just sharing nak kesan lagi bagus kena banyak makan buah with high vitamin C.

3 comments:

  1. salam..hahaha gelak jahat dulu...x bley blah cr cocoa butter kat bahagian mentega...kuang2...

    dah nama lotion, cr kat tmpt lotion la cik eric oi..
    sorry ye if terlajak gelak...jgn amik ati

    ReplyDelete
  2. dia cuma cakap cocoa butter, tak cakap lotion cocoa butter pun, mana la eric tau bab-bab cosmetic @lotion.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages