Selepas trip ke badwi market, baru eric realize rupa-rupanya banyak ladang unta yang berada berhampiran dengan jubail. Selalu terdengar orang bercakap tentang susu unta, tapi dah hampir dua tahun disini makan daging unta dah selalu, tapi sekalipun tak pernah minum susu unta. Orang kata susu unta banyak khasiat, jadi nak juga eric cuba.
Pada asalnya petang jumaat itu eric hanya ingin pergi 'menembak' gambar unta di padang pasir sahaja. Maka hari itu eric seperti biasa membawa dua equipment pentingnya, iaitu GPS dan DSLR. Dalam perjalanan mencari ladang unta, eric ternampak satu perkhemahan orang arab dengan bilangan unta yang agak banyak dan unta-untanya besar-besar belaka. tanpa berfikir panjang eric terus memandu keretanya masuk ke ladang unta berkenaan. lokasi kandang unta agak jauh dari jalan utama, risau juga kalau-kalau tayar kereta tersekat dalam pasir, maklumlah honda Eric cuma 2 wheel drive. Namun laluan utama tidah berturap ke kandang unta kelihatan tanahnya agak padat kesan dari laluan kenderaan berat. Jadi eric meneruskan niatnya, cuma bimbang kalau-kalau kena halau oleh pak arab yang memelihara unta tersebut.
Apabila sampai ke lokasi, eric membetulkan kedudukan parking kerana tayar depan keretanya hampir terbenam dalam pasir. ketika kereta diundurkan seorang pakcik arab menghampiri kereta eric sambil menyuruh eric parking di kawasan berbatu untuk mengelakkan terkandas dalam pasir. Melihat pakcik arab berkenaan menghampiri kereta sambil tersenyum eric mematikan enjin kereta dan keluar dari keretanya.
(setelah dialih bahasa dari bahasa arab)
"assalamualaikum"
"waalaikumussalam"
"apa khabar?"
"baik"
"semuanya baik?"
"ya baik"
"disini ada susu unta?" tanya eric
"ya ada tapi kena tunggu sedikit masa" jawab pak arab sambil tersenyum kemudian menambah
"madam boleh pergi ke khemah perempuan di sebelah sana"
eric di jemput untuk duduk di hadapan khemah berhadapan dengan unggun api betul-betul di depan pintu khemah. Eric memberi salam dan bersalam dengan beberapa orang pemuda arab yang juga duduk mengelilingi unggun api. kelihatan ada beberapa teko logam dipanaskan betul-betul bersebelahan dengan unggun api.
"kopi atau susu" tanya pak arab itu lagi
"susu" jawab eric ringkas
lalu susu unta yang masih panas dari teko berhampiran dengan bara dituang kedalam cawan yang agak besar dan dihulur kepada eric. eric menyambut cawan tersebut dan mula minum sedikit demi sedikit susu unta tersebut. rasanya sama seperti susu segar yang selalu dibeli di pasaraya cuma lebih sedap.
pemuda yang duduk di sebelah eric bertanya soalan yang biasa orang saudi tanya pada Asian foreigners
"indonesi? filipini?"
"malizi"
"ooo malizii... anta muslim?"
"yes muslim"
"alhamdulillah, How long have you been in saudi" tanya pakcik arab yang menyambut eric tadi.
"two years."
"where do you work?"
"I work in ....."
"ooo I also work there before for 17years since comissioning and plant startup in 1983" (la rupa-rupanya fasih english pakcik ni, susah payah je eric cakap arab tadi, patut la fasih dah kerja dengan Shell sampai 17 tahun)
Unta ni tak payah nak kena hambat balik kandang, bila senja semua akan beratur balik ke kandang. |
Banyak gak biri-biri yang di bela |
(iklan susu tv) unta-unta yang memakan rumput yang segar menghasilkan susu yang segar (unta-unta ni lagi suka makan buah tamar) |
"maybe just drink the hot milk, boiled milk will kill the germs or bacteria" katanya sambil menuangkan susu ke dalam cawan eric yang kosong.
"you want to take picture? its ok, go and take your camera" katanya
"you can take milk to bring home"
"Thank you but I have no bottle to use, its ok." jawab eric (rugi tak bawak bekas)
eric kembali ke kereta 'lock and load' cameranya dan pergi mengambil gambar unta, tetapi eric tidak berani mengambil gambar tempat mereka bersantai takut berlaku perkara seperti terjadi di badwi market berulang kembali. (eric tak tau rupanya kalau gambar lelaki sebenarnya takpe dan tak haram macam perempuan arab)
selepas solat maghrib berjemaah, eric pun meminta diri. Keluarga arab yang lain pun mula menyusul meninggalkan ladang unta kepunyaan pakcik arab tadi.
Note: Kalau nak gi lagi rasa macam segan lak sebab layanan mereka sangat mesra... diorang ni dari keluarga al-gahtani dan mengamalkan hidup secara nomad. pakcik tu yang cerita macam tu, I just write what I was told.
salam singgah baca entri anda.
ReplyDelete